Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,568
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
BAB 32: LELAKI BERJUBAH DI LALUAN GUA HIRA

BAB 32: LELAKI BERJUBAH DI LALUAN GUA HIRA

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (Surah Al-Alaq, Ayat 1)

Dalam perjalanan ke Arafah, Mina dan Muzdalifah, rombongan kami di bawa melalui satu kawasan lapang. Kami berhenti di lebuhraya dan masuk ke dalam satu kawasan tanah berbatu yang luas. Di belakang kami terpampang Jabal Thur.

Kedudukannya agak jauh dari tempat kami berkumpul tetapi memang kelihatan tinggi Bukit Thur, di mana terletakknya Gua Thur yang menjadi tempat persembunyian Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar, ketika diburu oleh puak kafir Quraisy. Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur setelah dikepung oleh musyrikin Makkah, sebelum berhijrah ke Madinah.

Dalam perjalanan dengan bas baru itu Ustaz Zul menunjukkan sesuatu.

“Di situ Gua Hira, siapa-siapa yang nak mendaki, kita daki malam besok. Jabal Nur, tak perlu bawa lampu, Insya-Allah,” kata Ustaz Zul sambil menunjukkan lokasi Gua Hira’.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.