(MADAH 22) KADANG-KADANG.

Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak, santun dalam berbicara, tenang ketika gundah, diam ketika emosi melanda, bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq, sebijaksana Umar bin Khattab, sedermawan Uthman bin Affan, sepintar Ali bin Abi Thalib, sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum

Amiin Ya Rabbal'alamin. Usia ini singkat. Jadi jangan disingkatkan lagi dengan kelalaian dan keasyikan. Pernah jumpa situasi ni..?

“Ish bukannya dia nak senyum. Sombong giler ah! Baru masuk sekolah ni dah tunjuk lagak. Nyampah gua! Arghhh! Tekanannn! ”

Kita selalu mengharapkan orang senyum pada kamu dulu kan..? Kenapa kamu mesti berada di pihak yang terus mengharap, terus berharap, menunggu & meminta. Bukan ke tangan yang dekat atas itu lagi baik berbanding tangan yang di bawah? Berusahalah sesuatu untuk memberi walau sekecik-kecik pemberian sekalipun senyuman. Tapi bukan senyuman gatal dek gigitan nyamuk.

Kalau benar kamu melakukan demi redha dan cinta Ilahi, lepas senyum kena baling tomato dengan petola pun, kamu tak kisah kot. Kot la, insyaAllah. Let’s do it for the sake ofAllah..!!

Kadang-kadang manusia mahukan kebahagian tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membahagiakan orang lain. Sekalipun terhadap binatang dan tumbuh-tumbuhan. Kadang-kadang manusia mahukan dirinya dihormati tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk menghormati orang lain.

Kadang-kadang manusia suka isi hatinya didengari dengan penuh setia oleh si pendengar tetapi pernahkah diluangkan masa kamu untuk mendengar isi hati mereka? Jangan pentingkan diri, jangan kedekut telinga. Ya. Mereka tidak pernah meminta untuk didengari tetapi ketahuilah bahawa kamu manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Bagai siang dan malam, bagai suami dan isteri, bagai guru dan murid, bagai pensil dan kertas, bagai nasi dan lauk.

Kadang-kadang manusia mahukan pandangannya dihadam dengan baik sekali oleh sahabat sekeliling tetapi, pandangan sahabat sekeliling? Pandang sebelah mata aje. Kadang-kadang manusia mahukan tazkirah, nasihat dan dakwahnya diterima pakai oleh mereka yang lain tetapi bila dirinya dinasihati, ditarbiyyah..? Haih. Kitakan manusia biasa. Siapa rasa dirinya sempurna lebih sempurna dan suci dari orang lain..?

Jangan pandang rendah pada orang lain. Jangan pernah terlalu selesa dengan jubah yang kamu pakai, kopiah yang kamu sarung, serban yang kamu lilit, stokin, yang sampai orang lain kamu pandang enteng (ringan/sepi). Sesekali jangan! kamu sebenarnya sedang diuji bila kamu merasa bangga dan selesa dengan keadaan itu. Hati-hati.

Kadang-kadang manusia mahukan dirinya difahami orang sekeliling tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk memahami orang lain sekalipun isi hati mereka. kamu mahukan sesuatu tetapi kenapa kamu sendiri lokek untuk memberikan sesuatu? Guanekonsep tu? Buanglah ego. Tak ke mana ianya pergi. Setinggi mana pun ego kamu waktu kamu mati nanti, bukan boleh kamu balut jasad sendiri dengan kain kafan. Bukan boleh kamu mandikan diri sendiri. Bukan boleh kamu gali dan kambus lubang kubur kamu nanti. Siapa yang akan angkat jasad kamu ke kubur nanti. Boleh bergerak sendiri? Bukan kamu lagi yang berdiri, angkat takbir, berdoa, dan solat seperti selalu. Ego? Tak ke mana. Buanglah ego tu..

Kadang-kadang manusia mahukan kegembiraan tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk menggembirakan orang lain malah manusia itu menambahkan kesedihan dan kedukaan kepada orang lain. Kadang-kadang manusia mahukan urusannya dipermudah tetapi dia sendiri tidak pernah berusaha untuk membantu mempermudah urusan orang lain. Tenaga tu siapa yang bagi? Kalau Allah tarik? Betapa sombongnya.. Dan sememangnya manusia mahukan doanya dan keinginannya dimakbulkan Allah tetapi manusia sendiri berat untuk melakukan apa yang Allah suruh. Allah suruh bukan untuk kepentingan-Nya tetapi sebab Allah sayangkan kamu

Sedikit pun Allah dan Islam tidak memerlukan kamu tetapi kamu sendiri yang memerlukan Allah dan Islam. Allah tak nak kamu terseksa dalam neraka. Allah uji sebab Allah nak kamu alihkan perhatian kamu yang sememangnya tertumpu kat dunia beralih kepadaNya. Kalau tak diuji nanti kamu lalai dan leka. Jangan sedih kalau kamu diuji. Bersyukurlah dan takutilah kalau diri kamu tak diuji. Itu tandanya diri kamu tidak lagi dipeduli. Na’uzzubillah.

Ibu ayah marah sebab apa? Sebab nak kamu jadi anak yang baik, soleh, solehah. Macam tu juga Allah. Cuma kasih sayang Allah tak terbatas. Kadang-kadang Dia tarik sesuatu sebab nak kurniakan sesuatu yang kamu tidak pernah jangka sikit pun. Surprise yang berhikmah. Cuma kadang-kadang kamu gelojoh bila doa kamu lambat dimakbulkan. kamu nampak yang zahir aje kan? Kenalilah Allah dalam setiap ketika, melalui keinginan yang tidak dapat kamu kecapi..

Manusia adakalanya, kadang-kadang imannya di hulu sana kadang-kadang imannya di hilir sini. Sebab tu kamu sesama kamu kena dan mesti saling ingat mengingatkan. Apa yang Qaisy taip ni, tak pernah ada seorang pun yang paksa Qaisy untuk taip itu taip ini. Tapi apa yang Qaisy taip ni adalah nasihat dan teguran buat diri Qaisy sendiri. Supaya Qaisy sedar, Qaisy tulis, Qaisy taip kalau Qaisy tak buat guanetu?

                                            Kadang-Kadang kita tak perasan,

                                              Kita selalu sibuk-sibuk hal dunia,

                                              Hal akhirat tertinggal di belakang....

               Kadang-kadang kita tak perasan,

               Kita tegur-tegur orang buat salah,

               Tapi, kita pun buat benda yang sama.

                                               Kadang-kadang kita tak perasan,

                                               Kita mengata orang,

                                              Tapi, diri sendiri kita tak tengak kelemahan.

                Kadang-kadang kita tak perasan,

                Masih banyak yang kita perlu perbetulkan,

                Tapi, kita tak boleh nak terima pandangan.

                                                 Kadang-kadang kita tak perasan,

                                                 kita rasa kita paling hebat,

                                                Tapi, sebenarnya orang rasa kita ni belagak pandai.

                  Kadang-kadang kita tak perasan,

                  kita dah buat kesalahan,

                  Tapi, kita tak boleh nak terima teguran.

                  Tapi sejauh mana kita PERASAN,

                  kita sebenarnya Hamba Allah yang juga manusia biasa,

                  Yang sangat-sangat perlukan masa,

Untuk berfikir dan kembali bermuhasabah diri untuk perkara yang kamu lakukan??.

Kadang-kadang kamu tak perasan semua tu,

Sebab kamu manusia biasa yang hidup penuh dengan perasaan....

Sebab tu kamu perlukan teman atau sahabat di dunia untuk menegur kamu bila kamu jadi orang yang tak perasan apa yang sebenarnya kamu lakukan.

Qaisy juga manusia biasa. Nampak Qaisy buat silap, tegur aje. Qaisy tak kisah, Qaisy tak marah dan malah Qaisy berterima kasih kerana masih ada lagi manusia yang sudi ambil peduli. Yang masih mahu berusaha membentuk Qaisy, siapa Qaisy di masa hadapan nanti. Kalau ada siapa-siapa yang kena tegur lepas ni, jangan teruih taboh aje orang tu. Pandang dengan mata hati. Allah hantar orang tu untuk bawa kamu kembali ke jalan yang Allah nak kamu lalui sebab kamu tersalah kona rupanya. Hamdan

Lillah.. “Da'wah is not about to preach hard but to reach their heart.”


  “Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu.  Kebahagiaan di akhirat dan janganlah kamu lupakan nasib kamu di dunia. Dan berbuat baiklah kepada orang lain- Sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu. Dan janganlah kamu kerusakkan di bumi, kerana sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melakukan kerusakkan.” – Surah Al- Qasas :77


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh