Macam
pelik
pula tiba-tiba ajetanya siapa kamu?
Takkanlah kamu sendiri tidak tahu siapakah dirimu? Sebenarnya kamu tahu siapa
diri kamu, tapi kamu tak SEDAR... tak percaya? Percayalah.
Siapakah orang yang
sombong? Orang yang sombong adalah orang
yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan
itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala
apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang
sombong diri.
Siapakah orang yang
telah mati hatinya? Orang yang telah
mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith
dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk
bertaubat.
Siapakah orang dungu
kepala otaknya? Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu
lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan
kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang
kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia
dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang
melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di
dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang
bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk
membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam. Siapakah
orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan
meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran
daripadanya.
Siapakah orang yang
tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang
baik namun tidak diendahkannya. Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak
mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti
kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.
Siapakah orang yang
manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang
ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi
rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu
ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang
menangis airmata mutiara? Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang
yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan
dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya. Siapakah orang yang
kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak
loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang
miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta. Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah
orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek
sedang akhirat kekal abadi.
Siapakah orang yang
bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga
untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan. Siapakah orang yang maju dalam
hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang
yang mundur hidupnya? Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak
memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu. Siapakah orang
yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana
hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan
sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang
rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan. Siapakah orang yang
selalu ditipu? Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka
bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang
paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang
baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang
mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal
kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.
Siapakah orang yang
mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang
sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya
menghimpitnya.
Siapakah orang yang
mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni
syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari
siksa neraka..
“Tiada
siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang
pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.”
-Mutira Islam