(MADAH 40) MENGHARAP SIMPATI.

Apa khabar imanmu hari ini? Sihatkah atau sakitkah? Apa keadaan hatimu hari ini? Tenangkah atau kusutkah? Seringkali Qaisy mendengar perkataan ni daripada seorang sahabat Qaisy.

Semua manusia mempunyai masalah. Setiap masalah pastinya adalah berbeza bagi setiap orang. Dan setiap orang pasti merasakan dan melihat masalah yang dihadapi olehnya lebih besar daripada masalah orang lain.

Kita selalu mengharapkan ada seseorang yang ingin mendengar masalah kamu dan merasa lega apabila orang lain turut bersimpati dengan masalah yang kamu hadapi.

Kita merasakan orang lain turut memahami dan merasakan sekali penderitaan masalah kamu Padahal bukan semua orang begitu pada hakikatnya. Mengapa kamu selalu mengharapkan simpati?

Jangan Mengharapkan Simpati Orang Lain Dengan Masalah Kita

Jangan terlalu mengharapkan simpati dari orang lain atas masalah dan kesulitan – kesulitan yang menimpa kamu

Adalah lebih baik jika kamu cuba untuk menyelesaikan masalah – masalah itu dan berusaha menguranginya sesuai dengan kemampuan yang kamu miliki. Bukannya mempergunakan masalah – masalah tersebut untuk mendapat simpati daripada orang lain.

Kita lupa bahawa sebahagian orang kadang kala mengucapkan kata-kata simpati berkali-kali hanya untuk berbasa-basi. Setelah itu, mereka tidak mahu menolong, buat taktau dan tidak mahu menghabiskan masa untuk bersama – sama dengan kamu

Mengharapkan Simpati..

Mengharapkan Simpati..

Kita lupa bahawa setiap orang pasti mempunyai masalah yang boleh menyakiti perasaannya.

Allah SWT tidak pernah menzalimi sesiapa pun. Akan tetapi, kamu sendirilah yang telah menzalimi diri sendiri tatkala kamu terlalu memfokuskan fikiran pada pelbagai persoalan yang menimpa dan terlalu memperbesarkan persoalan – persoalan tersebut, tanpa berusaha untuk mencari penyelesaian yang positif.

Kita juga berpura – pura buta terhadap keistimewaan dan nikmat – nikmat yang ada pada diri kamu

Tidak ada manusia yang terhalang daripada segala nikmat. Tetapi orang yang berharap untuk mendapatkan semua atau sebahagian besar apa yang diinginkannya dalam hidup ini, dia tidak merasa bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya.

Dia tidak tahu bahawa dialah orang yang rugi dan kerugiannya tidak hanya di dunia sahaja, tetapi juga di akhirat.

Dia telah menghilangkan cinta dan redha Allah SWT dan menghalangi dirinya dari kesenangan dunia yang ada pada dirinya.

Dan pada masa yang sama dia telah membawa dirinya pada kehidupan yang menyedihkan di akhirat kelak kerana dia selalu merungut dan mendakwa kehidupnya penuh dengan kejenuhan dan tidakpuasan.

Daripada terus membincangkan hal – hal yang menyedihkan yang boleh menambahkan kepahitan dan kepedihan, lebih baik kamu mulakan hari kamu dengan senyuman yang ramah dalam menyambut kehidupan.

Selalu merasa optimitis dan gantilah kata – kata kamu dengan ucapan yang lembut dan paling tidak membuatkan kamu berasa tenteram. Ceriakan diri kamu dan buatlah orang lain berasa selesa dan senang bersahabat dengan kamu

Lakukan dengan penuh kesederhanaan, seimbang dan tidak berlebihan.

Hanya kamu yang mampu untuk mengubah kehidupan kamu menjadi kehidupan yang ceria dan bahagia. Manfaatkan setiap detik waktu yang kamu miliki untuk menuju kehidupan yang lebih baik, di dunia mahupun di akhirat.

Lupakan masa lalu, kerana masa hadapan yang lebih baik menanti.

Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah perjalanan yang singkat. Jangan pernah sia – siakan kehidupan ini untuk sebuah penderitaan yang tiada guna.


Kalau kamu melakukan semua yang kamu upaya lakukan, sesungguhnya kamu akan terkejut dengan hasilnya.” – Mutiara Islam

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh