Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,570
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
BAB 6: TERBANG BERSAMA ANAK SYURGA

BAB 6: TERBANG BERSAMA ANAK SYURGA

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (Surah Al-Anfal, Ayat 28)

Austistic atau autisma adalah sejenis “masalah pembelajaran” yang disebabkan oleh kecelaruan fungsi otak yang dikenali sebagai “spectrum disorder”. Kecelaruan ini menyebabkan seseorang kanak-kanak yang mengidapi autisma tidak mempunyai pemikiran yang stabil.

Kanak-kanak autisma seperti juga kanak-kanak Down syndrome dan pengidap ADHD[1] dikenali sebagai “anak syurga”. Kanak-kanak yang tidak ada sebarang dosa kerana aqal yang tidak sempurna dan Insya-Allah akan membawa kedua ibu dan bapanya ke syurga.

Memetik kata-kata dari Professor Madya Dr. Ridzuan Tee Abdullah "Sesungguhnya beruntunglah orang yang mendapat anak istimewa yang kekurangan samada fizikal atau mental kerana anak yang normal belum tentu dapat membawa kita ke syurga lantaran seluruh anggotanya mempunyai kebarangkalian untuk membuat dosa atau maksiat tetapi anak istimewa pasti tidak, berikutan akalnya yang tidak sempurna atau kecacatan anggota yang mana mungkin untuk dia melakukan atau pergi ke tempat maksiat. Insya-Allah, syurgalah untuk dirinya dan kedua ibu bapanya.”


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.