(MADAH 33) SEBAB.

Ramai orang memberi definisi cinta tapi susah difahami. Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudhatul Muhibbin Wanuzhatul Musytaqin memberi kaedah yang mudah. Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab?

Sebab? Sebab adalah nyawa cinta. Tanpa sebab, matilah cinta. Sebab sembarangan hanya menumbuhkan cinta sembarangan. Cinta abadi memerlukan sebab yang abadi. Tertipulah orang yang menganggap cintanya suci dan abadi tetapi sebabnya pada sesuatu yang tidak abadi.

Saya suka dia sebab...

Sebab dia pandai,

Sebab dia cantik,

Sebab dia hebat.

Bukankah Allah mempunyai segala sebab yang melayakkan Dia menjadi cinta nombor satu? Kalau dia pandai, Allah Maha Pandai. Kalau dia cantik, Allah Maha Cantik. Kalau dia hebat, Allah Maha Hebat. Allah yang menciptakan kamu dan semua makhluk yang hebat di dunia ini. Allah lah yang sepatutnya berada dalam carta nombor satu di hati kamu

Kalau cinta boleh lenyap bersama sebab, “aku ingin mencintai insan halal kerana Allah. Hanya Allah yang kekal dan abadi. Tak akan lenyap! “ Ekskusif❤

Qaisy mula mengerti soal jatuh cinta adalah suatu benda yang besar. Suatu benda yang penting. Perasaan aneh itu kalau tidak dibajai dengan benih iman, dikhuatiri ianya akan tumbuh sebagai ‘pohon cinta’ yang tidak sihat.

“Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum nikah (al-hub qabla az-zawaj) kerana cara seperti ini dikhuatirkan bahaya dan syubhat” Kata-kata dari Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.

Bersabarlah dalam menjaga hati. Suatu yang ditahan sebelum halal ni akan menjadi satu keindahan dan kemanisan suatu hari nanti. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah. Dan sekarang, saat untuk jatuh cinta dengan ilmu dan persiapkan diri sebelum tiba masa yang telah ditetapkan oleh Allah. Nak memimpin dengan ilmu.

Qaisy catat beberapa isi penting yang Qaisy kira perlu ambil perhatian. Berkongsi misi dan pengalaman lalu dari seorang insan yang dikagumi.

Ø Membaca sekurang-kurangnya 50 buah buku tentang rumah tangga sebelum bernikah.

Ø Hadir sekurang-kurangnya 5 seminar membina Baitul Muslim sebelum bernikah.

Ø Berkahwin di usia muda 23-24 tahun.

Ø Banyakkan berdoa + berzikir.

Ø Berusaha membina peribadi Muslimah yang terbaik.

Ø Mesti berusaha mengikis keaiban diri satu per satu.

Ø Menambahkan amalan dan akhlak terpuji yang baru setiap hari.

Ø Jadi pelajar terbaik di sekolah.

Pada Qaisy, jatuh cinta perlukan ilmu. Jatuh cinta benda yang serius. Ini bukan main-main. Bila kamu terjatuh, harus bersiap sedia untuk persiapan masa hadapan. Persiapan ilmu. Ya, ini lebih utama sekarang. Sibukkan bercinta dengan ilmu.

‘Jatuh cinta itu fitrah. Ya, tapi bukan cinta itu sahaja yang fitrah. Benci dan marah juga fitrah. Jika awak benci dan marah, adakah awak akan biarkan ia menguasai hati? Atau awak uruskan ia supaya tidak terbawa-bawa dalam tindakan melulu?’ tanya iman, tanya hati.

Subhanallah, rasa terisi dan terubat dengan ilmu. Memberitahu apa yang tidak tahu. Menjelaskan apa yang kabur. Menambahkan apa yang kurang.

Kita membaca untuk mengetahui bahawa kamu tidak bersendirian.– C.S Lewis

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh