Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,553
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
Catatan Penulis

Catatan Penulis

Catatan sebuah perjalanan mengunjungi dua tanah haram (Haramain) iaitu Madinah dan Makkah. Perjalanan ini adalah sebahagian daripada perjalanan mengerjakan umrah. Umrah yang amat istimewa kerana disertai oleh seluruh ahli keluarga. Istimewanya perjalanan umrah ini kerana turut disertai oleh “anak syurga”, seorang anak kami yang menghidapi autisma. Autisma adalah sejenis ketidakupayaan pembelajaran dan kelainan upaya.

Sesungguhnya perjalanan ini juga turut mencatatkan sedikit sirah seperti hijrah Rasulullah dan Perang Uhud. Selain daripada itu juga terdapat sebahagian dari sejarah Masjidil Nabawi dan tempat-tempat utama di Makkah, yang diungkapkan ketika perjalanan ibadat umrah. Catatan ini disokong oleh berbagai sumber rujukan yang berkaitan, seperti kitab-kitab tafsir, berita-berita akhbar, siaran TV, buku-buku yang ditulis oleh sejarahwan terdahulu, serta sumber-sumber resmi dari Kerajaan Arab Saudi.

Semoga catatan ini dapat membantu mereka yang hendak mengetahui perjalanan umrah secara berkeluarga atau secara individu, dalam kembara menuju rahmat Allah di dua tanah suci.

Segala watak-watak yang ditampilkan adalah watak-watak sebenar dari sekumpulan Jemaah umrah yang dipimpin oleh mutawif-mutawif dari Tiram Travel Sdn. Bhd pada 12 Mei hingga 25 Mei 2013. Semoga catatan kecil ini bermanafaat untuk semua.

Hamba Faqir

Fendi Ameen

Taman Mutiara Naga/Putrajaya

15 Muharram 1434 Hijrah


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.