(MADAH 18) SUDAH LUPAKAH KAMU.

Sudah lupakah kamu kamu yang dahulu.

Di hujung minggu kamu berbungkus dalam selimut. Solat subuh entah ke mana. Membuta sepanjang hari. Aku aku. Engkau engkau. kamu isi hujung minggu dengan games-games. kamu berpesta sampai larut pagi. Dengan dotanya, dengan marathon koreanya. Dengan sebaldi megginya. Kamu ikut kawan-kawan ke pusat Bandar. Kamu buang duit mak ayah bagi di panggung panggung wayang. Kamu tengok movie itu movie ini.

Sudah lupakah kamu? Kamu yang dahulu. Quran entah ke mana. Baca bila perlu. Musim exam baru kamu cari sejadah. Bila malam Jumaat mulalah kamu tengok-tengok surah Yassin. Hari-hari kamu penuh gelak dan tawa. Solat kamu tunggang langgang. Kawan-kawan kamu entah apa-apa. kamu pernah sangkut dengan entah anak siapa. Malam kamu tak tidur, bermadu kasih. Berbunga-bunga cinta. Tiada siapa kisah.

Sudah lupakah kamu kamu yang dahulu. Kamu yang rancak di alam maya. Usik situ usik sini. Lagu-lagu ganas dan seram yang menjadi halwa telinga. Bait-bait lirik yang entah apa maknanya yang jadi zikir kamu Di alam maya entah bermacam video kurang sopan lagi menjijikan jadi tatapan kamu kamu yang tidak pernah peduli tentang siapa jiran kamu Tidak pernah tahu apa yang berlaku di seberang sana. Anehnya kamu berasa cukup baik. Cukup sempurna.

Sudah lupakah kamu kamu yang dahulu. Yang tidak pernah ingin peduli. Tidak pernah ingin ambil tahu. Pakaian kamu yang ketat bagai. Koyak rabak sana sini. Kamu makan sesuka hati. Macdonald? Kitalah duta. Coca-cola itu jiwa kamu Music itu sahabat sejati kamu kamu hidup sendiri-sendiri. Cari kawan bila perlu. kamu yang kedekut. Yang berkira. kamu yang racist. kamu yang cakap kotor. Yang cakapnya asyik nak menang.

Sudah lupakah kamu Entah bagaimana.

Dia bimbing kamu Keluarkan kamu dari lorong gelap itu. Berikan kamu cahaya. Dalam ramai-ramai, kamu yang dipihNya. Entah kenapa.

“….Ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.

Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari sana. Demikianlan Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya..” (Ali Imran:103)

Sudah lupakah kamu? Kamu yang baharu. Sejak detik itu. kamu mula kenal erti kehidupan. kamu mula bersahabat dengan Quran. kamu mula mendekati masjid-masjid dan suaru-surau. kamu mula rasa ni’mat nya beragama. Mulai rasa signifikannya kehidupan. Mula belajar mengenali Rasul. Mula belajar mengenali Sang Pencipta.

Sudah lupakah kamu? Kamu yang baharu. kamu diperkenalkan dengan benda-benda baharu. Yang asing di waktu lampau. kamu diperkenalkan dengan dakwah. Yang suatu hari dahulu kamu takut mendengarnya. Tapi aneh kamu berkorbar-korbar mempelajarinya. kamu bersemangat untuk mengaplikasinya. kamu diperkenalkan pula dengan ilmu ilmu tambahan. Bahan-bahan fikrah.

Sudah lupakah kamu? Kamu yang baharu. kamu berkawan dengan sahabat baharu. Yang juga pernah menjadi mangsa kehidupan. kamu mulai episod baharu. Berjalan seiringan. Menyanyikan lagu perjuangan yang sama. Sama-sama kamu bersajak. Sama-sama kamu menghayun tangan. kamu mengangkat janji. Sama-sama kamu kecoh. Sama-sama kamu ganding bahu, berdakwah dalam kelas, berpesan sesama kamu

Sudah lupakah kamu? Yang kerana dakwah kamu sanggup tak tidur malam. Beramai-ramai dalam kereta yang satu kamu keluar di hujung minggu. Terus menghilang. Tatkala yang lain sibuk menelaah, kamu terhegeh menyantuni para mad’u. Bila ada antara kamu yang malas-malas dan culas, cepat-cepat kamu hulurkan tangan. kamu yang erat dan utuh.

Sudah lupakah kamu? Tapi aneh. Setelah sekian lama, hilang semua itu. Mana pergi kamu yang baharu ? Kenapa kamu kembali kepada yang dahulu?

Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungi, dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan lalu Dia memberikan kecukupan (Ad Duha :6-8)

Sudah lupakah kamu Ikhwah dan Akhwat sekalian?


Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

– Mutiara Islam

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh