Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,573
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
BAB 36: KAMBING 100K

BAB 36: KAMBING 100K

9 Mei 2013. Hari ke 8 dalam perjalanan ziarah dan umrah.

Pagi itu di dewan makan, Ustaz Zakaria mengumumkan bahawa satu majlis kenduri akan diadakan. Bacaan Yaasin dan doa Selamat akan turut diadakan berserta aqiqah. Perkara yang sama turut di maklumkan oleh Ustaz Zul dalam perjalanan ke Hudaibiyah dan ketika kami meninggalkan Madinah.

“Siapa-siapa yang nak buat aqiqah boleh ... seorang dikenakan sebanyak 450 riyal. Kita akan terima kambing yang siap dimasak,” Ustaz Zul menambah makluman kepada jemaah.

“Kalau siapa-siapa yang nak masuk boleh serahkan duit kepada Ustaz Zakaria. Lepas tu kena wakilkan Ustaz Zakaria untuk uruskan sembelihan kambing aqiqah,” Ustaz Zul menerangkan cara penyertaan aqiqah.

“Besar ganjaran pahalanya siapa yang buat aqiqah di Tanah Haram. Setiap satu amalan sunat akan digandakan sebanyak 100,000 pahala, “Ustaz Zul mewar-warkannya.

“Kita akan buat kenduri aqiqah padapagi Selasa, 10 Mei nanti. Belanja untuk makan tengahari hari itu kita gabungkan dengan kenduri aqiqah,” Ustaz Zakaria turut menambah.

“Siapa yang tak mampu nak buat aqiqah boleh sedekah berapa saja yang mampu. Kita sedekah untuk buat kenduri, besar ganjaran pahalanya,” tambah Ustaz Zul.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 261:

“Bandingan (derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (kurnianya) lagi Maha Mengetahui"

Berdasarkan kepada ayat di atas, satu amal kebajikan yang dilakukan oleh seorang hamba dengan syarat bahawa amalan itu sah dari sudut syara', mengikut syarat dan rukunnya, serta ikhlas kerana Allah s.w.t akan diberikan ganjaran paling minima dengan 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda, malahan lebih daripada itu dengan izin Allah.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.