Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,562
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
BAB 10: MASJIDIL NABAWI DAN SEJARAHNYA

BAB 10: MASJIDIL NABAWI DAN SEJARAHNYA

Mengikut sejarahnya lokasi Masjidil Nabawi yang ada sekarang ini tempat di mana unta Nabi Muhammad berhenti ketika Nabi Muhammad mula sampai di Yathrib. Dalam tempoh 15 hari pertama baginda Rasulullah membina sebuah masjid, yang kemudiannya dikenali Masjidil Nabawi (Masjid Nabi).

Dengan menggunakan pelepah-pelepah dan batang-batang tamar, sebuah masjid dibina secara gotong-royong bersama orang-orang Ansar. [1]Panjang masjid ketika itu mencapai 35 meter lebar dan 30 meter panjang, manakala tinggi tembok masjid adalah kira-kira dua meter.

Cahaya api dari pelepah-pelepah tamar menjadi lampu menerangi ruang masjid pada waktu malam. Lantai masjid adalah terdiri daripada tanah yang terbentang luas, bertukar menjadi selut ketika hujan lebat dan meninggalkan bekas pada dahi jemaah yang menunaikan solat.

Jumlah keluasan kawasan masjid itu adalah kira-kira 1060 meter persegi. Sebanyak tiga buah pintu dibuka. Pertama, pintu di bahagian selatan ketika kiblat masih menghadap Baitulmuqaddis di arah utara.

Pintu yang kedua terletak di sebelah barat yang dinamakan dengan Pintu Atikah kerana dekat dengan rumah Atikah binti Abdullah bin Yazid bin Muawiyah. Sekarang pintu itu terkenal dengan nama Pintu Rahmah.

Pintu yang ketiga terletak di bahagian timur yang dinamakan Pintu Nabi, juga disebut dengan Pintu Uthman, yang kemudian dikenal dengan sebutan Pintu Jibril.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.