Home Novel Cinta Teriring Doa
Bab 22

Pintu bilik pejabatnya dikuak ganas sebelum dia menghempaskan diri ke atas kerusi empuk miliknya itu. Kepenatan bermusyuarat sebantar tadi masih terasa, dan lebih memenatkan bila memikirkan sikap opah yang langsung tak memberinya peluang untuk bersuara. Setiap cadangan yang diutarakan ada saja kecacatannya. Dia tahu, opah masih tak dapat nak mempercayainya malah opah dilihat lebih menyebelahi Sufian, jurutera muda yang baru setahun jagung itu. Opah memang sengaja mahu mengujinya lagi. Rungutnya di dalam hati.

Sedang dia memikirkan nasib diri, Aida pula muncul. Sudah lama dia dapat mengelak, tapi nampaknya bukan hari ini. Hatinya bergerutu. Perbuatan Aida bersama Robert di kondo tempoh hari kembali menyapa. Serentak dia berdecik geram. Tak rela wajah itu dipandang kerana hatinya masih sakit.

“Honey, please maafkan I. I tak sedar apa yang jadi masa tu. Tolong maafkan I, please…” tuturnya memujuk namun sengaja tak dilayan.

“Ok, I mengaku I salah, I tak sepatutnya minta Robert hantar I malam tu. I minta maaf. Sayang please, maafkan I.” rayunya berulang kali namun Azeem tetap tak berkata apa. Dia segera bangun sebelum berkira-kira mahu meninggalkan bilik tersebut kerana dia sudah mula rimas.

Aida segera merangkul tubuh Azeem, sedar yang dia perlu berusaha lebih keras.

“You, please. Jangan layan I macam ni. I tahu I salah. I mabuk masa tu, kami tak sengaja. Tolong maafkan I.”

“Lagipun itu kan Robert. His your best friend. Dia cuma nak hantar I balik malam tu. You tahu kan yang I cuma cintakan you sorang.” rayunya lagi. Sambil mengeratkan pelukannya. Azeem mula lemas, egonya sedikit mengendur dan seperti biasa dia beransur tewas.

“Tapi kenapa you ambil ubat tu? Bukan you tak tahu betapa opah harapkan seorang waris daripada kita, tapi kenapa you tak nak ada anak dengan I? I ni suami you Aida. Sayang you cakap macam tu?” soal Azeem sambil melepaskan diri daripada rangkulan Aida.

“I bukannya tak nak ada anak dengan you. Cuma I tak ready lagi.” balasnya tetap memberi alasan.

“I tahu, you tak sedia nak tinggalkan gaya hidup enjoy ni kan? Tinggalkan air kegemaran you tu. Daripada dulu lagi I dah kata berhenti, tapi you tak pernah nak dengar apa yang I cakap.”

“Dulu sebelum kahwin you dah janji nak berubah. Tapi tengoklah sekarang keadaan you, you tetap sama, malah I tengok you makin teruk. Bilanya you nak berubah?” sembur Azeem yang sudah panas hati semula. Semua yang ada pada Aida dilihat semakin menjengkelkan mata. Biarpun mereka sering berpeleseran bersama, tak pernah setitik pun air itu dijamah kerana dia masih ingat pada Allah.

“I janji dengan you. I janji, kali ni I akan berubah. I takkan mabuk-mabuk lagi. I janji, tapi I need you honey. I need you to guide me. So please, jangan tinggalkan I.” rayunya lagi. Kali ini dia dah sampai ke jalan mati. Hanya itu cara untuknya mendapatkan Azeem kembali dan serentak itu Azeem mula lembut hati.

“Please, maaf kan I. I janji, I takkan buat lagi. I love you.” tuturnya sambil menanti jawapan daripada Azeem. Azeem melepaskan keluhan yang berat sebelum dia akhirnya mengaku kalah. Dia kalah pada kemanjaan Aida yang saban hari dirindu dan tanpa berlengah tubuh isterinya itu didakap. Aida tersenyum suka. Gembira kerana rancangannya berjaya dan Azeem kembali ditawan semula.

 

Razif menemani Abi yang sedang terbaring sepi. Abi sudah tidak berdaya. Sudah bertahun-tahun keadaan Abi begitu. Sejak mendapat serangan jantung, Abi hanya terlantar di atas katil. Makan pun melalui saluran pemakanan yang disediakan. Bukan saja pergerakan malah kata-katanya juga semakin sukar untuk ditafsirkan.

“Abi.” tutur Razif sepatah tadkala terpandangkan air mata jernih yang menitis di pipi cengkung itu.

“Um…um…mi, a…a…dik.” tuturnya dalam ketaran yang cuba untuk ditahan. Razif tahu yang Abi rindukan ummi dan adik.

“Razif janji, Razif akan cari ummi dan adik. Abi sabar, nanti Razif bawa mereka ke sini.” ucap Razif sambil menggenggam erat tangan abi yang kaku. Dia mahu segera pulang ke tanah air untuk menemui insan-insan yang dirindu.

 

“Adik cepat, cepat ikut abang. Kita kena pergi dari sini.” tuturnya sebelum mencapai beberapa helai pakaian Dian dan memasukkannya ke dalam beg. Tak ketinggalan ikat rambut warna pink kegemaran Dian sempat diambil dan dimasukkan ke dalam poket.

“Tapi kita nak pergi mana?” soal Dian. Hairan melihat kelakuan abangnya itu.

“Kita kena pergi jauh, jauh dari sini.” balasnya sambil mencapai tangan Dian dan mendapatkan ummi yang sudah selesai mengemaskan beg pakaian.

“Ummi, cepat ummi, cepat. Nanti abi balik.” arahnya. Dia sudah tak tertahan lagi melihat penderitaan yang dilakukan oleh abi pada ummi. Biarlah apa nak jadi. Semuanya perlu dihentikan hari ini. Bukan saja ummi yang tersiksa, malah dia juga menanggung derita yang sama. Dia takut dia akan hilang sabar nanti dan melakukan sesuatu yang tak wajar pada abi.

“Ummi cepat, nanti abi balik.” gesanya lagi. Bimbang abi akan kembali semula. Namun, belumpun sempat mereka melangkah keluar, Ehsan akhirnya pulang. Wajahnya menyinga tadkala terpandangkan beg yang terdapat di tangan ummi.

“Kau nak ke mana? Kau nak tinggalkan aku? Jangan kau mimpi nak pergi pada jantan tu.” tuturnya dengan kemarahan yang semakin membuak-buak. Kedua-dua bahu ummi dicengkam kuat melepaskan kesakitan di hati. Ummi mengerang kesakitan. Luka siang tadi masih segar, kini suaminya itu sudah mahu menambahnya lagi.

“Aku tanya kau ni? Kau nak ke mana? Ke mana kau nak bawa anak-anak aku?” jeritnya kuat, bagaikan halilintar membelah malam sebelum melepaskan satu tamparan di pipi ummi. Dian mula meraung kerana dia tak biasa melihat semuanya. Dia rasa terkejut dan takut. Razif segera memeluk adiknya itu, tak mahu Dian ketakutan.

“Abang tolonglah. Tolong jangan buat Zizah macam ni. Anak-anak tengok, tak elok.” balas ummi sayu. Namun rayuannya tak diendahkan, sebaliknya satu tamparan hinggap lagi di pipi, sekuat hati sampai meninggalkan kesan berbirat yang takkan dapat ditanggalkan. Tak cukup dengan itu, tubuh ummi dilemparkan ke lantai. Razif makin terkejut. Abi betul-betul dah kerasukan syaitan.

“Ummi...” teriak Dian, sebelum meluru ke dakapan ummi dan menangis sekuat hati di situ.

Ehsan jadi makin tak puas hati dan dia masih mahu menghukum lagi. Belumpun sempat abi melangkah, kakinya dikunci oleh tangan kurus Razif. Razif tahu, hanya satu cara yang ada, ummi mesti pergi segera. Pergi jauh daripada abi yang tak pernah mahu mengalah. Kalau ummi tak pergi kali ini, tak mungkin ummi akan dapat terlepas lagi.

“Ummi pergi. Pergi cepat ummi. Cepat keluar dari sini!” arah Razif sebelum mengunci kaki abi lebih kuat lagi.

“Lepas, lepas! Abang pun nak kena sekali ke ha?” marahnya sambil meronta minta dilepaskan. Namun, semakin dia meronta, semakin kuat cengkaman tangan anaknya itu.

“Ummi pergi ummi. Cepat pergi…” rayunya dalam tangisan. Dia tak sanggup lagi melihat kesengsaraan ummi.

Biarpun terpaksa berpisah, dia dah tak kisah. Andai itu yang perlu untuk kebebasan ummi, dia redha. Mungkin satu masa nanti mereka akan bertemu lagi. Walaupun hanya kemungkinan, harapan itu akan sentiasa dibawa sebagai bekalan.

“Ummi pergi.” gesanya tanpa henti sambil mata masih juga melihat ke arah ummi untuk yang terakhir kali. Dengan hati yang berat, ummi berusaha untuk bangun sebelum dia mendukung Dian lalu segera angkat kaki tanpa menoleh ke belakang lagi.

“Abang…” tutur Dian dalam tangisan sambil memandang ke arah Razif dengan tangan yang tergapai minta dicapai.  

 

Menu makan malam telah siap dihidang. Dian sudah berkira-kira mahu memanggil Azeem namun belumpun sempat dia berbuat begitu, Azeem terlebih dahulu mendapatkannya. Azeem yang sudah siap berpakaian memandang sekilas ke arahnya sambil tangan tetap bekerja untuk merapikan diri.

“Abang Azeem, Dian dah siapkan makan malam. Makanlah dulu sebelum keluar.” tuturnya perlahan.

“Tak apalah, aku nak cepat. Aku makan kat luar malam ni. Aida dah tunggu lama tu.” balasnya sebelum meninggalkan Dian di situ. Dian segera mengangguk faham.

“Sebelum aku terlupa, aku nak bagitahu. Aku tak balik dua tiga hari ni.” tuturnya sebelum merapati Dian semula.

“Ambil duit ni. Pakai untuk beli apa yang kau nak.” tambahnya lagi sebelum menghulurkan beberapa note RM 100 kepada Dian.

“Abang Azeem tak payahlah bagi duit, sebab duit yang Abang Azeem bagi minggu lepas masih ada lagi.” balasnya segera menolak.

“Aku dah cakap ambil, ambil jelah. Kenapalah kau ni banyak sangat bunyi? Tak payahlah nak berlakon sangat. Bukan ni ke tujuan kau setuju dulu, sebab duit kan? Dah tu, kenapa sekarang nak menolak? Cepatlah ambil!” marah Azeem kerana dia tak suka untuk membuang masa, tapi Dian dilihat sengaja mahu melengah-lengahkannya.

Dian tertunduk. Dia malu bila isu itu dibangkitkan semula. Memang dia perlukan duit, tapi bukan untuk dirinya sendiri. Semuanya dilakukan untuk ummi dan hanyalah untuk ummi.

Azeem perasan Dian terasa dan dia telah terlepas kata. Pantas dia mencapai tangan Dian dan menyelitkannya wang tersebut di situ sebelum segera beredar.

Dian menghantar pergi langkah Azeem dengan perasaan hiba. Tiba-tiba kepalanya terasa pening. Mualnya datang lagi, pantas dia berlari ke sinki, memuntahkan air pahit yang menyiksakan diri. Badanya rasa tak sihat hari ini. Kepedihan di mata semakin menjadi-jadi malah medan penglihatannya juga sudah mula jadi makin mengecil. Hari ni saja sudah beberapa kali dia tersampukkan kaki meja. Sakit memang sakit, tapi dia akan berusaha untuk membiasakannya.

Perlahan-lahan dia terduduk bila memikirkan masanya kian suntuk, kerana nikmat yang dipinjamkanNya dulu seperti sudah mahu dituntut. 

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh anga wati