(MADAH 24) DI SEBALIK BELENGGU NIQAB.

Di sebalik niqab berwarna hitam itu, ada sepasang mata yang terlihat dan melihat. Dihujani ribuan pandangan aneh. Terasa begitu asing. Perbezaan yang serta-merta dapat dirasai menusuk segenap hati apabila diperhatikan berpakaian yang serba menutup sebegitu berbanding kebiasaan sering terdedah. Mata-mata yang seakan bersuara melahirkan simpati. Seharusnya, pada era fesyen ini segala trend jadi ikutan. Namun, bukan dia.

Ada yang merasakan dirinya berpakaian seperti tawanan. Setiap langkah mereka beriramakan suara yang berdesas-desus layaknya seperti juri yang menghakimi. Tatkala pilihan fabrik penuh warna-warni yang menarik, masih ada yang mahu tampak serba pudar sepertinya.

“Jadi, inilah perubahan baru yang Qaisy katakan antara simbolik bagi erti 'kebebasan' sebenar seorang wanita? Sememangnya perubahan yang benar-benar drastik, Qaisy! Tapi sejujurnya ini memang kebebasan yang lari daripada kebiasaan. Sungguh!” Kening baba terangkat sedikit. Terkejut melihat anaknya berpakaian sedemikian. Jika bukan kerana Qaisy yang menyapanya terlebih dahulu, sudah pasti dia tidak mengenali gadis di hadapannya tadi.

Absolutely, this is total freedom for me and my soul! I had never felt this kind of feeling before but now I know how it actually feels like. Peace and modesty. Qaisy dapat rasakan hati Qaisy lebih selamat dan setiap pandangan yang melihat diri Qaisy seperti refleksi dan peringatan untuk mengingatkan siapa diri Qaisy sebenarnya, hanya seorang hamba Allah,” ujar Qaisy penuh bersemangat.

Senyuman yang terukir di sebalik kain yang menutup sebahagian wajahnya terserlah pada sinar matanya. Dia jauh lebih kemas dan berbeza daripada Qaisy yang dikenali sebelum ini. Kadangkala terfikir, betapa 'pakaian' bukan sahaja mampu mengubah pandangan segenap manusia terhadap si pemakai malah mengubah cara si pemakai itu sendiri memandang dunia.

“Qaisy tahu tak, pandangan mereka sangat menakutkan? Qaisy lebih banyak menarik perhatian dengan berpakaian sebegini. Ingat, ini bukan budaya kamu seperti di tanah Arab tu. Tentulah mereka rasa janggal bila tengok Qaisy. Malah, tak hairanlah mereka cenderung merenung Qaisy.” Abang Iq (anak ketiga dalam keluarga Qaisy) masih kekok apabila hampir setiap orang yang lalu-lalang di pusat beli-belah memusatkan pandangan pada mereka sekeluarga, khususnya Qaisy. Agak janggal duduk bersama dengan Qaisy sedangkan dirinya jauh berbeza.

“Kenapa perlu takut dipandang dengan pandangan aneh? Qaisy lebih takutkan Allah. Qaisy takut kalau-kalau pandangan mereka pada Qaisy membuatkan Allah murka pada adik. Semua pancaindera ini pinjaman daripada Dia. Jadi, aurat adik juga tanggungjawab adik. Bukan niat adik mahu menarik perhatian atau menjadi bahan tarikan sedangkan pada dasarnya tidak ada apa-apa yang menarik pun untuk ditatap, hanya kain biasa yang tiada potongan.”

“Adik nak menjaga hati kecil ini daripada terus dizalimi dan menzalimi diri sendiri. Bukan kerana terikut budaya atau apapun. The truth is I am trying to dress for Allah and not for humans.” Kelihatan air matanya bergenang. Sebak.

Dalam diri abang Iq mengakui keberanian adiknya yang berhadapan insanity di sekitarnya dengan perubahan yang dibuat. Air mata di sebalik niqab itu terasa begitu mahal apabila tiada siapa yang melihat dan menyedari.

“Apa maksud adik dengan menzalimi dan dizalimi diri sendiri?”

“Adik dah letih, abang Iq. Letih menjadi seorang yang seperti tercari-cari identiti. Letih bergantung kepada sesuatu untuk mengejar tumpuan. Letih untuk membanding dan mengukur 'kecantikan'. Hati pula mudah riak dengan pakaian yang dipakai. Malah, pujian yang diberi hanya kerana kecantikan dengan 'make-up' yang sementara dan segera hilang walau terkena air.

“Qaisy menzalimi diri sendiri kerana berani mencuba sesuatu yang di luar syariah hanya kerana mahu tampil berbeza dan cantik di pandangan mata manusia. Malah menzalimi keluarga dan orang lain kerana memberi saham dosa dengan aurat yang terdedah. Hati adik juga bagai dizalimi kerana tanpa sedar mengukur dan mengejar segala yang sementara. Bukankah Islam mengajar umatnya untuk bersederhana?” soal Qaisy.

“Betul juga. Media dan majalah di luar sana mendefinisikan cantik itu dengan cara mereka. Fesyen pula berpusat kepada menjadi atau mencuri tumpuan. kamu dikelilingi dengan persekitaran begini. kamu juga dibentuk dengan stigma yang mengikis rasa takut pada pandangan Allah berbanding pandangan manusia.

“Tapi, bukan mudah untuk lari daripada kebiasaan. Bukan mudah untuk berkorban dan bertahan dengan pakaian yang serba labuh dan menutup hampir seluruh tubuh kamu pada zaman ni. Masih banyak etika yang perlu dipatuhi,” kata abang tunggalnya yang mulai akur sudut pandang Qaisy.

“Islam itu kan mudah, jadi usah diberatkan dan jangan ambil mudah. Jadilah hamba Allah. Bersederhana dan berniat segalanya kerana mencari redhaNya. Apa pakaian sekalipun yang mengikut syariah dan berpaksi kerana Allah pasti mendapat redhaNya, insya-Allah. Masing-masing punya cara sendiri tapi aurat kamu sebagai wanita adalah tanggungjawab kamu dan amanah daripada Allah. Berubah itu payah tapi jika dilakukan kerana Allah pasti segala susah dipermudahkan dengan hikmahNya,” terang Qaisy.

“Tapi kan adik, adik tak risau ke? Kalau adik selalu keluar berpakaian macam ni, nanti tiada seorang pun kaum Adam yang berani nak pandang apatah lagi mendekati adik. Tak kahwin dibuatnya!” Ada nada humor pada bicara abang Iq itu, namun ia sinis.

“Ish, abang Iq ni. Bukankah lebih selamat begitu? Setidaknya lelaki yang mahu menikahi adik bukan kerana memandang kepada kecantikan semata-mata. Cukuplah bila dia mengingati Allah apabila memandang Qaisy. Yakinlah seperti firman Allah dalam Al quran, surah An-Nur ayat 26 yang menyatakan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya.

“Tidak semestinya orang yang menutup aurat semuanya baik. Tetapi sekurang-kurangnya mereka berusaha menjadi baik. Tidak semua orang yang tutup aurat dengan sempurna. Tapi mana yang kurang sempurna kamu beri tunjuk ajar dengan berhemah, bukan menghina. Beri peluang dan ruang untuk mereka berubah kerana Allah sentiasa beri kamu peluang bernafas percuma. Allah sukakan kebaikan, jadi tak salah kamu berubah menjadi lebih baik dan suka kepada kebaikan,” bicara lembut Qaisy.

“Sekarang abang Iq faham sedikit sebanyak 'kebebasan' yang adik maksudkan tu. Abang pun terdetik nak berubah kerana Allah. Alhamdulillah, banyak yang abang belajar dengan adik hari ini,” ujar abang Iq.

“Ya, kebebasan minda dan jiwa mengikut syariah tanpa perlu dibatasi stigma bercorak barat. Alhamdulillah, adik hanya perantara kerdil, abang. DIA yang lebih utama. kamu semua hamba Allah dan selayaknya memiliki jiwa hamba. Persamaanlah yang menyatukan kamu untuk merasai rahmat dan cinta daripada Allah. Sedikit perhatian daripadaNya lebih hebat daripada segala pujian dan perhatian yang ada di dunia.”

Bicara Qaisy membuatkan abangnya terdiam sejenak dan berfikir sedalamnya, sambil memerhatikan pakaian labuh dan kain yang menutup wajah Qaisy. Kebebasan. Itu bisikan ke dalam sudut hati kecilnya. Abang Iq tersenyum. Mulai hari ini dia belajar bukan sekadar melihat dunia tetapi cuba menghayati cinta Allah kepada hambaNya.

Hati kecilnya mengakui ketabahan wanita-wanita yang memakai niqab. Pengorbanan yang besar di mana kemanisannya kerana Allah semata-mata. Di sebalik 'belenggu' hijab dan niqab, ada kebebasan hakiki dan yang paling penting, cinta Allah. MasyaAllah!


Sesiapa yang pernah berbuat salah, dia adalah manusia. Sesiapa yang meneruskannya maka ia adalah syaitan.” – Mutiara Islam

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh