(MADAH 23) TERASA NAK BERTAUBAT.

Bagi yang 'ter' rasa hendak bertaubat. Alhamdulillah.. Allah masih lagi memanjang usia Qaisy, dankamusemua sehingga ke hari ni. Masih lagi Dia memberi kesempatan untuk kamu menikmati rasa cinta dan kasih sayangNya…

“Rasa takut nak bertaubat..”

Mesti atau mungkin kamu pernah dengar ayat-ayat yang berbunyi macam ni:

“Aku bukan tak mau berubah.. Aku nak berubah.. Aku pun tengok ramai kawan aku dah berubah tapi aku ni takut.. Takut tak dapat kekal lama.. Aku tak nak jadi hipokrit..’

“Ramai aje budak sekolah agama tapi ada juga yang jadi sampah masyarakat.. Aku ni sekolah orang putih aje dari kecik sampai besaq.. Tu yang aku tak yakin nak berubah tu.. Bukan tak mau..”

“Aku nak berubah tapi dosa aku banyak sangat.. Setinggi gunung seluas lautan.. Allah sudi ke terima aku ni..”

“Aku nak berubah tapi aku sayang geng-geng aku.. Kalau aku berubah, nanti mereka kata apa pulak..?”

Disebabkan terlampau banyak sangat persoalan yang berlengar-legar di luar minda, last sekali pasti ayat ni akan muncul (bagi yang cepat putus asa / jumpa jalan buntu)

“Argh..!!! Payah sangat nak berubah.. Baik tak payah berubah la.. Kalau masuk neraka pun sat je last-last dapat jugak rasa nikmat syurga.. Cuma cepat dengan lambat je.. Tak apa tahan la sikit seksa tu.. Nanti baik juga..” (Nauzubillahminzalik..)

Ye Qaisy mengaku.. Pasti persoalan-persoalan yang sinonim macam di atas akan bermain-main di minda. Tambah di kala hening malam. Tatkala kamu seorang diri berada di beranda rumah atau di atas katil ketika sedang mencuri masa untuk bermuhasabah diri.

‘Rasa’ nak bertaubat tu bukan hanya manis di bibir dan indah khabar dari rupa aje. Apabila kamu dah ‘ter’ niat nak berubah tu, apa yang kamu nak kena buat tu. kamu buktikan dulu dengan perbuatan. Yang pasti kamu kena sanggup berkorban berdiri dan sujud di hadapan Allah.. Bersungguh-sungguh bertaubat dengan taubat nasuha. Minta keampunan kepadaNya. Settlekan hubungan sesama manusia. Letakkan rasa cinta dan yakin itu hanya apa Allah. Lepas tu cuba didik diri kamu dengan macam ni. Qaisy bagi contoh (ingat contoh aje). (Lain orang lain cara dia.)

Pertama: Andai dulu apabila marah-marah akan baling barang yang ada di tangan. Tak kisah la telefon bimbit ke atau pasu ke, pasti akan automatic akan lempaq terus. Tapi kali ni apabila rasa marah tu menyapa. Belajar tenangkan diri dengan zikrullah, istighfar, ambil wuduk atau solat sunat dua rakaat. Tahan diri tu kalau boleh biar sampai keluar air mata.

Kedua: Dulu selalu kalau ada masalah pasti pergi cari pakwe / makwe untuk share masalah dan tenangkan fikiran. Tapi kali ni ce usaha terus pergi ke bilik air ambil wuduk dan solat sunat dua rakaat. Dan mengadu sepuas-puasnya. Cerita dekat Allah. Lepas tu minta putus terus dekat pakwe / makwe (serius ni.. Tak main-main.. Putus terus) [Jangan pernah sayang kepada maksiat].

Ketiga: Andai terlampau banyak masalah yang menyulitkan urusan hidup, yang pasti pergi cari sahabat yang soleh-solehah. Tidak pun cari ustaz / ustazah. Sekiranya kamu memang mahu Allah yang pegang kehidupan kamu Istilah ‘malu ‘ bertanya tu tak patut ada dalam diri..

Keempat: Seandai member-member lama ajak kamu melakukan maksiat. kamu dengan tegas menyatakan kamu tak hendak buat/pergi. kamu mesti berprinsip. Yang pasti kamu jangan tinggal dia tapi ajak depa sama-sama berubah. (Jangan putus asa)

Jadi ia bermula dari kamu Diri kamu Jasad kamu Segala-galanya dari kamu tanpa paksaan orang lain. Tidak perlu gaduh-gaduh. Tapi apa-apa pun kamu kena ingat dan berpesan pada diri dengan ayat ni..

Surah anakhabut ayat 2-3: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”

Penutup: Semoga Allah beri kamu kekuatan untuk kembali kepadaNya. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Andai kamu datang kepadaNya dengah segunung dosa maka Dia akan memberi kamu segununug pengampunan. Andai kamu datang kepadaNya dengan dosa seluas lautan maka Dia akan memberi kamu pengampunan seluas lautan.. Allah tak tengok siapa kamu di masa silam Allah tidak nilai kamu di masa depan tapi Allah nilai kamu di saat ini.. Betapa mulia dan kasihNya Dia kepada kamu . Tiada yang mustahil bagiNya.. Andai kamu mengkehendaki kebaikan, Allah akan beri kamu faham agamanya.

Apa lagi..! Ayuh ke arah pintu taubatNya sebelum pintu hati kamu tertutup untuk dapat HidayahNya..

Teringin nak jawab persoalan, “Ramai budak sekolah agama tapi ada juga yang jadi sampah masyarakat. Aku ni sekolah orang putih aje dari kecik sampai besaq. Tu yang aku tak yakin nak berubah tu. Bukan tak mau..”

Nanti kamu balik jumpa Allah, Allah tak akan tanya kita dulu di dunia kamu masuk sekolah apa. Kenapa perlu ambil contoh budak sekolah agama yang dah menjadi sampah masyarakat sedangkan ramai aje lagi budak sekolah agama yang tinggi sahsiahnya dan menjadi contoh ikutan masyarakat. Keyakinan itu tidak pada bibir tapi pada tindakan. WallahuAlam. Semoga Allah redha urusan kita semua. Aamiin..

                         “Mulailah mengajari dirimu sebelum mengajari orang lain, mulailah

ajari dengan teladan sebelum mengajari dengan kata-kata.

- Nur Shahni Syamin


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh