(Madah 11) Chinese New Year

AllahuAllah. Hamdalah. Alhamdulillah. Syukran ya Allah untuk segala-galanya!

Untuk sambutan tahun baru cina tahun ini, Qaisy telah berpeluang pergi ke Kuala Selangor untuk menyambut Chinese New Year. Dapat pula kakak naqibah yang awesome. Dapat pergi hamdalah, walaupun ahli usrah ada hal masing-masing. Cuma, Ukhti Asyhidayahtur dan Qaisy dapat pergi. Ukhti Manal sempat menyiapkan persiapan pada hari Jumaat.

Perjalanan dari Sungai Besar, ambil pula Ukhti Hudaina di Simpang Lima. Bermula.

                                                               -------

Permulaan perjalanan hanya diam seketika setelah menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh Cik Ina. Maklumlah, adab menumpang orang. Diam, diam dan diam. Akhirnya, Cik Ina mengalah dengan menekan punat radio tu. IKIM fm, soalan dari masyarakat kepada Prof. Dr. Muhaya. Bagi Qaisy, setiap perkataan yang diucapkan penuh bermakna! SubhanAllah.

Satu persatu soalan yang dikemukakan dapat dijawab dengan berkesan, jayanya. Salah satu tips yang boleh diamalkan bila kamu dah nasihat orang, tapi dia tak nak dengar ialah kamu bercakap dengan 'roh' dia. Monologlah bersama orang tu, 'Aku sayang kau, tolonglah berubah!'. Charge positive akan dapat diserap oleh orang tu, dan jangan lupa berdoa. Senjata kan?

Perjalanan yang hampir sejam itu dirasakan sekejap disebabkan pengisian yang sangat indah dalam kereta. AllahuAllah.

“Katakanlah wahai Muhammad: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat: ayat 13)

Sampai sahaja di Taufiq Kopitiam, Cik Ina jumpa dengan rakannya yang lain. Kami hanya mengikuti. Salam pun dah, tiup belon pun dah, kami mengambil tempat setelah berpisah dengan Cik Ina. Cari tempat dan duduk bersama kakak-kakak dari (Institut Latihan Dakwah Selangor), ILDAS, Sabak Bernam. Di sana, mereka ada persatuan untuk muallaf. Membisu. Kagum. Kak Suhaila, Kak Ika, Kak Mira, Kak Michelle dan beberapa orang lagi yang tak sempat Qaisy menemu ramah.

Mana tidaknya kagum dengan mereka? Kak Suhaila, India muslim, 3 tahun baru mengenali Islam, tudung labuh menjadi pakaiannya. Kak Ika, peramah, menggunakan peramahnya dalam berdakwah. Kak Michelle, jadi MC majlis, cakap Cina, Melayu, Inggeris dalam majlis. Hidayah Allah perlu dicari, bukan dinanti..

Waktu majlis berlangsung, kami mengambil tempat di belakang, berpisah dengan kakak-kakak tersebut. Semasa majlis berlangsung, ada seorang aunty bertanya pada Kak Michelle. Kak Michelle mengajukan soalan tu semula kepada salah seorang ustaz muallaf di situ. Kami melayu cuma boleh diam bila melihat orang Cina yang lain saling berinteraksi dalam Bahasa Mandarin. Sepertinya, mereka enjoy majlis tersebut. Alhamdulillah.

Nak sangat belajar bahasa mereka. Nak sangat faham apa yang mereka bualkan, tanya. Tapi, apakan daya? Kemudian, Qaisy bertanya kepada kakak naqibah Qaisy, “ Pernah tak murid-murid Cina sekolah akak tanya soalan pasal Islam ni dekat akak?”

Kak Liza tersenyum. “Ada, diaorang tanya kenapa kamu muslimat coveraurat. Pakai tudung? Kenapa kena pakai tudung. Ada yang anak murid Cina akak yang nakal sikit tu tanya. “Teacher, kenapa you sembah dinding?"

“Masa tu akak tak tau macam mana nak terangkan dekat dia. Yalah, kamu faham lain, diaorang faham lain.”

Refleksi diri. Pandang cermin. Kalau diajukan soalan itu kepada kamu apa agaknya hendak dijawab? Ya Allah, sejauh mana Islamku selama ni? 'Sejauh mana kamu kenal Allah, sejauh itulah kamu cinta Allah.' AllahuRabbi.

--------

Majlis berakhir, tetapi mata kami tertumpu pada salah seorang kaum India, sedang berbual rancak dengan Kak Suhaila. Kami pun pergi ke situ sementara menunggu kaum ikhwan solat di tingkat atas. Biarlah, disebabkan minat tentang apa yang dibualkan kami turut menjadi telinga kuali.

Tak lama lepas tu, Qaisy ikut Kak Ika dan Kak Mira, memandangkan kaum ikhwan sudah hampir habis solat. Tup, tup, air sudah habis apabila sampai giliran kami bila mahu ambil air wudhu'. Kami sebulat suara untuk pergi ke masjid yang mengambil masa selama 10 minit berjalan kaki. Mujurlah, ukhti Asyhidayahtur sudah solat.

Berjalan lagi. Bersama Kak Michelle, Kak Ika, Kak Mira. Qasiy memberanikan diri untuk bertanya kepada kak Michelle.

“Kak Michelle, apa yang auntytu tanya tadi?”

“Oh yang itu. Dia tanya saya apa bezanya Tuhan kamu dengan Tuhan mereka. Sebab bagi mereka, ada istilah maharaja dalam Cina. Jadi mereka rasa maharaja dah cukup besar. Kenapa ada lagi Tuhan yang lebih besar?”

“Lepas tu, apa cakap ustaz tu?”

“Ustaz tu tadi, tak jawab sangat soalan tadi. Tapi, takpelah, auntytu kata dia boleh terima.”

Kak Ika dan Kak Mira jalan di hadapan. Qaisy beranikan lagi, walau Qaisy tahu soalan tu agak peribadi.

“Kak Michelle, sorry ya. Nak tanya, dah berapa tahun akak masuk Islam ni? Dah lama?”

“Lama tu takdelah lama sangat. Tahun 2011.”

Qasiy mula berminat.

“Macam mana akak masuk Islam ni? Mak dan ayah akak muallaf?”

“Semalam pun saya kena interview, hari ni pun kena juga. Alhamdulillah lah, Allah bagi hidayah kat orang macam-macam. Ada yang melalui mimpi, kemelangan, research, macam-macam. Mak dan ayah saya bila ada yang tanya mereka tak masuk Islam ke, saya tak berani jawab tak, cuma cakap InshaAllah sebab tak tahu satu hari nanti kan? Manalah tau.”

Teringat pula kata-katanya dalam majlis itu. “I'm proud to be Chinese. Walaupun agama saya dah Islam. Tapi darah yang mengalir dalam diri saya ni tetap ada cinanya. Religion is religion, race is race.”

Dalam gurauan antara Kak Michelle dan Kak Ika pun ada InshaAllah nya. Terharu. Kak Michelle terangkan lagi, “Pernah, nak pergi solat lepas ada kelas, malasnya, ngantuknya. Tapi lepas dah ambil air sembahyang, rasa segar sangat, macam baru lepas mandi. Terus tak jadi nak tidur.”

Qaisy mengiyakan.

Dalam hati, 'ya Allah! Terima kasih atas nikmat ini, hidayah ni.'

Perjalanan sampai ke masjid. Bertemu pula dengan Kak Suhaila. Katanya, jalan seorang sahaja. Kami solat berjemaah, berimamkan Kak Ika.

                                                              --------------

Pulang dari masjid, Qaisy biarkan Kak Michelle, Kak Ika, Kak Mira dihadapan. Qaisy berjalan bersama Kak Suhaila.

Bertanya lagi. “Kak Su, tadi yang auntyindia tu dia tanya apa je?”

“Dia tanya saya empat perkara. Pasal sunat bagi lelaki kenapa kena budak besar dan kenapa orang Islam, tak sunat dari kecil, lelaki kahwin empat kenapa boleh? Tiga, dia tanya pula, kenapa perempuan tak boleh kahwin lebih dari satu? Last dia tanya, pasal Hajarul Aswad, kami orang India percaya yang orang Islam pergi ke Makkah selama ni sebab nak sembah Tuhan kami, linggam nama dia.”

“Pastu, akak jawab apa?”

First sekali saya jawab sunat tu sebab hyangiene, kebersihan. Lagipun bukan Islam aje sunat. Even dalam India pun, ada yang sunat, macam ada saudara saya yang sunat. Benda tu buat sebab nak jaga kebersihan. Dan, bukan sunat dalam lingkungan budak-budak sebab mereka tak pandai lagi nak jaga kebersihan, masih nak main lagi.

Kedua, pasal lelaki kahwin empat. Memanglah boleh. Tapi saya cakap siapa yang mampu sahaja. Lagipun kalau tengok mereka yang ustaz ada yang kahwin empat, tapi tak ramai. Golongan kecil sahaja. Tetapi, kenapa ada yang kahwin empat? Itu semua disebabkan nafsu.”

Diselangi dengan nafasnya. Penat jalan agaknya, Qaisy pula, tanya.

Qasiy tanya lagi, “ Soalan ketiga, keempat? Macam mana? Akak jawab apa?”

Dia sambung walau dalam kepenatan. “Soalan ketiga, kenapa perempuan tak boleh kahwin lebih dari seorang lelaki. Saya cakap, kalau lelaki boleh kahwin lebih, sebab apa-apa pun nanti anaknya di'bin' atau di'binti' kan dengan ayah dia. Tapi kalau perempuan kahwin lebih daripada satu, nanti anaknya tak tahu anak siapa. Contoh, kalau malam dengan lelaki ni, malam lain dengan lelaki lain, habis anaknya macam mana? Nak di'bin' atau di'binti'kan dengan siapa?”

Soalan keempat Qaisy terpaksa berpisah dengan Kak Suhaila memandangkan lintas jalan, dan perjalanan kami hampir sampai. Kak Liza sudah melambai tangan tanda isyarat suruh segera. Qaisy segera menuju ke arah Kak Liza.

Soalan keempat dibawa angin lalu. Qaisy terfikir apa jawapannya. Entahlah, keliru. Ilmu masih kurang. Takut buntu. Mungkin, kalau Qaisy, Qaisy jawab kami sembah Allah semata-mata di Mekkah. Bukan sembah linggam. Surah al-Ikhlas.

Astaghfirullah. Bertaubat dari dosa lalu. Amin. Cukuplah Allah bagiku..

                                                             --------

Andai, nikmat ini tidak Qaisy peroleh, siapakah aku? Apa akan jadi padaku? Mujur. Alhamdulillah, Allah beri nikmat ini, nikmat terbesar. Kerana Allah Maha Tahu bahawa Qaisy tidak mampu menanggung ujian sebesar ini. Allah, aku ingin mencintaiMU. Tolong, izinkan aku! AllahuAkbar!

Aku Ingin MencintaiMU. Mungkin Allah hantar Qaisy di situ agar Qaisy belajar, kutip pengalaman, ambil ibrah. Mungkin inilah cerita yang nak dijadikan madah Qaisy. Syukran Allah! Alhamdulillah. Rabbi Yassir, wala tu'assir.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu                                                      seribu macam pengorbanan.

Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kamu dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati.

– Nurul Manalturllah NurJannah Muhammad Azham


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh