Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,540
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
BAB 9 : MENJEJAK KAKI DI MASJID NABI

BAB 9 : MENJEJAK KAKI DI MASJID NABI

Setelah hampir satu jam perjalanan dengan bas. Kami pun sampai di hotel penginapan yang disediakan, Hotel Mawaddah As-safwa. Kelihatan ramai kumpulan jemaah umrah dari berbagai negara tiba di hotel berkenaan serta lain-lain hotel berdekatan.

Setelah sampai, seperti biasa proses mengangkut bagasi ke ruang hotel dilakukan sebelum mendapat penerangan daripada mutawif berkaitan aturcara seterusnya di Masjidil Nabawi.

Anakku Iris kelihatan letih dan kurang meragam. Dia seolah-olah faham dengan keadaan sekeliling. Suasana baru, tempat baru. Madinatul Munawarah suatu bandar yang tenang dan damai dengan para peniaga yang ramah-tamah dan pandai berbahasa Melayu.

Setelah penerangan selesai, kunci bilik hotel diedarkan. Kami enam beranak ditempatkan di dalam sebuah bilik. Hotel yang terletak di dalam Kompleks Perniagaan Safwa (Safwa Tower) amatlah berdekatan dengan pintu masuk ke Masjidil Nabawi. Bak kata Sahibus Samahah Dato’ Sheikh Baderuddin, Mufti Kerajaan Negeri Kedah dalam satu ceramahnya “Lompat empat kali pun boleh sampai.”

Hotel kami terletak hampir dengan pintu No. 15 dan tandas lelaki No.8, di dataran masjid. Itu adalah pedoman yang diberikan oleh Ustaz Zul dan Ustaz Zakaria, ketika sessi penerangan.

“Ingat masuk ikut pintu No.15 atau pun ingat dekat dengan tandas lelaki No.8, Insya-Allah tidak akan sesat,” kata Ustaz Zul mengingatkan Jemaah.

“Siapa yang sesat, kena solat Taubat, minta petunjuk dari Allah,” jelas Ustaz Zul lagi mengingatkan jemaah.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.