Semua
orang nak cantik. Semua orang nak comel. Mungkin kamu akan berusaha membuat apa
sahaja supaya orang akan anggap kamu cantik dan comel.
Malah
kadang-kadang kamu sanggup beli produk kecantikkan yang beratus ringgit hanya
ingin kulit yang putih, gebu dan halus.
Wanita
dan lelaki takkan lari daripada rasa ingin cantik dan kacak. Tak salah nak
cantik, malah Allah suka dengan kecantikkan. Namun perlulah cantik bersyariat.
Namun,
pernahkah kamu terfikir untuk “cantik” dihadapanNya?
Ya,
kamu mampu cantik dihadapan manusia, tapi mampukah kamu cantik dihadapanNya?
Kita
mampu tarik perhatian orang dengan amalan kamu namun mampukah kamu mendapat perhatian Allah
dengan amalan kamu yang menunjuk-nunjuk? Sebenarnya, orang yang mahu “cantik”
dihadapan Allah, tidak ingin manusia menilai “kecantikkannya” walaupun seinci.
“Cantik”
yang dimaksudkan disini adalah dari segi akhlak dan amalan.
Orang
yang cantik dihadapan Allah, secara automatiknya cantik dihadapan manusia.
Namun, orang yang cantik dihadapan manusia, tidak semestinya cantik dihadapan
Allah.
Hakikatnya,
kecantikan akan terpancar dari dalam ke luar, bukannya dari luar ke dalam. Mahu
nilai kualiti solat kamu tengok akhlak kamu semasa luar solat. Cantik atau tidak?
Apapun
status seseorang itu, yang Allah lihat adalah hati. Jika hatinya baik, sudah
tentu akhlaknya juga baik.
Walaupun
orang itu ustaz, ustazah mahupun habib, jika akhlaknya pada keluarga dan
masyarakat buruk, umpama buah yang cantik warnanya, namun masam isinya.
Daripada
Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal r.a, drpd Rasulullah
SAW. Baginda bersabda:
“Bertakwalah
kepada Allah dimana sahaja kamu berada. Iringilah keburukan dengan kebaikan.
Nescaya perkara itu akan menghapusnya. Dan pergaulilah manusia dengan AKHLAK
YANG BAIK” (HR Tarmizi)
Kecantikkan
luaran akan pudar namun kecantikkan dalaman akan kekal.
Bagaimana
pula kecantikkan amal ibadat kamu
Adakah
amalan kamu di cantikkan dengan reben keikhlasan?
Berapa
ramai yang tidak menutup aurat, riak dengan auratnya?
Berapa
ramai yang menutup aurat, riak dengan menutup auratnya?
Berapa
ramai yang memuat naik gambar di laman sosial dapat lari dari sikap riak
walaupun sedetik?
Bukan
niat untuk menghukum namun hukumlah mengikut niat masing-masing.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:
‘Sesungguhnya
amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas
sesuai dengan apa yang dia niatkan.’ (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Firman
Allah bermaksud:
"Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa
yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya"
(Surah Ali-Imran, ayat 29)
Riak
adalah seperti parut. Parut yang merosakkan kecantikkan.
Imam
Ibnu Taymiyyah berkata: "Sesungguhnya
bagi seseorang yang bersikap riak dalam ibadah, bukan saja ibadahnya batal,
malah dia turut mendapatkan dosa daripada perbuatannya itu yang dianggap syirik
kecil."
Riak
sangat mudah menghinggap dipipi amalan kamu manakala keikhlasan mudah terluntur. Tidak
hairan Nabi kamu yang tercinta bimbang dengan sikap riak.
Kerisauan
itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
"Sesungguhnya
yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy
syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan
syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Sebagai
penutupnya, biarlah kamu berusaha lebih untuk “cantik” dan “comel” dihadapan
Allah. Tak perlu ada ungkapan “macam” tapi biarlah ia bertukar “memang cantik
dan comel” di hadapan Allah tanpa diparuti dengan perasaan riak.
Jika
perasaan riak timbul perlu kamu segera menepisnya dan jangan dibiarkan terus
bermain di jiwa kerana itu bisikan syaitan yang ingin menyesatkan manusia.
Jom
jadi “cantik” dan “comel” dihadapan Allah!
“Dalam penciptaan alam semesta tiada
yang lebih hebat dari yang telah diciptakan.”
-
Imam al Ghazali