(MADAH 25) KEMBALILAH!

Teringat seorang Ustaz pernah share, portion gas dalam udara ini tidak berubah. Just perfect. Walaupun berlaku pencemaran udara, jerebu ke, turun salji di Kuala Krai ke, portiontetap sama. Kalaulah oxygen tu terlebih sikit, nescaya habislah terbakar material yang mudah terbakar di muka bumi ini kerana lebihan oxygen menggalakkan combustion process.

Kalau kurang pula, nescaya kamu semua kena pakai oxygen mask, kerana tidak cukup oxygen dalam darah, untuk menghasilkan tenaga. Penatlah jantung mengepam darah supaya lebih pantas bergerak dan bertindak. Kehausan la mitochondria, dan pasti merungut haemoglobindan sebagainya.

Dan juga jika ia berlaku, terpaksa la kamu dapatkan bekalan oxygen tambahan di kedai-kedai, maka manusia akan mengambil kesempatan ke atas manusia yang lain. Meningkatlah kos sara hidup dan menderita la mereka yang dibawah, maka bersorak la yang di atas.

Lihatlah, betapa telitinya aturan Allah s.w.t. KeadilanNya terserlah, dalam pengurusan udara je pun Yang jarang-jarang kamu fikirkan.

----

Pun begitu, sudah menjadi sunnah hidup ini medan ujian. Pasti ada yang kandas dan terbuat dosa. Terumpat. Terdedah aurat. Terminum itu, tersedut ini. Termakan harta orang. Terkata belakang. Tergoda. Tergelak lebih. Termakan banyak. Tertido lebih. Terguris hati yang lain. Tersakiti jiran jiran. Termegah. Terbangga. Terujub.

Dan banyak la ‘ter’ ‘ter’ yang lainnya. Kalau nak list kan semua ter ter tu, maka hari ini kamu memang cerita pasal ‘ter’ jela.

Kali ini Qaisy nak kongsi la sedikit pengalaman membaca al Quran beserta makna, elok la musim-musim orang ramai mula berminat motivasi dan panduan dari al Quran sekitar berhadapan dengan ujian ujian dunia ini.

Kalau kamu perasan la, apabila Allah hendak menceritakan tentang suatu ujian kehidupan dunia ini, Allah akan bawakan satu figureyang mana keadaan dia diuji dalam ujian tersebut dalam keadaan terpaling dahsyat. Yang akhirnya bila kamu baca kisah mereka ini, kamu rasa macam hampeh je kamu ini. Ujian kamu dan mereka mungkin sama, tapi intensitynya berbeza.

Dan kamu dengan intensity ujian yang biasa biasa itu terus merungut.

Contoh; Apabila Allah hendak mengkhabarkan kamu tentang ujian jalan dakwah yang sangat panjang ini, Allah bawakan kisah Nabi Nuh.

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun….” (Al An kabut:14)

Kita buat dakwah tiga hari dah merungut. Lihatlah betapa intensenya ujian ‘lamanya seruan dakwah’ ke atas Nuh a.s. yang sepatutnya menyentap kamu dan terus kembali kerkerja.

Seterusnya, apabila al Quran hendak berkongsi dengan kamu tentang ujian menjadi seorang lelaki, muda, kacak pulak tu, dengan ujian godaan wanita Allah bawakan kisah Nabi Yusuf. Ketampanan nabi Yusuf ini memang kamu semua tak boleh challenge la, sehinggakan wanita yang terhiris jari mereka tidak sedar kerana khusyuk dan tergoda.

Rasanya sangat mustahil ada wanita yang akan tertawan dengan wajah kamu sehingga tahap tak sedar mereka menghiris jari sendiri. Hidung pun tak berapa nak mancung, haha. Berbeza dengan nabi Yusuf,

Pun begitu dia mampu; “Dan wanita yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya dan dia menutup pintu pintu seraya berkata, “Marilah ke sini”,

Yusuf berkata, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik”….(Yusuf:24)

Apabila Allah hendak berbicara tentang ujian kuasa dan harta, Allah bawakan kisah Sulaiman a.s., yang mana apabila dia dikurniaan nikmat memerintah seluruh alam, termasuk haiwan dan jin yang boleh berbicara dengannya dan melakukan apa sahaja kepadanya, dia berkata dengan penuh zuhud;

“……‘Ini termsuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku apa aku bersyukur atau mengingkari’….” (An Naml:40)

Bila Allah hendak mengajar tentang ujian menjadi wanita solehah yang mungkin dicemuh dan didiskrimanis oleh masyarakat, Allah bawakan kisah Maryam yang mana diuji dengan kandungan tanpa persetubuhan itu. Sehingga dia difitnah, dan dikeji oleh masyarakat, meskipun seluruh hidup dia tidak pernah bersentuhan dengan yang bukan mahram.

Meskipun dia sering mengabiskan masa di mihrab, beribadah kepada Tuhan.

“Maryam berkata, “Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang lelakipun”, Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril), “Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendakiNya. Apabila Allah berhendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya berkata kepadanya, “Jadilah” lalu jadilah. (Ali ‘Imran:47)

Maryam. Dah lah solehah. Diuji dengan kandungan. Dengan ujian yang pasti mendatangkan fitnah. Dengan ujian yang tidak dapat disorok. Masakan kamu yang tak berapa solehah ini merungut bila diuji sekelumit cuma?

Dan bagi para isteri yang teruji kerana sering ditinggalkan suami ekoran keluar berdakwah, Allah datangkan kisah Ibrahim a.s yang meninggalkan isterinya hajar dan anak lelaki mereka Ismail a.s di padang pasir, ye di padanag pasir tanpa bekalan makanan, bukan ditinggalkan dalam banglo mewah beserta pendingin hawa.

Ya Rabb kami, sesungguhnya aku telah tempatkan sebagian dari keturunanku di lembah yang tak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau yang suci, ya Rabb kami yang demikian itu agar mereka mendirikan sholat, maka jadikanlah hati sebagian manusia condong kepada mereka, dan beri rizkilah mereka dari buah-buahan, semoga mereka bersyukur (Ibrahim : 37)

Dan ada banyak lagi bentuk ujian yang situasinya berada dalam tahap ekstrim Allah ceritakan dalam al Quran. Ujian buat ibu bapa yang terlalu sayangkan anak, Allah bawakan kisah Ibrahim a.s. dengan Ismail a.s.

Ujian Allah bagi orang yang banyak ilmu, ada cerita Nabi Musa dan hamba Allah Khidir.

Ujian harta, ujian pangkat, ujian agama dan bermacam macam macam lagi.

Kesemua ini sepatutnya menjadi motivasi kepada kamu untuk teguh berhadapan dengan mehnah dunia. Apa-apa pun, al Quran meraikan sifat manusawi yang ada pada seorang insan, yang mustahil tidak akan melakukan dosa kecuali para rasul yang maksum.

Sebab itu, dibawakan cerita Adam a.s dan isterinya yang melanggar syariat Allah. Ia adalah satu sunnah, seluruh keturunan manusia tidak sepi dari melakukan kesalahan. Cuma, diakhirnya, kisah Adam dan isterinya mengajar kamu untuk bertaubat.

Maka saudaraku, Kembalilah !

Kredit untuk Dr Qhaiz yang sudi menolong..

Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.

– Riwayat: (al-Bukhari dan Muslim)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh