(Madah 5) KENAPA IBADAH TERASA BERAT?

Kenapa ibadah terasa berat? Bila Allah memerintahkan kamu untuk makan dan minum, mengapa kamu melakukan dengan senang hati?

Bila Allah memerintahkan untuk berkahwin, mengapa kamu bersegera menyambutnya? Bia Allah memerintahkan untuk mencari harta dunia, mengapa kamu kerjakan dengan bersemangat? Kerana kamu menganggap bahawa itu adalah suatu keperluan..

Ketika Allah memerintahkan kamu untuk solat, mengapa kamu menunda-nunda?

Ketika Allah memerintahkan kamu untuk berpuasa, mengapa enggan rasanya?

Ketika Allah memerintahkan kamu untuk membayar zakat, mengapa hati terasa berat?

Ketika Allah memerintahkan kamu untuk berjihad, mengapa kamu merasa malas?

Kerana kamu menganggap bahawa itu adalah suatu kewajipan..

Mengapa kamu membeza-bezakan? Bukankah semua itu sama-sama perintah Allah? Atau kerana kamu hanya menuruti hawa nafsu kamu?

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” QS.Al Jatsiyah:18

“Apakah engkau tidak perhatikan orang yang telah menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Apakah engkau akan dapat menjadi pelindungnya. Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi.” Qs. Al Furqan: 43-44)

Andai kamu dapat menjadikan ibadah kepada suatu keperluaan tentu semua akan terasa ringan. Akan hadir kerinduan untuk selalu melakukan kebaikan. Rindu untuk mengerjakannya solat, puasa, zakat, dakwah, jihad dan yang lainnya dengan sepenuh cinta.

Sudahkan kamu menjadikan ibadah menjadi keperluan, bukan hanya sebagai kewajipan..

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

–Mutiara Islam

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh