(Madah 13) ALHAMDULILLAH.

Sekali lagi menghembuskan nafas lagi. Alhamdulillah, Allah dah bagi pinjam udara sehingga sekarang. Jika nak dihitung nikmat Allah yang tak terkira ni, tak cukup rasanya walau diganti dengan seisi dunia sekalipun. Walaupun dah banyak buat dosa, Allah tetap bagi. Subhanallah. Even the smallest one !..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukran jiddan Allah! Andai ada kalimah lain selain hamdalah untuk merafa'kan syukur kepada-Nya, diri ini akan sebut. Sesi percutian sudah bermula. Kalau nak diceritakan satu per satu, rasanya tak mampu tangan ni menari atas papan kekunci ni. Allah. Mengimbas semula detik itu. Benar firman-Nya ; “Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)”

Seawal usia 14 tahun, diri yang masih jahiliah masuk ke sekolah Agama. Dengan perwatakan yang serba kekurangan, serba kurang pengetahuan agama, banyak dosa, Allah pilih diri ni. Allah, kerdilnya rasa! Adik-beradik yang terdiri daripada kesemuanya perempuan membuatkan sifat malu tetap di dalam hati. Sejak dari sekolah rendah, tadika sekalipun, tak ada topik rasanya nak disembang kosong dengan ar-rijal. Tanya, baru jawab. Selagi tak tanya, selagi itu Qaisy akan diam. Pendek kata, tak banyak mulut. Tetapi, dengan sifat malu itu ada sikit yang dicemari.

Hebatnya sifat malu yang Allah anugerahkan dalam diri, membuatkan Allah jaga diri ini. Kalau nak diceritakan dengan lebih mendalam lagi, urusan itu, biarlah hanya Allah dan beberapa orang sahaja yang tahu. Lagu-lagu yang dikatakan up-to-datedi dalam telefon bimbit, yang terkadang membuat sifat lalai, akhirnya semua berubah. Hari ini, Qaisy boleh simpan lagu-lagu nasyid yang hampirkan diri dengan Allah. Ada kalanya, diri terasa nak dengar lagu-lagu tersebut, tapi ia menjadi lebih indah dan romantik bila kamu aplikasikan lagu-lagu cinta yang mula melalaikan hati kepada Allah. Allah tak bagi apa yang kamu mahukan, sebab Allah tahu apa yang kamu perlukan. Allah.

Bila kamu ada Allah, kamu ada lebih daripada cukup..

Tudung yang pada awalnya hanyalah tudung bawal mempunyai bidang 45 berubah menjadi 60. Handphone yang dahulunya asyik berbunyi, kini menjadi sunyi. Lagu nasyid yang dikatakan 'tak suka sangat' berubah kepada 'suka sangat'. Stokin yang dahulunya tidak lekat pada kaki, kini lekat. Moga istiqamah, amin.

Semuanya berubah. Ternyata, Allah sayang diri ini. Sejak menjaga hubungan dengan Allah, semua urusan berjalan dengan mudah. Semua. Walaupun perasaan sedih seringkali hadir tatkala ujian melanda, jika semua dikembalikan kepada Allah, ia akan menjadi gembira, senang.

“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu ingkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7) Subhanallah. Terdiam sebentar.

Setiap manusia mesti mempunyai cara tersendiri bagaimana dianugerahi rahmat Allah. Allah Maha Adil atas tiap-tiap sesuatu.

Bila kamu dah berusaha sedaya mungkin, tetapi keputusan bukanlah seperti apa yang kamu harapkan, mungkin di situ Allah menunjukkan kebesaran-Nya. Allahuakbar. Tips ini telah dikongsikan oleh seorang akhowat yang saya rasa tips ini sangat betul ;

ada doa + tiada usaha = orang MALAS

tiada doa + ada usaha = orang SOMBONG

ada doa + ada usaha = orang MUKMIN

Pernah tatkala usaha diusahakan semaksimum yang boleh, tetapi Allah tak bagi apa yang kamu harapkan, itu bukanlah bermaksud Allah kejam pada hamba-Nya, malah Allah sayang. Dia tak nak bagi, sebab Dia tak nak kamu jauh dari-Nya. Dia nak kamu baiki hubungan kamu dengan-Nya. Apabila diberi teguran daripada Allah, baru Qaisy sedar. Sejak dari hari itu, diri ini berasa takut jika ada sebarang unsur yang merosakkan hubungan dengan Allah.

Teringat pada satu peperiksaan, pada satu kertas ujian pertengahan tahun. Sebelum peperiksaan, diri ini ada melakukan dosa yang mengundang kemarahan Allah. Biarlah dosa itu Allah yang tahu. Pada waktu peperiksaan, walaupun subjek itu telah dijawab berulangkali, diri ini menjadi kabur. Otak dan minda pada waktu itu seolah-olah keliru, yang membuatkan markah hilang sebanyak 30.. Allahurabbi. Bila Allah dah kata kunfayakun, ia tetap terjadi.

Kita ni menumpang je, yang lain Allah punya. Otak, minda, akal, semua Allah yang punya. Sejak daripada hari itu, Qaisy mula merenung diri. Baru tahu dimana silapnya. Ada dosa rupanya dengan Allah. Qaisy kembali bangun untuk peperiksaan 4 Thanawi. Jaga hubungan dengan Allah, usaha lebih daripada pertengahan tahun.

Alhamdulillah. Subjek itu yang pada asalnya C pada pertengahan tahun, kembali menjadi A. Syukur! Ketenangan itu ada jika segalanya diserahkan kepada Sang Pencipta. Without Allah, I am nothing!

Semuanya berlaku secara pantas. Sayangnya pada sekolah yang mendewasakan Qaisy, (SMA Misbah Al Falah (pondok lanai), Akademi Huffaz, Maahad Al-Islah) mengajar erti rahmat Allah. Allah mengirimkan orang sekeliling yang sangat prihatin! Syukran jiddan buat uztazah-ustazah, adik-adik, kakak-kakak dan kawan-kawan.

Jika Allah menghadirkan seseorang kepadamu, yang menjadikan sakit hatimu, sepatutnya kamu harus bersyukur kepada-Nya sebab Allah hantar dia untuk menguji sejauh mana kamu boleh bersabar.

Walaupun insan biasa, tak mempunyai apa-apa, jika Allah nak redha, Allah perintahkan semua makhluknya redha atas hamba itu. Hebatkan kuasa Allah? Bila semua makhluk dan seisinya dah redha, maka Allah muliakan hamba itu di atas muka buminya..


Kehidupan kamu di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kamu kembali semula kepada Ilahi.” –Mutiara Islam

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh