(MADAH 42) USAH BERSEDIH JIKA BELUM BERPUNYA.

Ketikaramai rakan di sekeliling kamu mempunyai teman di sisi, kamu masih sendiri meniti hari yang mendatang. Tipulah jika tiada rasa cemburu kan?

Kerana fitrah manusia ialah ingin mencintai dan dicintai. Jika kamu masih bersendirian, jangan bersedih. Kadang-kadang terlintas di fikiran kamu

“Bahagianya dicintai dan mencintai. Bilalah aku nak rasa macam tu”

“Kenapalah orang lain dah berteman? Aku seorang aje yang single

“Aku ni tak cantik/kacak ke sampai tak ada orang pun nak jatuh cinta dengan aku”

“Tuhan tak sayang aku agaknya. Sebab tu dia tak bagi aku pakwe / makwe macam kawan-kawan aku tu”

Bila kamu bersendirian dan masih belum berpunya, bukan bermakna Allah tak sayang kamu Sebab Allah sayang kitalah, dia beri kamu masa untuk bersendirian. Allah itu menguji kamu dengan pelbagai bentuk ujian.

Mungkin kamu diuji dengan bersendirian dan tiada teman di sisi.

Kawan-kawan kamu yang berpunya itu tiada ujiankah?

Mereka juga sedang diuji. Dalam percintaan tidak selamanya bahagia sahaja.Adakalanya mereka bergaduh,berpisah dan sebagainya. Nampak tak ujian yang Allah turunkan itu berbeza buat hambaNYA?

Apabila kamu bersendirian,kita dapat menghindarkan perkara-perkara yang menjerumuskan kamu ke lembah dosa. kamu takkan terjebak dengan zina mata dan zina hati.Kita takkan terlibat dengan belenggu perasaan.

Tak perlu rasa bimbang jika kekasih hati berubah hati.

Mungkin kamu belum berteman kerana kamu belum bersedia. Bercinta bermakna kamu perlu bersedia untuk dicintai dan bersedia untuk dilukai. Mungkin jika kamu berteman sekarang, kamu tidak mampu fokus dalam pelajaran.

Mungkin juga jika kamu berteman sekarang, emosi kamu akan selalu terganggu. Sebab itulah, Allah memberikan masa untuk kamu bersendirian dan berdikari menempuh ranjau kehidupan ini.

Kita hanya mampu merancang kehidupan ini, tapi jangan lupa bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang.

Jika Allah memakbulkan doamu, itu tandanya sayangnya Allah kepadamu.

Jika Allah belum memakbulkan doamu, itu tandanya ujian Allah buatmu.

Jika Allah tidak memakbulkan doamu, itu tandanya perancangan Allah lebih

baik untuk masa depanmu.

Oleh itu,tak perlulah risau mengenai jodoh.Bila tiba dan waktu yang sesuai,anda pasti akan bertemunya.Jodoh kamu sudah tertulis sejak azali.Teruskan berdoa semoga kamu cepat bertemu jodoh yang ditentukan Allah.Yang penting teruskan memperbaiki diri supaya kamu dapat jodoh yang baik.

                                                                            ***

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

– Mutiara Islam

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh