(MADAH 16) JERAT CINTA

Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya boleh mati kalau awak pergi. Saya tak tahu untuk apa hidup di dunia kalau awak meninggalkan saya..”

HOHOHOHOHOTAKK KAU! kamu tak boleh hidup tanpa Allah lah pandai!

Kita pasti akan terbang melayang-layang ke langit apabila seseorang pesanan text smssebegitu kepada kamu Terasa diri begitu dipuja dan dihargai sehinggakan menjadi sebegitu penting dalam kehidupan seseorang. kamu pasti tersipu-sipu malu dan merah padam muka kerana sangat terharu, lalu mengatakan “Awak, janganlah begitu..”

Kita memang tidak layak meletakkan cinta kepada manusia secara berlebihan. Apatah lagi mereka yang baru mengenal cinta seperti remaja dalam melabuhkan cinta. Sebenarnya orang yang kamu cintai itu biasa-biasa aje, tetapi kamu memandangnya luar biasa kerana selalu mendengar lirik-lirik lagu, syair pujangga dan filem cinta, yang membuatkan kamu terikut-ikut. Itulah cinta monyet. Ok, cuba kamu tanya pada diri sendiri, adakah kamu sanggup ikut mati jika kekasih kamu mati? kamu sanggup mati kerana cinta kepada yang belum pasti menjadi isteri atau suami kamu Harus kamu ingat, sekarang adalah zaman serba pantas, cinta boleh didapatkan dalam hitungan minit. Hari ini kamu putus, esok mungkin seseorang yang baru hadir dalam hidup kamu

Kita tidak perlu rasa terjerat oleh perasaan cinta. Apatah lagi orang yang kamu sukai dan cintai itu masih belum lagi menjadi isteri atau suami kamu Justeru, kenapa kamu menjadi sangat obses kepadanya? Adakah kamu merasakan kamu memiliki dia secara keseluruhannya? Dan kamu juga merasakan diri kamu miliknya sehingga tiada sesiapun pun yang boleh mengambil kamu walaupun ibubapa kamu sendiri. kamu adalah milikku, dan aku adalah milikmu. Parah bukan?

Lepaskanlah diri dari jerat cinta. kamu bebas untuk menentukan apa aje dalam hidup kamu dan apa yang ingin kamu lakukan. Kenapa kamu perlu rasa terkongkong? Adilkah jika kamu tidak dapat mengadakan study group dengan rakan-rakan kerana tidak disukai oleh teman lelaki? kamu disayangi oleh kekasih, sehingga semua orang yang dekat harus kamu jauhi? Sungguh menyakitkan.

Cinta tidak wajar menyekat hak-hak kamu sebagai seorang yang bebas. Bebas dalam memberi pandangan, berperilaku positif dan bebas menentukan diri sendiri. Tapi kenapa apabila kamu meluahkan perasaan cinta kepada seseorang dan kemudiannya orang itulah akan menentukan jalan hidup kamu Menentukan hala tuju kamu apa yang boleh kamu buat dan tak boleh kamu buat.Lebih parah lagi apabila seseorang yang kamu anggap kekasih hati itu dengan jayanya telah berjaya menyakinkan kamu dan menggantikan tempat ayah kamu yang selama ini berhak mengatur hidup kamu Menggantikan tempat keluarga yang selama ini melindungi kamu Aneh bukan?

Kita ada ibu bapa yang perlu diutamakan. kamu ada keluarga yang harus dijaga kehormatan. Kekasih kamu bukanah sesiapa, tetapi hanya memberikan kamu masalah dan membuatkan kamu bermasalah. kamu ingin putus, tetapi tak berani putus. kamu ingin sudahi cinta monyet ini tapi terdaya melakukannya. kamu ingin menjadi diri kamu sendiri tetapi selalu merasa tidak sampai hati. kamu ingin menjadi hamba Allah yang soleh dan solehan, tetapi ingatan terhadap kekasih selalu menghambat fikiran kamu

Persoalannya, sampai bila kamu akan begini? Cinta menyapa tidak memberikan berkat bagi hidup kamu Sebaliknya, hidup kamu akan menjadi serba tidak teratur, serba tidak kena. Begitu salah dan begini pun salah. Hidup bagaikan burung di dalam sangkar, nampak selesa dan nyaman, tetapi sedih dan menggelisahkan. Apakah kamu boleh terlepas dari kongkongan itu? Tidak. Kerana kamu tidak sampai hati melakukannya.

Cuba kamu fikir. Bila kamu cintakan seseorang, sudah tentu hati kamu akan tertumpu pada dia. Semua benda kamu akan berkorban untuk dia. Tak kisah sebab hati dah sanggup. Kadang-kadang kamu berkorban untuk yang dicintai. Perkara yang kamu tidak pernah buat atau tidak kamu suka, tiba-tiba kamu jadi sanggup, tiba-tiba kamu jadi senang. Sebab? sebab kamu cinta. Ada cinta di hati yang singgah dan kamu tidak kisah untuk melakukan sesuatu. Malah ada yang meminta bukti tanda cinta. Sayang, kamu selalu tersalah mentafsir.

Cepat-cepat menyahut panggilanNya. Kalau hati dah cinta, dah sayang, cepat-cepat kamu angkat call. Rite? Nampak aje nama orang tu terus senyum wajah berseri-seri. Sepantas kilat kamu menjawab takut orang di sana marah. Merajuk pula. Jadi bagaimana pula sikap kamu dengan DIA? Cepat-cepat jugak ke nak pergi solat bila dah dengar azan? Bersungguh-sungguh ke kamu menunaikan solat fardhu dengan hati yang berbunga-bunga dan wajah berseri-seri ketika Allah dah panggil suruh solat? Atau masih berlegar-legar di shopping complex atau masih leka bermain di padang bola?

Memberikan perhatian and fokus terhadap kata-kataNya. Kalau kamu benar-benar cinta kepadaNya, kamu amat suka mendengar setiap bait-bait ayat al-Quran. Bacaan ayat-ayat al-Quran menjadi pengganti kepada muzik. kamu lebih suka mendengar bicara Allah. Sehari tak dengar rasa tak sempurna hidup. Macam kamu dengan si dia, kamu suka sangat dengar dia cakap sweet- sweet dengan kamu I lap you I miss you. Bagi kamu itulah ucapan paling indah dan auwww so sweet. Tapi bicara Allah lagi sweet. kamu akan berusaha untuk tinggalkan laranganNya dan melakukan perintahNya even kamu rasa benda yang Allah larang tu macambest dan apa yang Allah suruh buat tu macam tak best.

Sentiasa suka memandang ciptaan Allah. kamu suka sangat tengok panorama indah. Air terjun yang cantik, lihat awan yang membiru. Serius, segala-galanya yang Allah ciptakan dekat alam ni semuanya indah. Maka, sangat kasihanlah jika kamu hanya melihat tanpa memikirkan kebesaran Allah. Dunia ni indah, sebab tu ramai manusia terleka dengan keindahannya. Dunia diciptakan untuk kamu Ya, Sebab untuk beribadah kepada Dia.

“Aku menciptakan jin dan manusia, tiada lain hanyalah untuk beribadah kepada-Ku”. Surah Adz-Dzariat: 56.

Adakah beribadah hanya sekadar solat, puasa, bayar zakat, pergi haji? Tak. Sebenarnya, semua benda yang kamu buat dekat atas dunia ni adalah ibadah. Serius? Yup. Yang penting, sebelum buat sesuatu kamu sebut bismillahirrahmanirrahim dan niat paling penting ikhlas kerana Allah. Main bola pun ibadah, online, baca buku, memasak semualah. kamu kena bijaklah manfaatkan sesuatu tu macam facebookdan blog. Tapi jangan pulak nak buat jahat sebut nama Allah. Contoh macam ‘Sahaja aku malas hari ini kerana Allah.’ Tak boleh… tak boleh.

Suka berdating dengan Allah. Hujung minggu aje mesti dating, cuti semester aje harus jumpa. Mestilah sebab kamu rindu. Berbulan-bulan dah tak jumpa. Sebab kamu cinta. Pakai sehabis baik bila kamu nak bertemu dengan orang yang kamu sayang. Then, kamu pun mesti suka jugak bila nak ‘dating’ dengan Allah. Perbaiki kualiti solat, sentiasa membetulkankan bacaan dalam solat. Maksud Qaisy, fahamkan maknanya, betulkan tajwid, hafaz surah-surah, nak menghadap Allah adalah suatu perkara yang penting. Allah panggil kamu lima kali sehari. Oh! Tapi janganlah abaikan panggilan Dia. Allah sikit pun tak lupa kamu tak lupa nak bagi kamu rezeki, tak lupa bagi kamu kejayaan dan kemewahan. Jangan sampai dia lupa nak bagi kamu nyawa habislah.

“Sesiapa berharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang”. Al-Ankabut:5.

Mencintai segalanya yang berkaitan dengan Allah. Jika kamu jatuh cinta dengan seseorang, mesti semua benda berkaitan dengan dia kamu berusaha untuk suka. Orang kata, bila kamu kawen dengan seseorang, bermakna kamu kawen jugak dengan keluargadia. Cuba nak sayang keluarga dia macam keluarga kamu cuba nak suka apa yang dia suka. Baiklah, contohnya kamu rindu untuk bertemu Allah.

Sentiasa nak solat and solat yang terbaik adalah solat berjemaah. Jadi, rajin-rajinkanlah pergi ke masjid dan surau (khususnya lelaki) sebab kamu tahu pahala solat berjemaah 27 solat sendiri 1 aje. Itupun tak tahu dapat ke tak 1 tu, dengan tak khusyuknya, dengan solat gitu-gitu aje, solat express. Cintakan masjid. Rindukan Baitullah (rumah Allah), kaabah.

Maka tak sabar-sabar untuk jejakkan kaki kat sana. Orang yang solat pun kena? Kenapa? Sebab fiil (perbuatan) kamu aje solat tapi hati tak solat. Fi’il kamu aje sujud tapi hati tak sujud. Sebab tu walaupun solat lima waktu pun lah kan, kalau hati kamu tak benar-benar faham akan apa objektifnya, apa makna dia, tetap juga buat maksiat. Tetap juga buat salah.

Teguran buat diri Qaisy terutamanya yang selalu leka dan alpa. Kalau siapa-siapa tanya cinta tu apa kat Qaisy? Ya, Qaisy akan mendefinisikan. Kalau cinta, perlukan bukti. Kalau cinta, buktikanlah. Love is a verb. Pada DIA bukan pada yang tidak halal buat kamu sebab belum tentu dia milik kamu

Banyak benda yang kamu utamakan lebih dari kamu utamakan DIA. Tapi Allah tetap baik kat kamu Banyak benda yang kamu buat salah banyak dah dosa ni buat, tapi Allah tetap ampunkan kamu Keampunan Allah tu lagi luas dari kemurkaanNya. Banyak masa untuk kamu bertaubat dan jangan sampai matahari terbit di sebelah barat baru kamu terhegeh-hegeh nak minta ampun, masa tu menangis air mata darah puntak guna.

Umat Nabi Nuh tak nak beriman kepada Allah, Allah Tenggelamkan tempat mereka. kamu yang tak beriman? Allah masih bagi peluang untuk kamu bertaubat. Bersyukur la sikit.

            “Sungguh benar bahwa kamu tidak tahu apa yang kamu miliki sampai kamu kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kamu tidak tahu apa yang belum pernah                             kamu miliki sampai kamu mendapatkannya.” Mutiara Islam

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh