(Madah 2) UJIAN ITU.

Kamu seorang remaja? Qaisy pun juga remaja. Memang betul zaman remaja kamu ini banyak godaan dan dugaan. Maklumlah, iman tak kental lagi. Sahabat-sahabat selalu pesan “Kita ini kena selalu jaga-jaga. Jangan mudah buat benda tak elok. Memang zaman remaja ni penuh dengan dugaan. Yang penting jaga diri, kuatkan iman.” Lebih kurang macam itulah pesan sahabat seperjuangan Qaisy.

Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Dahulu Qaisy melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Sakit, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang. Itu tandanya Allah masih ingat akan kamu Dia mahu menguji hambanya supaya jika kamu bersabar, insyaAllah kamu kan mendapat ganjaran.

Dan Qaisy tertanya-tanya, kenapa Qaisy tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang Qaisy lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? Lupakah Allah kepada Qaisy? Atau Allah sudah tidak sayang pada Qaisy? Kemudian sekarang Qaisy tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan. Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan. Oh, Qaisy sedang diuji waktu itu tanpa Qaisy sedari.

Persoalannya, luluskah Qaisy dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu. Dan sekarang, mungkin Allah mahu Qaisy merasa ujian yang Qaisy pernah 'minta' dahulu.

Ujian dalam bentuk kesusahan. Susahnya kehidupan sebagai seorang anak dan seorang pelajar mahupun yang mungkin bergelar akan ‘hafizah quran’. Tidak pernah diduga oleh Qaisy yang Allah akan menguji Qaisy dalam bentuk ini. Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah.

Tetapi Qaisy tahu. Allah tidak akan pernah menguji hambaNya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kamu Persoalannya, mampukah Qaisy lulus dengan ujian ini? Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai Qaisy gagal dalam ujian ini, mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk Qaisy, lebih baik daripada perancangan manusia untuk Qaisy.

Namun, Qaisy hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, Qaisy terpaksa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga Qaisy mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.


Dunia ini umpama lautan yang luas. kamu adalah kapal yang belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya. Andai muatan kamu adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kamu akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.” Mutiara Islam

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh