Home Novel Travelog TASBIH BAITULLAH
TASBIH BAITULLAH
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 08:48:07
78,549
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Senarai Bab
BAB 18: SAYA BISA MEMOHON UNTUK MENDOAKAN UNTUK BAPA

BAB 18: SAYA BISA MEMOHON UNTUK MENDOAKAN UNTUK BAPA

Malam ke-tiga berada di Madinah. Pada malam itu aku dan Syauqi ke Masjidil Nabawi untuk solat Maghrib. Ketibaan kami agak lewat. Mengambil masa yang terluang untuk bersama Iris. Melayan karenahnya yang terpaksa ditinggalkan di hotel. Iris hanya berpeluang keluar pada pagi tadi sahaja ketika di dataran Masjidil Nabawi. Selainnya, Iris perlu dikawal di dalam hotel oleh isteri dan anak-anak perempuanku.

Oleh kerana berlaku sedikit kelewatan, kami tidak dapat masuk ke masjid melalui pintu Salam (Babussalam). Masih banyak pintu yang ada dan boleh masuk kecuali pintu yang dikhaskan untuk Jemaah wanita. Selain daripada itu masih ada ruang solat di kawasan dataran kerana terdapat ruangan yang dikhaskan untuk bersolat.

Kami masuk ke dataran masjid seperti biasa, melalui arah pintu pagar No.15. Azan Maghrib dilaungkan menandakan masuknya waktu Maghrib. Dan apabila masuk sahaja di ruangan Solat, Imam telah pun mengangkat takbir, bermulanya Solat Maghrib. Aku sempat mendapat ruang untuk bersolat. Syukur.

Di sebelahku kelihatan seorang anak muda berpakaian seragam berwarna serba hijau, dari baju dan seluar serta songkoknya. Dari pakaian itu dapat dikenali beliau adalah petugas yang bertugas menjalankan kerja-kerja pembersihan di Masjidil Nabawi. Warna hijaunya kelihatan terang dan baru. Aku tidak memperdulikannya kerana Imam telah pun bertakbir.

Ketika hampir memberi salam di tahiyyat akhir, kedengaran dari arah ruang jemaah wanita bersolat, suara menangis dan meratap-ratap, berteriak, melaung-laungkan suara dengan nada yang kuat. Pasti suara itu adalah dari seorang wanita Arab dari bunyi laungan dan rintihannya yang dapat didengar. Kedengaran juga suara wanita lain bersahut-sahutan mengiringi suara perempuan yang sedang meratap itu.

Selesai solat seperti biasa doa dibaca. Berada di tanah haram memang mudah untuk mengeluarkan air mata ketika berdoa. Mengharap dengan penuh harapan dirahmati dan diredai. Diampunkan dosa-dosa dan menyelesali apa yang telah berlalu. Cairan air mata panas keluar tanpa dapat ditahan. Memang penuh rahsia dan kelebihan tangisan orang berdosa. Lebih hebat jika dibandingakan air mata yang hanya menitis ketika menonton babak sedih di dalam drama TV. Itulah hakikatnya.

...... bersambung


... bersambung


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.