(MADAH 20) TUDUNG LABUH.

Alhamdulillah, masih diberi nikmat iman dan islam. Bila difikirkan, jauh sudah melangkah, berharap redha Allah mengiringi buat diri ini. Kerdilnya rasa hanya Allah yang tahu. Pada mulanya takut melangkah, akhirnya Allah permudahkan segala-galanya. Dari mula takut hendak melangkah, sehingga hari ini pandai berjalan walau ada duri di jalanan. Alhamdulillah..

Sebab Qaisy pakai tudung labuh. Kenapa Qaisy memakai tudung labuh?

Jika hendak mengembalikan kenangan lalu, rasanya perit satu persatu. Benar, mujahadah itu susah, ujian itu pahit, kerana syurga itu terlalu manis. Apa yang boleh Qaisy kongsikan, Qaisy kongsikan.

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab mereka.” Surah al-Ahzab : ayat 59.

Allah tak suruh kamu pakai tudung labuh, tapi Allah suruh melabuhkan tudung. Sejak masuk ke sekolah agama menjadikan pakaian rasmi penampilan sebagai seorang yang berpewatakan muslimah. Tersangatlah muslimah. Dari atas sampai ke bawah amatlah dititikberatkan. Dengan mengajar dan mengajak diri sebenarnya membuatkan hati benar-benar terdidik. Pergi ke bilik prep, tudung labuh. Pergi ke sekolah, tudung labuh. Pergi ke surau, tudung labuh. Pergi ke tandas pun tudung labuh. Tarbiyah. Mengajar Qaisy sedikit sebanyak nilai murni itu. Masya Allah.

Dan apabila pulang ke rumah dan hang out bersama keluarga seawal usia separuh mentah 15 tahun membuatkan Qaisy terdorong untuk berasa tidak selesa jika keluar tanpa bertudung labuh. Namun, itu cuma sementara.

Bila sesuatu amalan dibuat dengan hati yang tidak ikhlas, sesuatu takkan terjadi kerana tiada keredhaan dari-Nya. Itulah pertama kali pakai tudung labuh yang bulat, skema pada awalnya. Allah!

Ceritanya semua bermula ketika di tingkatan 3. Qasiy mulakan sedikit dahulu. Bermula dengan sekecil-kecil perkara, pemakaian stokin. Mungkin, sekecil-kecil benda di dunia ini, namun ia boleh jadi sebesar-besar perkara di sisi Allah.. Subhanallah.

----

Ketika berasa sepi, ada Allah yang mengawasi.

Sikap yang melatih diri bersifat pendiam pada mulanya membuatkan diri rasa pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Ya, sepenuhnya! Mahu atau tidak, Allah jadi saksi semuanya. Allah menciptakan semuanya. Allah menjadikan ujian. Allah yang menjadikan nikmat. Nikmat hidayah itu kerja Allah, cuma cara kamu terima hidayah itu mungkin berbeza. Lain orang, mungkin lain cara terima hidayah yang sangat mahal walaupun bapa saudara Nabi pun Nabi tak boleh tolong, apa lagi kamu manusia hina ni.

AllahuRabbi.

Teringat dosa lalu. Teringat apa yang telah berlaku. 'Wahai diri, apa yang telah dilakukan bagi seorang yang dianggap hamba semata-mata? Hamba.'

'Wahai diri, apa yang dilakukan bagi seorang anak? Adakah sudah menjadi anak solehah kebanggaan orang tuamu?'

Soalan yang bertalu-talu dalam fikiran. Allah.

Kerdil rasanya. Fikiran buntu. Dosa lalu membelenggu. Tetapi, bila Allah dah kata kun fayakun, tiada siapa yang boleh menghalang takdir itu. Subhanallah.

''Kita pakai tudung biar stabil. Jangan labuh kat depan, pendek kat belakang. Depan tutup, belakang tak. Jangan lak pendek kat depan, labuh gila kat belakang. Kamu nak tutup belakang je? Depan? Biarkan orang tengok? Pakai tudung biarlah betul. Jangan berat sebelah. Biar sama depan belakang.. '' -tazkirah Jumaat oleh ustazah Thuwaibah, dihadiri oleh akhawat. Allah. Allah. Allah.

Waktu tu, hanya Allah yang tahu. Rasa nak nangis, nak meraung, nak cakap terima kasih Allah, semua ada. Tergamam. Terdiam. Sebenarnya, we are very lucky.

Minggu balik ke rumah, memberitahu hajat yang membara di dalam hati kepada mama. Mama hanya diam. Tidak lama beberapa hari kemudian, datanglah si mama membawa 3 helai tudung labuh. Alhamdulillah. Termakbul. Bila kamu dah rencanakan sesuatu, dengan baik, semata-mata sebab Allah, insyaAllah, Allah akan mudahkan segalanya.

Selesa. Selamat. Alhamdulillah. Allah bagi hidayah ni. Sejak Qaisy bertudung labuh sehinggalah sekarang, alhamdulillah, kebanyakan ar-Rijal 'takut' untuk bertegur. Alhamdulillah! Mereka hormat kepada muslimat yang bertudung labuh.

Sebelum bertudung labuh, kalau nak jalan, terutama di tempat yang sempit, mereka akan memandang sekilas sahaja tanpa memberi special jalan kepada muslimat bertudung labuh. Lepas memakai tudung labuh, kami semacam orang special.

Memang tidak dinafikan, memakai tudung labuh pada awalnya ada satu bisikan halus untuk memakainya. 'Aku tidak cukup baik nak pakai tudung labuh. Banyak dosa lagi,' ' Habis, kalau nak tunggu baik sampai bila? Manusia tak maksum..'

Seolah-olah ada satu bisikan positif pula buat diri. Tudung labuh bukanlah 'ukuran' baik ke tidak seseorang sebenarnya. Tapi, dengan memakai tudung labuh, melatih diri bersifat mahmudah. Bukan hypocrite, malah melatih sebenarnya. Innamal'amalu binniyat! Urusan hipokrit atau tidak seseorang itu, biarlah menjadi urusan Allah bersama hamba-Nya. kamu hanya boleh menyampaikan dakwah, bukan meminggirkan golongan tersebut.

Tuhan, kuatkan diri, diri nak jadi baik, amin!.

Qaisy tidak setuju dengan mereka yang berkawan dengan bertudung labuh sahaja. Peringatan ini ditujukan khas buat diri ini yang mudah lupa. Sebenarnya mereka yang tidak bertudung labuh ni perlu didekati. Di sinilah peranan dakwah. Dakwah secara kreatif. kamu kenal orang tu, mahu atau tidak, kena ikut cara dakwah yang boleh masuk dengan dia. Bukan dengan sebarangan mahupun memerli.

Lain orang, lain cara, lain ragam. Cara dakwah pun mestilah lain kan? Dakwah dengan hikmah. Selebihnya, biarlah Allah tentukan. Teguran buat diri sendiri. Moga istiqamah di jalanNya. Amin.


Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.- HR. Muslim, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh