Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,536
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
BAB 35: MERPATI DAN PENJUAL MINYAK DHAB

BAB 35: MERPATI DAN PENJUAL MINYAK DHAB


Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang diangkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman. (Surah An-Nahl, Ayat 79)

Suatu petang selepas selesai solat Asar di Masjidil Haram. Aku berlegar-legar di sekitar dataran Masjid.

Aku tidak terus balik ke hotel penginapan tapi melencong ke tepi bangunan Menara Jam, di situ ada satu kawasan lapang yang dihujani oleh burung merpati yang sungguh banyak. Aku ingin merakamkan suasana itu pula.

Burung merpati memang terlalu banyak di Madinah dan Makkah. Di tanah haram Makkah, menangkap atau mencederakan burung merpati adalah haram sebagaimana mencabut pokok atau tumbuhan yang ada.

Firman Allah: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan ketika kamu sedang ihram.”

Dan Nabi Muhammad bersabda. “Sesungguhnya Allah memuliakan Kota Mekkah, maka tidak halal bagi seseorang sebelumku dan juga setelahku. Sesungguhnya dia halal bagiku sesaat dari waktu siang. Tidak boleh dicabut tanamannya, tidak boleh dipotong pohonnya dan tidak boleh diusir binatang buruannya”

Burung merpati juga kadang-kadang kelihatan terbang di atas Kaabah seolah bertawaf mengelilingi Kaabah. Langit Jazirah di Makkah banyak burung pemangsa seperti helang, namun dikatakan tiada burung merpati yang menjadi mangsa.

Burung merpati di Makkah dikatakan unik kerana kerana warna dan garis melintang pada sayapnya. Ramai penulis mengaitkan merpati di Makkah dan Madinah dengan sejarah hijrah Nabi Muhammad, terutamanya ketika bersembunyi di Gua Thur di Jabal Thur bersama Saidina Abu Bakar.

Dikisahkan sepasang merpati bersarang dan bertelur di hadapan gua yang menjadi tempat persembunyian sementara Nabi. Nabi lari kerana diburu oleh puak Musyrikin Makkah. Ketika puak Musyrikin tiba dilihatnya terdapat sarang labah-labah yang belum disentuh oleh sesiapa di pintu gua serta sepasang merpati yang bersarang di situ, mereka menyangka bahawa tiada sesiapa yang berada di dalam Gua Thur tersebut.

bersambung..


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.