Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,568
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
BAB 35: LELAKI BERJUBAH COKLAT

BAB 35: LELAKI BERJUBAH COKLAT

Suatu malam di Dataran Masjidil Haram.

Selepas solat isya’ kami lepak di hadapan flyover di sebelah kanan pintu No.1 (King Abdul Aziz). Berehat sebentar menunggu masa untuk melakukan tawaf sunat. Aku, anakku dan Asyrif kami bertiga di kawasan itu. Beberapa orang jemaah datang bersolat sunat di kawasan dataran di luar masjid itu.

Kebanyakkan jemaah yang tidak sempat masuk ke masjid akan menggunakan ruang itu untuk bersolat. Seorang jemaah bertanyakan sesuatu tapi kami hanya mendengar dan mendengar kerana tidak faham bahasa Arab.

Tidak memahami Bahasa Arab adalah satu kerugian yang amat sangat. Terutamanya ketika berada di Masjidil Haram. Bahasa Arab juga turut dituturkan oleh majoriti rakyat Afrika. Tidak tahu Berbahasa Arab menyekat komunikasi kita di tanah haram.

Aku sendiri berbual dengan petugas Masjidil Haram, terpaksa menggunakan sedikit Bahasa Arab dan apabila dibalas jadi kelam kabut untuk menjawab. Hasratku untuk bertanya tentang seorang Imam di Masjidil Haram yang bernama Muhammad tidak kesampaian kerana kekurangan perbendaharaan kata Bahasa Arab.

Imam itu pernah mengunjungi Australian International Islamic College of Buranda selama beberapa minggu dan tinggal di sana memimpin solat Tarawikh dan Tazkirah. Aku berada di sana ketika itu menyiapkan tesis pada bulan Ramadhan tahun 2011 yang lalu. Imam itu berpesan supaya mencarinya jika sampai di Makkah.

Kegagalan berbahasa Arab menyebabkan aku tidak dapat bertanya tentang imam Masjid Kucing di Makkah, yang pernah menjadi rakan berbuka puasa selama beberapa minggu di bumi Australia.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.