Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,553
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
BAB 1: MENCARI PAKEJ UMRAH

BAB 1: MENCARI PAKEJ UMRAH

"Ya Allah Ya Tuhanku! Sesungguhnya catatan perjalanan ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali dari perasaan riak. Apa yang dicatat dan dipaparkan di sini diharap menjadi panduan dan pedoman mengenai perjalanan ibadat Umrah dan Ziarah, mengalami dan menghayati kebesaranMu Ya Allah, sebagai tetamuMu. Kami pohon kepadaMu Ya Allah, engkau jadikan hasil catatan ini diterima oleh khalayak ramai. Agar dengannya dapat menjadi sedikit sebanyak pedoman dan panduan".

Aku masih tercari-cari pakej umrah yang sesuai dan kena dengan kosnya. Banyak laman sesawang syarikat penyedia perjalanan umrahtelah dilawati, banyak pakej yang ditawarkan. Isteriku juga turut sama-sama mencari pakej yang sesuai dengan masa dan kos yang ditawarkan.

Setelah bertahun bermukim di Queensland[1], kami sekeluarga berazam untuk mengunjungi rumah Allah. Telah banyak cerita yang didengari, dari cerita jenaka, sedih dan pengajaran melalui akhbar dan majalah termasuk ruangan “Iktibar dari tanah suci” dalam majalah Mastika.

Kami berazam untuk bersujud di depan Baitullah atau Kaabah[2], melakukan tawaf dan menyerahkan seluruh jiwa raga ke hadrat Allah. Itulah juga impian bagi semua muslimin di muka bumi ini.

Aku pernah terbaca pengalaman Munir Ramli yang telah dicatitkan dalam buku “Mutiara di Pintu Kaabah”. Beliau telah mengembara ke Mesir dan mengerjakan haji buat kali ke-dua ketika berusia 23 tahun. Beliau juga adalah seorang pengembara muda yang menjelajah Kota Damascus, Syria seorang diri setelah tersasar dari tujuan asalnya ke benua Eropah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.