(Madah 9) DISEBALIK TIRAI.

Bismillah. Mencuba untuk jadikan diri redha sebelum result keluar. Amin.

‘Minggu kajian’ mengajar Qaisy macam-macam. Terharunya Allah masih sayangkan diri ni. Di situ, Qaisy belajar macam-macam. Study week yang amat bermakna! Mengembara mencari diri dahulu. Rindu diri yang dahulu. Tertaut cinta Allah semata. Ya, semata! Di sebalik tirai itu, menyingkap semua. Hikmah. Allahu!

Tup..tup.. Pergi surau berkali-kali selama hidup. Baru jumpa hikmah tirai dalam surau waktu minggu kajian ni? Huh, apakah? Bukan! Inilah dia namanya hikmah. Pengembaraan mencari hikmah. Bukan mudah, tapi tak susah.

Terpanggil untuk mencari balik diri dulu. Sungguh, Qaisy rindu diri itu! Minggu kajian membuatkan tanggungjawab yang perlu dilakukan terhenti seketika. Masa tanpa had hanya untuk Allah. Sibuk tiada. Sibuk memanjang tiada. Tenang. Tempat yang Qaisy suka untuk study, selain untuk mengelakkan daripada mata tertutup di bilik, surau.

Tempat sebetulnya Qaisy 'cari' Allah.

Bersembang punya bersembang dengan 'suraumate' (kawan yang kenal dari surau) membuatkan Qaisy kembali semula. Alhamdulillah, sembang punya sembang, cerita yang beliau ceritakan serupa dengan Qaisy waktu dahulu. Seolah-olah Qaisy sedang mendengar cerita Qaisy sendiri. Allah masih sayangkan hambaNya. Dia tak nak kamu tersasar jauh. Subhanallah!

“Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?” [6:32]

Di sebalik tirai yang hanya menjadi penghadang muslimin dan muslimat, Qaisy belajar lagi. Kenapa perlu ada tirai? Kenapa tak direct aje Allah bagi kamu tengok?

Qaisy temui. Satu hari, sewaktu Qaisy belajar di surau, Qaisy 'tercuri' dengar perbualan dua orang muslimah. Muslimah yang ter'minat' dengan suara merdu ketika ada imam yang mengetuai solat fardhu maghrib dan isyak. Kata muslimah tersebut, terpikatnya membuatkan dia mencari siapa gerangan suara sedap itu. Memang, bagi Qaisy tak salah nak cari. Itu fitrah. Manusia sukakan sesuatu yang unik. Qaisy hargainya. Qaisy raikan. Tapi, apa pula maksud bersembang tentang muslimin yang melibatkan 'hanya' sejam perbualan? Tepuk diri, tanya iman dalam diri. Masih adakah ruang untuk cinta Allah dalam hati? Allahurabbi.

Tanyalah mana-mana muslimat, apa rasanya kalau dengar muslimin yang sedap suaranya bila mengaji? Pastinya, semua tertaut. Itu fitrah. Sebab fitrah, kamu perlu uruskan sebaik mungkin jangan jadi fitnah.

Bila buka tirai untuk memberi ruang pelajar muslimat yang tak cukup ruang. Perkara kecil, sekecil perkara. Sekecil perkara pandangan kamu tapi ia tersangatlah besar di sisi Allah. Riya'. Bila buka tirai, kebarangkalian untuk berasa 'menunujuk' solat kamu amatlah besar. Nauzubillah! Belajar lagi.

Lama kelamaan bila hati dah tertaut dengan surau, hati dah tertaut dengan Allah. Cinta tu disumbangkan ke jalan yang betul. Minat untuk yang tidak halal Allah tangkiskan sikit demi sikit. Hari demi hari. Lama kelamaan, fitrah buat insani semakin pudar membuatkan pergantunganmu sepenuhnya kepada Allah. Redha dengan jodoh, kematian. Biarlah, Allah yang tentukan. Persiapkan dirimu perindu syurga, kerana dirimu begitu berharga!

Jodohmu cerminan dirimu. Selagi mana engkau setia, ia pasti akan tiba jua tepat

pada masanya. Sabar dan teruskan setia..

'Dear muslimah, imam tidak boleh pilih makmum. Sebaliknya, makmum boleh memilih imam. Makmum boleh tentukan siapa imam yang selayaknya. Sebelum mencari, pastikan dirimu sudah cukup dengan ilmu di dada untuk menilai seorang imam. Dengan itu, kamu akan membuat pilihan yang tepat untuk masa hadapanmu.'

'Dear rijal, persiapkan dirimu. Jangan sering membuatkan muslimah tertarik dengan kesantunan budimu. Sekali dia tertarik, susah untuknya kembali. Dia lupa tanggungjawabnya. Dia terbuai dengan dunia khayalannya. Tolong, biarkan muslimah berpagarkan duri.'Simpan cinta. Pendam. Cari Allah, minta hati yang baru. Moga Allah redha. Amin.

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.” -Syazwan Fikri Muhd Syarlan

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh