(MADAH 38) MAAFKANLAH.

Pernahtak dalam hidup ini kamu rasa benci sangat pada seseorang? Benci sangat-sangat. Sampaikan bila tengok dia dari jauh pun dah terasa kebencian tu? Malah bila terfikirkan pasal dia ni pun, tiba-tiba dada terasa sesak (ni kes yang tersangat-sangat benci ) Tak pernah? Wah, baguslah kalau macam tu.

Tapi bagi yang pernah, mesti tahu macam mana rasanya kan? Biasanya, kalau bencikan seseorang pastinya bersebab. Pasti dia ada buat salah something dengan kamu Dan bila dah benci tu pastinya akan rasa sangat sukar nak memaafkan kesalahan dia. Yelah, orang tu dah sakitkan hati kamu Guriskan perasaan kamu Mesti rasa macam dia ni dah tak layak nak dimaafkan. Tapi kan, tahukah kamu siapa insan yang paling pemaaf kat muka bumi ni? Jawapannya sudah tentu tidak lain dan tidak bukan, Rasulullah saw.

Ingat tak tentang kisah bapa saudara baginda, Hamzah yang dibunuh semasa Perang Uhud? Dalam peperangan tu, Hamzah dibunuh secara hendap oleh Wahsyi. Atas kejayaannya membunuh Hamzah, Wahsyi telah dimerdekakan oleh tuannya iaitu Hindun bin Uthbah. Tapi kemudiannya Wahsyi ni telah menerima hidayah daripada Allah. Dia datang berjumpa dengan Rasulullah saw dan menyatakan keislamannya. Baginda menerima malah memaafkan Wahsyi walaupun dia adalah pembunuh bapa saudara yang disayanginya, Hamzah! Baginda memaafkan Wahsyi tetapi baginda meminta agar Wahsyi tidak muncul di hadapan baginda secara terang-terangan kerana

apabila terpandangkan Wahsyi baginda akan berasa sedih dan terkenangkan bapa saudaranya itu.

Nah, tengok tu. Walaupunkepada orang yang bunuh bapa saudaranya pun Rasulullah saw maafkan. Jadi, marilah kamu mengikut sifat Rasulullah saw ni. Baginda kan sebaik-baik qudwah hasanah. Lagipun, memaafkan kesalahan orang ni memang dituntut dalam Islam.

Allah berfirman. “(Iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.” Surah Ali 'Imran, 3: 134.

Ada lagi. “Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nuur, 24: 22.

Sedangkan bila kamu buat salah, mesti kamu nak orang maafkan kamu Macam itulah juga dengan orang lain. Malah bila kamu banyak buat dosa pada Allah, mesti kamu nak Allah ampunkan kamu kan?

Bila kamu rasa sukar nak maafkan orang lain, ingatlah macam ni. Sedangkan kamu yang dah buat banyak dosa sampai bergunung-gunung tinggi pun, Allah akan ampunkan kalau kamu bertaubat. Siapalah kamu ni untuk tidak memaafkan kesalahan orang lain yang mungkin tidaklah sebesar mana pun sebenarnya.

Lagipun, kamu akan merasa senang hati dan tenang apabila dah maafkan orang ni. Kalaulah kamu marah sangat sampai berdendam dengan orang lain, mesti hati kamu rasa tak tenang kan? Asyik rasa nak marah aje. Sampaikan hubungan dengan manusia yang lain pun turut terjejas. Mestinya kamu tak nak keadaan macam ni jadi kan? Sebab orang lain, orang lain pulak yang kena. Jadi, maafkanlah kesalahan orang lain.

Kadang-kadang, walau dah maafkan kesalahan orang lain, rasa benci tu masihada. Kan? kamu selalu dengar ayat ni. Forgive and forget. Sesetengah orang memang mampu untuk bagi kemaafan sekaligus melupakan. Tapi bagi sesetengah yang lain, memang mudah nak memaafkan tapi untuk melupakan agak susah sebenarnya. Melainkan kalau dapat amnesia. Barulah boleh dilupakan. Hehe.. Sekiranya masih tak dapat dilupakan dan kebencian itu masih ada, janganlah ditunjukkan kepada orang tu. Sembunyikan kebencian itu dengan sabarmu. Sembunyikan dengan senyummu. Janganlah kebencian itu sampai dapat dibaca oleh orang lain.

Tapi jangan dibenci pelakunya. Cukuplah sekadar benci akan perbuatan pelaku itu. Tapi alangkah lagi bagus sekiranya kebencian itu turut hilang sekali dengan kemaafan yang diberi. Akhir kalam, berilah kemaafan dan hapuskanlah kebencian dalam hati. Seindah sabarmu. Allah!

Hadiah terbaik kepada kawan adalah kesetiaan, kepada musuh adalah kemaafan, kepada ketua adalah khidmat kepada yang muda. Contoh terbaik kepada yang tua adalah hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan ialah Cinta dan ketaatan dan kepada manusia adalah kebebasan.” – Karl Khairul Afieq Dinanthr’a Shah


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh