(Madah 12) TERSEMBUNYI.

Alhamdulillah, kesibukan semakin bertambah apabila diberi kesempatan dan peluang untuk menjadi warga pendidik. Pendidik di sebuah tadika. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Bismillah, bismillah.

------

Kadangkala, Allah hantar kamu sendiri, agar kamu ambil ibrahnya. Sendiri tak bermakna sepi. MasyaAllah, selesa dengan tudung labuh. Bukan kerana hipokrit, tetapi mendorong. Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi 'ala diinik, wa 'ala to'atik. Amin.

Sehari temu duga, Alhamdulillah, Allah tahu apa yang terbaik. Syukur. Permulaannya, rasa takut kerana Qaisy memakai tudung yang labuh yang mungkin dipandang asing oleh orang lain. Tekad di hati semakin membara, seolah-olah tak nak ada yang memandang 'sebelah mata' pada mereka yang bertudung labuh.

Teringat Qaisy ketika permulaan bertudung labuh, susah. Agak payah. Qaisy tidak akan mempertaruhkannya hanya sekadar untuk kerja. Allahu Allah, bantu.

Dengan menggunakan slip PMR sebagai 'tiket' bekerja selama tiga minggu untuk menghabiskan cuti, Bahasa Inggeris diteliti. Mujur, diterima. Tadika ini mementingkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan dengan pelajar. Terdiri daripada kanak-kanak comel dari 3 hingga 6 tahun. Alhamdulillah, ditugaskan untuk menjaga, dan mengajar mereka yang 3 dan 4 tahun. Tak susah dan tak mudah.

Mungkin, inilah pekerjaan yang mulia, yang telah lama diidamkan untuk mengisi masa lapang sambil menunggu penggal sekolah bermula.

Pekerja, hamdalah. Semua baik-baik belaka. Terdiri daripada Melayu, India, Cina. diberi lagi kesempatan untuk berkawan dengan non-muslim, untuk ketiga kalinya. Peluang keemasan. Mentarbiyah hati, tunjuk akhlak mulia yang Islam ajar. Tapi, bukan dengan riya'. Sebaliknya, semulia-mulia akhlak yang ditunjukkan oleh Nabi S.A.W, diajarkan lagi dalam kitab Allah..

Tiada paksaan untuk memasuki Islam.. Ya, tiada paksaan untuk memasuki Islam. Tetapi, orang Islam mesti dipaksa untuk memahami Islam, cinta Islam itu sendiri. Ramai orang, Islam pada nama sahaja. Sebaliknya? Allahua'lam. #Pesanan buat diri.

Gembira dapat berjumpa, berkawan dengan mereka. Setidak-tidaknya, kamu boleh tunjuk, dan dakwah bil haal (tunjukkan akhlak, tingkah laku sebelum menyuruh orang lain) kan yang terbaik? Sayang Islam. AllahuAkbar!

kamu kamu dilahirkan dalam Islam, semulajadi. Sangat awesome! kamu diberi nikmat PALING besar. Ya, PALING! Tetapi, sejauh mana penghayatan kamu kepada Islam? Islam pada nama? Allahu. #Again, note to self.

Teringat dalam perkongsian usrah, functionsebenar kamu as muslims?

Ini dia, firman Allah, surah az-Zariyat ayat 56, merungkaikan segala persoalan yang bergelut di fikiran. Nafsu dan iman bertelagah. “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia MELAINKAN agar mereka beribadah kepadaKu.”

Kenapa Allah guna perkataan 'melainkan'? Kenapa Allah tak guna perkataan 'untuk'? Kenapa dan kenapa?

Istithna' diambil kira. Sebab, betapa Allah tegaskan dalam konteks ini, nak ke tak nak ke, tak kira! Mesti beribadah kepada Allah. Tak boleh kata tak nak.

Subhanallah. Hebat bukan? Ada hikmah yang terselit, tersembunyi. Bagaimana ingin menjadikan setiap perbuatan, percakapan, semua yang lahir dari anggota badan Allah bagi ni beribadah? Pertama, niatkan kerana Allah. Kedua, mengikuti syarak. Simple, tapi susah sebab kamu manusia, leka, lalai. Jadi, perlulah sentiasa ada insan yang mengingati dalam memburu redha Ilahi, agar cinta sentiasa dicurahkan kepada Yang Hakiki.

Jom? Upgrade iman. Bersihkan hati, murnikan diri, sucikan diri, membuahkan akhlak yang terpuji. kamu adalah apa yang kamu fikirkan. Akhlak kamu adalah apa yang hati kamu tunjukkan. Jadi, jaga hati, insyaAllah, akhlak terpuji.

Tak terdaya untuk meminta kepada sesiapa selain Ilahi. Ya Rabb, tentukanlah yang terbaik untuk diriku, rakan-rakan, dan agama kami. Allahumma Amin.

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau.” - Saidina Umar Al-Khattab

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh