Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,553
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
BAB 19: MASJID QUBA DAN JABAL UHUD

BAB 19: MASJID QUBA DAN JABAL UHUD

Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (Surah At-Taubah, Ayat 108)

Pagi hari Selasa, majlis ta’arufdiadakan di dewan makan hotel Mawaddah Al-Safwa, di tingkat dua. Diadakan selepas waktu Isya’. Majils itu berjalan lancar. Masing-masing memperkenalkan diri. Ada yang bernada sedih ada yang bernada gembira dan teruja. “Ta’aruf penting dalam jemaah,”kata Ustaz Zakaria.

“Li Ta’arafu,” jelas Ustaz Zul mengingatkan jemaah tentang kepentingan kenal mengenal di antara satu sama lain dalam kumpulan atau Jemaah

“Saya datang bersama ibu, ibu saudara dan adik. Kami nak mengerjakan umrah untuk arwah ayah kami,” kata seorang jemaah lelaki dalam lingkungan belasan tahun dengan nada sayu memperkenalkan dirinya. Dia adalah Syaiful yang berasal dari Alor Merah, Alor Setar.

“Saya membawa ibu saya dan nak mengerjakan umrah untuk arwah ayah saya yang telah meninggal dunia,” jelas seorang anak muda dalam lingkungan awal 30an memperkenalkan dirinya sebagai Ashfariq Fauzi dari Guar Chempedak, Kedah. Sekarang bekerja di Kuala Lumpur.

“Saya Afandi dari Kepala Batas, Kedah. Datang bersama anak kecil dan tiga orang anak serta isteri. Saya adalah Jemaah pertama mendaftar di Tiram Travel Alor Setar,” aku memperkenalkan diri dan keluarga.

“Saya bertugas di Putrajaya,” aku menambah.

“Tu dia jenuhlah berulang-alik,”komen dari seorang jemaah.

Ya,” jelasku.

Majlis itu diselang-seli dengan pesanan dan nasihat dari Ustaz Zul dan mutawif yang ada. Selesai sessi ta’aruf di mana semua Jemaah memperkenalkan diri. Ustaz Zul berpesan mengingatkan Jemaah dengan perkara penting.

“Esok tepat jam 6.30 pagi, semua berkumpul di depan Hotel, kita nak ziarah luar,” kata Ustaz Zul.


bersambung

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.