(MADAH 28) KELAJUAN ITU KELEMAHAN, PERLAHAN ITU KEKUATAN.

“Kelajuan itu kelemahan, perlahan itu kekuatan.” Keluarnya satu ungkapan dari bibir kak Adie. Kakak kedua Qaisy.

Qaisy dapat tangkap maksud dia tu, maka terus Qaisy terfikir ‘KELAJUAN ITU KELEMAHAN.’ Terlalu terburu-buru membuat keputusan adalah kelemahan ramai orang, bertindak tanpa memikirkan akibat yang akhirnya akan memakan diri sendiri.

PERLAHAN ITU KEKUATAN. Berfikir dengan teliti sebelum mengambil apa-apa keputusan dan tindakan. Fikirkan akibat dan kesan kepada diri sendiri dan orang lain, dengan itu, insyaallah kamu akan jumpa penyelesaian pada masalah kamu

Betul juga kata-kata itu, Qaisy memang bersetuju, kadangkala kamu tidak sedar keputusan yang kamu buat dengan terburu-buru akan mengakibatkan kamu susah kelak, bukan sahaja kamu kadangkala orang sekeliling juga turut terima tempiasnya.

'Seronoknya kalau dapat jadi dia'

'Bestnya kalau aku macam tu'

'I wish my life would be like her' dan bla bla bla.

Tanpa sedar, sebenarnya kamu tak menghargai kehidupan kamu sekarang, kamu tak suka dengan apa yang kamu dah ada sekarang dan itu tandanya kamu belum sepenuhnya bersyukur. Semua tahu, kadang-kadang, bila kamu kagumi seseorang tu, kamu rasa macam waa… bestnya dia macam ni macam ni, aku tak ada pun. Lepas tu, sedih sensorang. Bestnya, dia cantik, dia kaya, dia pandai, dia itu dia ini. Hargailah kehidupan kamu muslimat.

Bila kamu terima seadanya apa yang kamu dapat, kamu gembira dan kamu bersyukur. Bila kamu bersyukur, Allah dah pesan, Dia akan tambah dan tambah lagi. Bestkan? Tapi ramai yang memilih untuk cemburu dengan kehidupan orang lain dan kacau kehidupan orang tu.

Cuma ingat satu, bila ketenangan diganggu oleh manusia, itu tandanya Allah tengah pesan, cari ketenangan hanya pada Dia. Dan kepada pengganggu pengganggu ketenangan, kalau masih punya iman, mesti faham kan, Allah tengok dan Allah nilai. Rasa macam tak seronok sesama muslimat nak ada perasaan cemburu, dengki, suuzzhon (baca buruk sangka).

Bagi Qaisy, bukan senang jadi orang yang ramai kenal. Sebab? Memanglah, dari pandangan kamu seronok atas sebab-sebab yang kamu nilai sendiri, dan pada pandangan sendiri, satu benda yang kamu kena bayar ialah semua orang nak ambil tahu pasal kehidupan kamu once you're a famous person.

Qaisy, tak suka mengemas kini benda personal, melainkan ianya ada ibrah dia sendiri. Sebab Qaisy pun tak berapa nak suka ambil tahu pasal kehidupan orang lain selagi kehidupan sendiri pun tak terjaga betul-betul. Qaisy rasa terpanggil untuk menegur ini, sifat dengki dalam diri boleh membusukkan hati, Serius. Jangan hanya pakaian yang kamu sahaja baik, pakaian solehah, tapi hati, perangai dan diri masih belum solehah. Sedihnya.

Dan satu lagi, jangan sangka kamu rasa kamu ni lebih dari orang lain. Dah berjubah bertudung labuh lengkap stoking, handsock semua, kamu rasa kitalah yang paling solehah. Dah join usrah sana sini, kamu rasa ilmu kamu lebih dari orang lain. Please please.

“Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Boleh jadi, orang yang kamu ingat tak sertai usrah tu, atau pakai tudung bidang 45 tu lebih baik dari kamu yang hari-hari pergi majlis ilmu. kamu tak tahu macam mana dia berjuang nak cari ilmu, betapa dia ikhlas menuntut ilmu bila dia dah dapat setai majlis ilmu yang sekali-sekala aje dapat join, bandingkan dengan yang hari-hari dapat pengisian, keikhlasan teruji kan. Siapa pun kamu sila cerminkan diri kamu dulu.

Apa yang kamu ada syukuri, apa yang kamu tak ada tu jangan ditangisi. Semua orang ada baik buruk, kelemahan dan kelebihan masing-masing kan?. Jadi, hargailah kehidupan masing-masing. Nak bagi tips sikit macam mana kamu nak kekal husnuzhon (baca baik sangka) dengan ketetapan Allah. Rahsianya ialah fikir positif. Apa-apa yang Allah bagi positif aje. Dapat ujian, redha, alhamdulillah, Allah nak tingkatkan lagi taqwa dan sabar, dapat nikmat, syukur alhamdulillah Allah bagi apa yang kamu nak, dan tak dijangka. Allah berada pada sangkaan kamu baik yang kamu fikir, maka outputnya baik juga. InsyaAllah.

Sakitnya muslimat lain adalah sebahagian dari sakitnya Qaisy. Itu adalah perasaan yang Qaisy alami, walaupun kamu tak pernah kenal, feeling ukhuwah fillah tu tetap kuat dalam hati. Semoga kamu semua dipertemukan di Jannah-Nya. InsyaAllah.Jaga diri, jaga iman. Allah sayang kamu. Waallahu'alam.


Keyakinan adalah percaya dengan apa yang tidak kamu lihat, dan upah dari keyakinan adalah melihat apa yang kamu yakini.” – Mutiara Islam

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh