“Aku
gagal. Dah beberapa kali aku cuba, tapi aku gagal.” Ya, kata-kata inilah yang
hakikatnya membunuh kamu secara diam-diam. dan akhirnya, kamu mati dalam
keadaan tidak kamu sedar. Mati yang bagaimana? Mati akal untuk mencuba, mati
hati untuk melihat jalan lain, dan berputus asa dari rahmat Allah. Pastinya
kamu pernah merasai putus asa untuk mencuba dan terus mencuba.
Jom
berfikir positif...! Jom ubah...! bagaimana..? Apa yang kamu fikir, itu
membentuk diri kamu Apa yang telah di'set'kan di minda, itu yang
akan memandu perjalanan sebahagian kehidupan kamu
“Aku
gagal, dah beberapa kali aku cuba, tapi aku gagal.” VS “Aku dah cuba beberapa
kali. tetapi masih belum berjaya.”
Gagal
dan belum berjaya adalah dua perkara yang ketara berbeza. Bilamana kamu gagal, bermakna tiada harapan untuk kamu mencuba
dan terus mencuba. Bilamana ianya belum berhasil, kamu masih boleh terus
mencuba sehingga berjaya.
Sejarah
telah membuktikan, Thomas Alva Edison belum berhasil mencuba sehingga beribu
kali untuk menghasilkan lampu pijar, tetapi akhirnya berjaya buat setelah lebih
10000 kali mencuba. Dia tidak gagal tanpa terus mencuba, dia mencuba tetapi
belum bertemu hasilnya. Dan, usaha percubaannya mendatangkan hasil..! Andai
kata dia mengaku gagal dan berputus asa di peringkat awal, pasti tidak akan ada
hasil dari dia yang bernama Thomas Alva Edison ketika itu. Itu perbezaannya,
dan lihat hasilnya..!
Lihat
pula Albert Einstein, dia merupakan pakar Matematik dan Fizik. Tahukah kamu diperingkat awal, Albert Einstein ini pernah
gagal dalam ujian Matematik. Tetapi kegagalan itu tidak menutup jalan usahanya
untuk bertemu hasil hebat di penghujungnya. Siapa dia yang kamu kenali? Pakar
Fizik dan Matematik terkemuka. Formula-formulanya digunapakai manusia.
Ambil iktibar dari dua cerita ini. Jika
mereka, terus yakin dengan usaha yang dilakukan mampu mendatangkan hasil, maka
kamu selaku umat Muhammad S.A.W diajar dan dididik utk tidak berputus asa dari
rahmat Allah, inikan pula merasa gagal dan tidak mahu terus berusaha dalam
sesuatu perkara.
Kita
belum pernah temui perkataan penghujung gagal dalam hidup kamu tetapi yang kamu temui adalah, belum
berhasilnya usaha kamu.
“Allah menguji kamu dengan berbagai
ujian. Bersabar, berusaha dan jangan berputus asa dari rahmat Allah.
InsyaAllah, kamu akan menemui satu kemanisan di akhirnya. Berusaha, dan terus
berusaha mencapai sesuatu perkara. Andai perkataan GAGAL di depan mata, itu
cuma mainan semata-mata. Disebalik GAGAL itu, ada HASIL yang menanti jika
diteruskan dengan USAHA.” - Nurul
Hudai’ena Ahmad Zaufik