(Madah 8) DUNIA DIHILANGKAN SABAR DIPINJAMKAN.

Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat iman dan islam. Moga Allah sentiasa pelihara nikmat ini yang tak semua mampu memilikinya. Amin. Alhamdulillah, untuk tahun baru, masih lagi diberi pinjam oksigen yang entah keberapa kalinya.

Kadang Qaisy terfikir, jika sekiranya Allah tetapkan nilai suruh bayar untuk setiap oksigen, untuk setiap anggota, untuk setiap pergerakan, untuk setiap enzyme, untuk setiap muscle, untuk setiap cell, untuk setiap tissue, mampukah? Sekejap. Subhanallah!

                                                             ---------

Berharap moga cerita ini menjadi pengajaran untuk setiap pihak, termasuk diri ini. Moga Allah lindung hati ini dari perkara-perkara mazmumah (yang tidak baik).

Bismillah. Antara dunia dan Allah, Qaisy harus memilih?

Baru-baru ini, terasa sangat diuji oleh Allah. Sangat! :') Tapi ternyata, makin Allah uji, makin Allah sayang. Sikit demi sedikit ditariknya nikmat dunia. Sikit demi sedikit Allah tarik saya kembali ke pangkuanNya. Pengaduan sepenuh kepadaNya. Cinta milik Ilah.

Diuji dengan kehilangan netbook di surau. Tidak dinafikan, memang kecuaian diri bila meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah. Tidak memikirkan kesan sebalik semua yang bakal terjadi. Hanya sejam ditinggalkan di surau. Dengan sekelip mata, hilang selepas kembalinya ke surau.

Memang, pada mulanya ada juga rasa keraguan untuk tinggalkan di surau. Tapi, disebabkan tafsir berdekatan di situ, menyebabkan Qaisy terfikir untuk meninggalkan netbook tersebut di dalam beg.

                                                           -----------

Sekembalinya di surau, Allah kirim rasa detik di hati untuk buka beg. Tupp..tup.. Tengok-tengok beg telah pun terbuka dengan tak berzip. Allah. Waktu itu, hanya Allah tahu. Qaisy persoalkan di dalam hati, apa salah dan silapnya diri ini selama ini? Apa dosa saya? Apa dan apa..

Selagi yang bergelar manusia. Sifat mempersoalkan tu tetap ada. Kerana, hakikatnya ialah Qaisy bukan malaikat. Qaisy, hamba. Ya, hamba. Milik Ilah sepenuhnya.

Saat ternampak beg yang terbuka, Qaisy hanya mampu ucap 'Innalillahi wainna Ilaihi rajiun'. Sedih. Perit. Berat rasanya. Seperti yang sudah dinyatakan di atas, Qaisy bukan malaikat yang tiada 'nafsu'. Nafsu keduniaan. Tiada dosa. Semua sempurna. Tiada marah. Tiada geram. Hakikatnya, Qaisy manusia. Pendosa.

Allahuakbar. Dengan sendirinya, butir-butir jatuh dari mata.

Fikiran untuk umi dan abi yang bekerja keras siang dan malam. Fikiran hadiah pemberian abi selepas mendapat keputusan UPSR. Saat itu, Qaisy cuba ukirkan perkataan redha sedikit demi sedikit di dalam hati. Untuk mengukirkan perkataan redha yang betul-betul Allah 'pandang', Qaisy harus tangkis sedikit demi sedikit bisikan yang membuatkan Qaisy hilang pergantungan kepada Allah.

Maghrib yang penuh syahdu. Diselangi dengan qasidah Nabi pengubat rindu. Tambah pula, Isya' dengan hati kelat seperti hempedu.

'Ramai yang takutkan manusia dari takutkan Allah.'

Nauzubillah! Itu, hakikatnya.

Pujuk hati lagi. Tepis lagi. Bersangka baik dengan Allah. Qaisy tahu, Qaisy diuji, Allah sayang Qaisy.

"Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." [2:156] Subhanallah.

Allah pujuk lagi hati ini. Teguran Allah melalui al-Quran.Sebab Allah nak jadikan hamba Dia orang yang sabar, Allah beri ujian. Sweetnya Allah!

Apa hikmah yang saya dapat untuk semua ni? Setelah di'plus minus', Qaisy jumpa hikmah. Sendiri.

- Bila netbook hilang, apa perkara yang utama Qaisy buat? Qaisy perlu pilih, mengadu pada Allah dulu? Atau, mengadu pada manusia? Didik hati.

- Butir mata yang jatuh hakikatnya untuk siapa? Untuk netbook yang hilang? Atau untuk dosa yang menyebabkan netbook Qaisy hilang? Refleksi diri.

- Allah nak kurangkan Qaisy online memandangkan Qaisy sentiasa online:P

- Allah nak tunjuk, bergelar sahabat selayaknya? Siapa yang sanggup membantu. Alhamdulillah, Qaisy dikelilingi orang yang sedia membantu tak kira dari muslimin apatah lagi muslimat.

- Allah nak 'lihat' sejauh mana Qaisy boleh cerita dekat orang. Sejauh mana minta simpati Qaisy? Untuk ini, Qaisy perlu sentiasa renew hati sewaktu Qaisy menaip cerita ini. Belajar lagi.

Sekiranya Qaisy berpeluang untuk jumpa kepada 'pencuri' itu, Qaisy hendak berterima kasih pada dia. Kalau boleh, nak tahu sebab dia mencuri. Mungkin, dia bukan dari golongan mampu. Siapa tahu? Dan, kerana dia merupakan perantaraan Qaisy dan Allah, Qaisy terasa makin fall-in-love dengan Allah.  Kerana ujian ini, menyebabkan watak 'kuat' depan orang ramai akhirnya hamba juga depan Ilah. Ya, hamba!

Untuk pembaca, moga ada ibrah disebalik pembacaan ini. Memang, pergantungan sepenuhnya kepada Allah itu perlu. Tapi, selepas kamu habis berusaha. Bukannya bergantung sepenuhnya, tanpa mengambil precaution steps. Doakan diri ini kuat. Walaupun tiada muscle kental. Moga iman terus kental. Amin.

Moga hati-hati kamu terus tabah. Dari, pendosa. Wallahu'alam.

Hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan maknawi sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu mengusai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati.” - Asyhidayahtur Abdullah Ong

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh