(MADAH 29) FAKTA

Alhamdulillah, 9 subjek dah berlalu. Lagi 2 subjek. Allah. Permudahkanlah segala urusan. Amin. Ya, mungkin ramai berasa hairan dengan fakta ini, tapi ia kenyataan yang tidak dapat disangkal. Mungkin ia menakutkan, tapi tidak bagi Qaisy.

                                                               ------------

Sedang Qaisy melepaskan segala kepenatan otak yang dianggap sebulan itu, hati teringin sekali mendengar lagu-lagu nasyid yang lama. Anggaplah cerita ini sebagai cerita sekadar untuk menceritakan pengalaman yang mendewasakan Qaisy. Pengalaman yang mengajar Qaisy erti cinta Tuhan... Bukanlah cerita yang berniatkan mazmumah. Berlindung dengan Allah daripada dosa di dalam hati baik sum'ah (suka orang lain sebut kebaikan dirinya) dan riya' (melakukan bukan kerana Allah semata-mata).. A'uzubillah hi min zalik. Amin!

Dah lama rasanya tidak mendengar lagu-lagu nasyid yang lama. Qaisy menekan lagu-lagu tersebut. Rindu rasanya. Allah. Seawal usia muda yang remaja ni, memang banyak cabaran. Walaupun dengar lagu nasyid yang beversikan cinta, membuatkan diri ini kadangkala tewas. Tewas untuk mengendalikan sesuatu soal hati. Bagi Qaisy, soal hati, biarlah Allah yang settlekan.

Ya, walaupun ia urusan Qaisy, tetapi Qaisy rasa seeloknya Allah yang tentukan. Siapalah Qaisy hendak mengendalikan soal hati, soal cinta, andai soal cinta dengan Allah pun masih terkapai-kapai, inikan pula hendak kendalikan soal cinta kepada manusia. Jauh dari sudut hati. Allahuakbar.

Teringat satu peristiwa tatkala seorang rakan yang sedang meneliti dan membelek handphone Qaisy yang kaya dengan lagu nasyid. Tiba-tiba berkata sebegini;

“Siapalah yang dapat enti, untungnyalah kan?”

Allah. Allah. Allah. Tiada kalimah lain yang dapat diucapkan masa tu. Tergamam. Terdiam. Soalan berlalu dengan angin yang lalu. Diri yang masih mencari sinar cahaya Allah. Mereka tidak tahu dosa yang lalu. Andai mereka tahu, pasti mereka tidak berkata sebegitu. Mereka tidak tahu soal cinta itu Allah yang punya. Siapalah insan kerdil ni.

Sifat yang pendam yang tak banyak bercerita tentang diri kepada orang lain, membuatkan diri terus bergantung sepenuhnya kepada Allah. Segala cerita hanya berhak buat Sang Pencipta, kerana Dia lebih Mengetahui. Sehinggakan pernah terfikir untuk menolak 'fitrah' itu, takut-takut jika adanya fitrah itu membuatkan Qaisy jauh kepada Sang Pencipta. Kerana sehingga sekarang, bila Qaisy ada Allah, Qaisy ada kehidupan yang lebih dari cukup. Allah.

Kalimah Cinta, Impian Kasih, Nur Kasih, Istikharah Cinta. Jodoh dan takdir. Mendengar lagu yang berunsurkan cinta meskipun nasyid, membuatkan diri lalai. Diri terbuai dengan dunia fantasi. Tapi, ada satu lagu nasyid yang memberi inspirasi kepada Qaisy untuk menjadi wanita solehah. Membuatkan diri ini terus kuat di peringkat remaja ini. Kerana Cinta, in-team. Lirik yang sangat mendalam dan memberi makna yang tersendiri. Membuatkan bila diri mendengar balik, seolah-olah ada sesuatu yang membuatkan hati bergetar. Masya Allah.

Cinta itu tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela. Rasa bahagia biarpun sengsara. Berkorban segala-gala. Dan jangan pula kerana bercinta kamu pun leka entah ke mana. Dan jangan pula kerana cinta tergadai semua maruah agama. Cinta sejati hanya cintakan Ilahi, cinta ayah bonda turut suci selamanya…

Bohong untuk Qaisy mengatakan tidak jika tidak pernah terharu atau terjatuh hati dengan seorang lelaki. Nampak lelaki soleh, handsome dan minat. Dengar lelaki mengalunkan ayat suci Allah dengan lembut dan tersentuh hati tatkala mendengar. Ianya fitrah. Cuma cara kamu kendalikan. Soal hati, soal Allah, Qaisy asingkan. Jika ada yang berbicara soal cinta, Qaisy jadi kalah. Qaisy jadi tunduk malu. Semuanya kerana cinta Allah yang sudah lama tersemat dalam hati, dan soal pergaulan. Ya, Islam menjaga perempuan dan ikhtilat. Ikhtilat yang Islam yang tunjukkan sangat menjaga seorang muslim itu sendiri. Islam sangat menjaga batas-batas pergaulan yang sangat sistematik.

“Dan katakanlah kepada wanita beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka kepala mereka ..........” Surah An-Nur : ayat 31

“Dan katakanlah kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan .” Surah An-Nur : ayat 30

Tunggulah dah halal, barulah awesome!..

Subhanallah. Alhamdulillah. Tersentuh tatkala baca ayat tersebut . Allah, jaga diri ini, moga thabit di jalan Engkau, amin. Sedih tatkala lihat adik-adik yang lebih muda daripada Qaisy yang dah couple. Buat adik-adik perempuanku, ingatlah, dunia ini sementara. Akhirat berkekalan. Masakan dirimu sanggup membazirkan masa dengan orang yang salah? Tanam di dalam diri, CINTA UNTUK SUAMI, TAKKAN KU KONGSI. Ia membolehkan adik-adik menempuh cabaran di usia remaja ni dengan kuat. Yakin pada diri, yakin pada Allah. Kalau Allah dah ada di dalam hati, ianya menjadi lebih daripada cukup..

Allah. Allah. Allah. Bantu diri ini menempuh segala dugaan. Amin ya Rabb.

Andai yang lain sedang sibuk berbicara soal cinta, andai yang lain sibuk mencari cinta bukan tepat pada waktunya,kamusepatutnya bersyukur, bukan cemburu, keranakamusedang mengharap redha Allah. Apalah sangat jika hendak dibandingkan cinta manusia dengan cinta yang hakiki? Cinta sejati? Allahurabbi.

Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.-Surah al-Hajj:77

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh