Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,578
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
Bab 4 : KENDURI KESYUKURAN DAN CUTI

BAB 4: KENDURI KESYUKURAN DAN CUTI

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (Al-A’raf, Ayat 10)

Masa semakin suntuk. Aku perlu menguruskan hal cuti rehatku untuk mengerjakan umrah. Ini kerana bagi seorang penjawat awam seperti aku, tiada peruntukan cuti umrah dalam Perintah Am[1].

Seseorang pegawai awam perlu menghabiskan cuti rehat biasa (cuti kerana perkhidmatan) dari peruntukan cuti rehat tahunan untuk mengerjakan umrah, seperti yang termaktub melalui Bab C dalam Perintah Am. Bagaimanapun, terdapat kemudahan cuti haji selama 44 hari diperuntukan kepada pegawai awam dan layak dipohon.

Bagi mengerjakan umrah kelulusan ketua jabatan adalah diperlukan sebelum dapat berlepas ke tanah suci. Permohonan hendaklah dikemukakan lebih awal untuk dipertimbangkan oleh ketua jabatan dalam borang yang telah ditetapkan berserta maklumat terperinci mengenai sumber kewangan, tempat lawatan, dan butiran ikrar harta. Permohonan ini samalah seperti untukbercuti dan melawat ke luar negara bagi tujuan melancong.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.