(MADAH 26) MANUSIA DAN UJIAN HIDUP.

Hati manusia sering kali diuji. Hanya bertemankan iman untuk mengharungi perasaan yang Allah anugerahkan ini.

Saat hati diuji, airmata menjadi peneman setia. Hanya Allah tempat meluah segala, hanya Dia mengetahui isi hati hambaNya. Sungguh, perasaan ini fitrah. Allah hadiahkan buat semua hambaNya, sebagai satu nikmat tatkala ia digunakan ditempat yang betul,juga sebagai ujian tatkala ia bukan pada masa dan orang yang selayaknya. Kerisauan menerpa, andai perasaan ini menjadikan kecintaan pada Allah itu bukan yang utama.

Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.

Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.

Qaisy bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam Qaisy pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kata Qaisy sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang Qaisy persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan Qaisy bersama dengan doamu.

Qaisy menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik. Qaisy menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik. Menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.

Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.

Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.

Mengapa tidak memahami, sedangkan kamu bersaudara.

Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.

Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kamu adalah sama.

Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kamu semua adalah dai'e.

Positif menjadikan kamu bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai'e.

Sekiranya semakin kamu bijak, semakin jauh diri kamu daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.

Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kamu di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kamu di akhirat.

Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya.”

Alhamadulillah, setiap daripada kamu dikurniakan kawan-kawan. Ada telah pun menemui sahabat sejati. Bukan perkara mudah untuk berjumpa dengan sahabat sejati....

Sebagai sahabat, sejauh mana kamu menghargai sahabat kamu

Sejauh mana kamu menyayangi dan mencintai sahabat kamu

Sejauh mana kamu mahukan kebaikan untuk sahabat kamu

Cuba kamu bayangkan,

Cuba kamu fikirkan,....

Apa kamu akan buat, bila.....

Sahabat kamu tiba-tiba tak faham sesuatu..

Kamu ketawakan atau kamu terangkan???

Sahabat kamu tak tahu nak buat sesuatu....

kita marah dia atau kamu tunjukkan caranya???

Bila sahabat kamu buat perkara tak betul....

Kita mengumpat dia atau kamu nasihatkan???

Bila sahabat kamu tak jelas tentang sesuatu....

Kita rumitkan atau kamu jelaskan pada dia???

Dan bila sahabat kamu tak mampu lakukan sesuatu...

Kita manjakan dia atau kamu usahakan???

Adakah kamu benar-benar sahabat? Adakah benar-benar kawan yang baik?

Sahabat yang baik akan lakukan perkara yang terbaik juga untuk sahabatnya. Bukan mentertawakan, bukan memarahi. Sahabat yang baik akan ada perasaan untuk tegur kerana sayangkan sahabat, bukan sayang untuk tegur demi kebaikan sahabat...

Sebagai sahabat, apabila sahabat kamu ..

Tak Faham, kamu Terangkan -----> Bukan Ketawakan....

Tak Tahu, kamu Tunjukkan -------> Bukan Dimarahkan....

Tak Betul, kamu Nasihatkan ------> Bukan Diumpatkan....

Tak Jelas, kamu Jelaskan ---------> Bukan Dirumitkan....

Tak Mampu, kamu Usahakan ----->Bukan Dimanjakan....

“Rabbi Yassir Wala Tu’assir, Rabbi Tammim Bil Khair” Ya Allah, permudahkanlah jangan kamu susahkan, semoga segalanya berakhir dengan baik.

“Hasbunallah wa ni’mal wakil” Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik baik penjaga.


Andai bidang pengurusan perniagaan mengajar kamu mengurus sebuah perniagaan dengan baik, perlunya juga kamu belajar bidang pengurusan hati agar ia dapat diurus dengan baik berpandukan iman dalam diri.” – Qhairul Hay Nur Hayat Shah

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh