Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,573
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
Sinopsis

Catatan perjalanan ini merakamkan sebuah perjalanan mengunjungi dua Tanah Suci (Haramaian) iaitu Madinah dan Makkah. Perjalanan ini amat bererti kerana perjalanan sekeluarga yang turut disertai oleh seorang ‘anak syurga’, seorang anak perempuan kami berumur empat tahun yang menghidapi Autisme. Rakaman catatan perjalanan ini juga turut menelusuri sebahagian daripada sejarah, falsafah dan ibrah (pengajaran) yang terkandung dalam ziarah ke Tanah Suci Madinah serta mengerjakan ibadat umrah di Tanah Suci Makkah. Ibrah yang tersembunyi dapat dijadikan panduan dalam meneruskan perjalanan hidup sebagai hamba Allah.

Catatan ini juga turut menghubungkaitkan beberapa catatan lampau berhubung dua Tanah Suci seperti perjuangan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dalam memperjuangkan kemurnian dan keteguhan agama Islam ketika mula mekar di Tanah Suci Makkah dan seterusnya penubuhan Kerajaan Islam Madinah. Sebahagian daripada catatan ini juga disampaikan dalam bentuk novel sejarah yang disandarkan kepada beberapa rujukan yang diterima umum. Ia termasuklah catatan sirah perjalanan hijrah, peperangan utama setelah pembentukan Kerajaan Islam Madinah serta catatan kecintaan sahabat-sahabat kepada Nabi Muhammad SAW.

Adalah diharapkan catatan kecil ini menjadi sebuah pengajaran dan sedikit sebanyak panduan kepada bakal-bakal tetamu Allah yang akan mengunjungi Haramain, serta ibu-bapa yang memiliki ‘anak syurga’.

Previous: Prakata
Next: GANJAR

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.