(MADAH 19) SUNGGUH AKU TAHU.

Assalamualakum..

Sudah lama bercita-cita menghasilkan certi, cerpen dari hati, cewah. Apakan daya, tertulis jua. Moga kalian mengerti.

                                                                         ***

Seruan menuju kejayaan berkumandang penuh gah. Diselang-seli sahutan ayam serta iringin simfoni air sungai Kinabatangan memecah keheningan pagi yang masih suci. Anis bingkas bangun dari kamar beradu.

Melangkah pantas, menadah tangan. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Usai bermunajat di tikar sejadah, dia menerima satu pesanan ringkas. Ragu-ragu pada mulanya. Masakan ada yang sudi menekan-nekan kekunci di pagi begini. Risau dirinya kalau-kalau ada urusan kecemasan memanggil kerana di benaknya sudah ada cereka lain yang beraksi.

“Uhibbuki Fillah” Ringkas. Bukan kecemasan, pesanan yang datang membawa senyuman. Dari ahli bulatan gembiranya. Sekuntum senyum manis terukir. Penuh bertenaga.

Dia tidak membalasnya.

Anis mencapai naskah al Quran yang bersemayam berhampiran katilnya, di atas rak yang usang, di rumah yang usang. Bayu kaki gunung yang meniupkan bersama aura Sungai Kinabatangan bertiup menyapa tubuhnya. Sedikit menggigil. Alah bisa, tegal biasa.

Anis memulakan bacaannya. Penuh penghayatan. Dia memerhati dan meneliti tiap-tiap bait kata dengan penuh rasa insaf dan keinginan mengenal Tuhan yang mendalam. Terkesima sejenak, tika mana mata bertentang dengan suatu ayat yang mengkhabarkan suatu tawaran yang siapa sangka tidak akan pernah merugikan, Anis berhenti di situ.

Ayat ini; Wahai orang-orang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (As-Saff :10-11)

Dibacanya berulang-ulang kali. Bait-bait kata dalam ayat tersebut lalu muncul dalam mindanya, silih bertukar tempat. “Sungguh Ya Rabb, aku tidak mengetahui. Aku tidak mengetahui”

Anis merintih sendiri. Hela nafasnya menzahirkan isi yang terbuku di hati. Berat, terlampau berat. Beriman. Allah. Rasul. Jihad.

Rasakan suatu kerugian. Dia tidak mengetahui, bagaimana harus diri dinazarkan kepada Ilahi. Anis hanya sekadar mampu berdoa. Berdoa moga diberikan kekuatan untuk terus bejihad di jalan yang Maha Esa. Dia merenung kisah silamnya, sejarah hitam hidup bergelumang dosa. Luka lama berdarah kembali. Apakah aku akan kembali seperti dulu?

Semoga kalian dapat mencari apa yang tersirat..

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.” – Mutiara Islam

Wanita yang bertudung tak semestinya baik, tapi wanita yang solehah sudah tentu menutup aurat.” – Nur Shahni Syamin

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh