(MADAH 15) MENGENAL KEHIDUPAN

Kerana Qaisy di sapa ujian. Qaisy belajar mengenal kehidupan. Bahawasanya hidup bukan aje berteman suka dan bahagia. Tetapi di corak hampa dan air mata. Maka, Qaisy mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.

Ketika kehendak Qaisy tidak boleh di genggam. Qaisy belajar menjadi insan matang. Mensyukuri segala yang ditakdirkan. Bukan merungut mencipta sesalan. Kerana Qaisy tau bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayangan Qaisy sendiri. Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.

Qaisy sedari Qaisy bukanlah sempurna. Qaisy belajar menjadi diri Qaisy apa adanya. Tidak Qaisy cemburu menatap kelebihannya dia. Kerana Qaisy yakini bahawa, Allah itu menjadikan kamu tidak sama. Dan kamu sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.

Kegagalan dahulu telah menghancurkan impian ibu bapa Qaisy. Namun kerana kegagalan itulah Qaisy mengikat suatu kesimpulan. Bahawa tidak semua yang kamu kehendakkan, akan berjaya berada di tangan. Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi pengajaran. Menyedarkan Qaisy bahawa walaupun kamu merancang, jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang. Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.

Kehilangan yang terjadi sememangnya menebuk lubang terdalam dihati Qaisy. Namun kerana kehilangan itu Qaisy belajar sesuatu. Bahawa setiap yang datang akan berlalu. Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu. Lalu Qaisy isikan pecahan-pecahan yang telah terjadi di hati. Dengan cintanya Dia yang mengukuhkan kembali hati Qaisy yang layu. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?”

Ikhlas buat kawan-kawan yang sebaya dengan Qaisy. Alangkah rugi bagi seorang manusia, lebih-lebih lagi yang masih muda seandainya masa hidupnya banyak dihabiskan untuk bersedih. Murung sendiri dalam bilik. Tak makan selama seminggu. Menangis tak tentu pasal. Kerana cinta tenggelam di tengah jalan. Kasih tidak kesampaian. Mahupun cinta bertepuk sebelah tangan. Hati pasti tak tenteram. Sepi dan sayu saat mengingati keinginan. Ada pula merasa diri terbuang dan tidak diperlukan lagi. CUKUP! Tapi ingatlah, semuanya ketentuan Ilahi yang harus diterima. Berjaya menerima, Insyaallah balasan Syurgalah nanti.

Sedih itu normal, rindu itu fitrah. Ya, Qaisy akui. Tapi, kuantiti yang diambil secara yang berlebihan mampu menjadi penjara buat diri. kamu tidak perlu dikurung oleh orang lain. kamu tidak perlu disekat bekalan makanan oleh orang lain. kamu tidak perlu dipukul orang lain untuk menangis. Tapi kitalah yang lakukan semuanya untuk kamu sendiri. Kadang-kadang kamu perlu fikir. Untuk apa kamu dicipta. Tidak lain tidak bukan mestilah mengabdikan diri kepadaNya. Ini satu jalan penyelesaian bagi penyakit hati yang merugikan hidup manusia.

Pandanglah dunia seluas-luasnya. Lihatlah mereka yang mengharap lagi untuk hidup merdeka. Nasib mereka mungkin tidak seperti selesanya hidup kamu hari ini. Terpenjara dalam negara sendiri. Diapit musuh kiri dan kanan. Dengan harapan akan datang hero-hero yang bebas untuk menyelamatkan mereka. Sedang kamu berkemampuan pula mengusir musuh-musuh mereka tadi. Serta mampu melepaskan mereka ini dari terpenjara besi. Tidakkah kamu rasa rugi memenjarakan diri sendiri?

Itulah kelemahan remaja Islam hari ini. Remuk dihentam hedonis. Barangkali kerana terlalu banyak mengambil 'dadah-dadah' dari media. Mudah terpengaruh dengan acuan barat sengaja membawa diri untuk ke kancah masalah. Ada baiknya selepas ini kamu perlu berhati-hati. Ketahuilah mainan musuh diserap masuk ke dalam mainan kamu di sini. Memang indah yang datang dari mereka.

Tapi yang indah itulah mampu merosakkan umat ini. Mudahnya kerja Yahudi dan Nasrani. Tidak perlu mengirim bom dan artileri. Cuma menyediakan filem-filem, drama, muzik dan budaya genre hedonis. Merosakkan saraf-saraf pemikiran. Lantas dari situ mampu merosakkan jasad. Bahkan jasad itu dirosak sendiri oleh empunya saraf. Misalnya bunuh diri. Tentunya terjadi dari akal yang telah dimusnahkan. Oleh itu kamu perlu hati-hati. Buka mata kamu seluas-luasnya.Usahlah bersedih lagi. Lakukan tangisan yang akhir, hasilkan senyuman yang baru. Berdoalah supaya ditetapkan ketenteraman hati. Segala yang datang baik mahupun buruk adalah datang dari Allah. Sesungguhnya segala kurniaan Allah itu sebenarnya adalah terbaik untuk kamu La tahzan.

Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi. kamu banduan.Tapi kamu jugalah penjaga penjara tersebut. Maka lepaskanlah diri kamu sendiri.


Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan.” – Mutiara Islam

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh