Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,360
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 20 : keputusan Yang Dinantikan

Kesabaran adalah sesuatu tuntutan mutlak dalam menuntut ilmu. Sabar mampu menyelesaikan segalanya. Nak belajar kena sabar,!gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Susah senang, jatuh bangun semasa menuntut ilmu adalah suatu cabaran. Manisnya kejayaan apabila mengenangkan pahit getir yang telah dilalui. Kejayaan yang dicapai dengan mudah tiada kemanisannya.Seseorang yang telah hidup senang sejak kecil, tidak akan mampu menghadapi kesusahan, kerana beliau tidak pernah merasai kesusahan sepanjang hidupnya.

Pahit akan manis akhirnya”, kata sebuah lagu dari Amir Ukays. Seperti yang diceritakan melalui Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi, cerita mengenai Nabi Khidir dan nabi Musa berjalan. Bilamana Nabi Musa yang telah menganggap dirinya pandai kerana baginda Nabi, diwahyukan oleh Allah bahawa ada lagi orang yang lebih pandai iaitu Nabi Khidir. Memetik dari sebuah kitab tafsir “Suatu ketika Nabi Musa berkhutbah di tengah-tengah Bani Israil, lalu ia ditanya, “Siapakah manusia yang paling dalam ilmunya?” Ia menjawab, “Sayalah orang yang paling dalam ilmunya.” Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala menyalahkannya karena tidak mengembalikan ilmu kepada-Nya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala kemudian mewahyukan kepadanya yang isinya, “Bahwa salah seorang hamba di antara hamba-hamba-Ku yang tinggal di tempat bertemunya dua lautan lebih dalam ilmunya daripada kamu.” Musa berkata, “Wahai Tuhanku, bagaimana cara menemuinya?” Maka dikatakan kepadanya, “Bawalah ikan (yang sudah mati) dalam sebuah keranjang.

Apabila engkau kehilangan ikan itu, maka orang itu berada di sana.” "Maka tatkala mereka berjalan sampai ke pertemuan dua buah laut itu, maka mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. Tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: Bawalah kemari makanan kita; sesungguhnya kita merasa letih karena perjalanan hita ini.

Muridnya menjawab: Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali. Musa berkata: Itulah (tempat) yang kita cari; lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. "(QS. al-Kahfi: 61-65).

Dalam kisah ini Nabi Khidir mentarbiahkan Nabi Musa tentang ilmu ladunna (disebut dalam ayat minladunna), nabi Khidir menasihatkan supaya Nabi Musa bersabar atas segala tindaktanduk semasa mereka sedang berjalan. Natijah daripada pengajaran kisah ini adalah sabar perlu dalam menuntut ilmu dalam mengejar kejayaan.

Kesusahan, kepayahan, cabaran, pahit getir dan apa saja dugaan mendatang sejak bermukim di bumi tanah ratu ini teah Berjaya di atasi dengan hikmah dan rahmat Allah juga. Kini tibalah masanya menuai hasilnya. Setelah genap 3 bulan dari tarikh menghantar thesis bagi tujuan pemeriksaan luar (external examiners) dan kembali ke Malaysia, tibalah masanya mendapat keputusan dan hasil apa yang telah diusahakan.

Semasa menghadiri mesyuarat pengarah-pengarah kastam se Malaysia kali ke 67 yang diadakan di Porto Malai, Langkawi di penghujung Disember 2011, aku mendapat keputusan pemeriksaan thesis bagi pengajian Ph.D. Ketika itu ramai rakan dan pengarah2 bertanyakan tentang pengajian Ph.D ku. Ramai yang memanggil ‘Dr.”, surat2 resmi mula menggunakan gelaran ini. Beberapa rakan sekerja yang telah terlebih dahulu menamatkan pengajian tanahair dan telah mendapat ijazah juga sering bertanya “bila nak konvo?” atau “cepat dapatkan ijazah”.

Sedangkan ketika itu secara resminya aku belum dianugerahkan ijazah. Entah lulus atau pun tidak bergantung kepada laporan pemeriksa luar yang dilantik untuk memeriksa thesis ku. Dua orang pemeriksa ini tidak diketahui identitinya, hanya penyelia dan pusat pengajian (research student office) yang ada maklumatnya.

Mereka terdiri daripada pakar dan kebanyakkannya pensyarah university yang bertugas di luar university tempat aku belajar, bahkan mereka adalah pemeriksa yang berada di university luar Australia. Inilah PhD., bukanlah sesuatu yang mudah diperolehi. Lepas habis satu peringkat perlu melalui peringkat yang lain pula. Peringkat seterusnya adalah “corrections” atau pembetulan ke atas thesis, ekoran dari persoalan yang ditimbulkan oleh kedua-dua pemeriksa luar itu.

Proses corrections ini juga akan memakan masa bergantung kepada banyak mana komen dan cadangan yang diberikan oleh pemeriksa luar. Pemeriksa luar juga akan menyediakan laporan dan membuat perakuan kepada university dalam tiga keadaan, samada lulus tanpa pembetulan, sedikit pembetulan atau gagal untuk dianugerahkan ijazah. Selain daripada itu satu senarai pembetulan mengikut perenggan, baba atau muka surat yang dikomen oleh pemeriksa luar perlu disediakan dengan terperinci mengandungi senarai komen, lokasi, pembetulan, alasan-alasan.

Senarai ini dipanggil “thesis rejoinder” di mana senarai lengkap dan kaedah pembetulan ke atas komen2, atau sebarang tambahan atau huraian perlulah dijelaskan dan dihantar apabila salinan thesis dihantar kepada penyelia kajian. Selepas daripada itu penyelia kajian akan menyemak terlebih dahulu sebelum memperakukan bahawa tindakan pembetulan telah dibuat dan komen2 pemeriksa luar telah diambilkira.

Proses kelulusan penyelia juga mengambil masa sebelum perakuan dibuat bergantung kepada sejauhmana pembetulan dan teguran telah dibetulkan dalam thesis. Jika penyelia masih tidak puashati beliau berhak tidak memperakukan thesis versi akhir yang disediakan oleh seseorang calon Ph.D. Jika beliau berpuashati kelulusan Research Director di Universiti perlu diperolehi sebelum pihak Research Student Examination memperakukan untuk kelulusan penganugerahan ijazah.

Oleh kerana begitu rumit dan terperinci peringkat yang perlu dilalui maka ramai juga calon yang tidak dapat ijazah walaupun thesis sudah disiapkan. Oleh sebab itu terdapat kes di mana seseorang menghabiskan pengajian dalam tempoh 11 tahun.

Bagi kebanyakan university di Australia, tempoh 3 bulan diberikan untuk menyiapkan thesis akhir. Bagiamanapun pertimbangan boleh diberikan oleh pihak university mengikut alasan dan kekangan yang tertentu.

Ini kerana bagi setiap pelajar yang mendapat ijazah Ph.D, pihak university akan menerima sejumlah wang daripada pihak Kerajaan Australia. Semakin ramai yang lulus maka semakin banyak dana yang dikumpulkan oleh sesebuah university. Akhirnya ketika menghadiri mesyuarat aku menerima satu email dari pihak Student Examination Office.

Apabila dibuka sahaja perkataan pertama yang dilihat adalah “congratulations”. Tentulah sesuatu yang memberangsangkan, syukur aku telah lulus. Bagaiamana pun perlu membuat penambahbaikan dan memasukkan semua komen2 dan cadangan yang telah diberikan oleh pemeriksa luar. Thesis aku juga dicalonkan untuk anugerah “best thesis award 2011” oleh pemeriksa luar.

Pihak SEO memerlukan aku menyiapkan segala pembetulan thesis dalam tempoh sebulan, untuk diperakukan oleh panel bagi anugerah tersebut. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk membuat pembetulan dan menyediakan salinan thesis akhir kerana aku telah kembali bertugas di JKDM, AKMAL Langkawi ketika itu.

Tugasan harian, mesyuarat dan berulang-alik melalui Feri dari langkawi ke Kuala Kedah pada setiap hujung minggu menyebabkan aku tidak dapat menyiapkan pembetulan yang diperlukan dan meyerahkan salinan thesis akhir untuk melayakkan dipertimbangkan oleh Panel Penialai Thesis. Biarlah sekurang-kurangnya thesis aku telah mendapat perakuan yang sewajarnya dari pemeriksa luar di peringkat antarabangsa. Lagi pun aku tidak gagal dalam pemeriksaan thesis.

Ketika aku terfikir apakah akan jadi jika aku gagal?. Lagi pun belum tentu boleh mendapat anugerah berkenaan walaupun layak, kerana thesis perlu dinilai oleh panel bersama-sama dengan thesis pelajar yang lain di university. Mendapat perakuan pemeriksa luar sudah memadai. Bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat keputusan pemeriksa luar berpuashati dengan thesis yang disediakan, dan tidak semudah untuk mendapat keputusan lulus tanpa sebarang pembetulan yang diperlukan.

Aku pernah melihat penyelia kajian menconteng salinan thesis yang sedang diperiksanya kerana tidak berpuashati, kandungan tidak berkenaan dengan perbincangan atu pun plagiat kerja orang lain. Bila melihat semakin ramai orang politik mendapat Ph.D terutamya dari university tempatan, tentulah merasa hairan. Sesetengah pencinta ilmu menggelarkannya sebagai “pencerobohan akademik”.

Apa bidang yang dikaji, apa tajuk kajian yang dibuat?, bagaimana thesis disediakan sedangkan mereka begitu sibuk dengan tugasan harian?, di mana boleh mendapatkan salinan thesis mereka?, berapa ramai ahli panel, saiapakan panel pemeriksa mereka?. Inilah yang diutarakan oleh pencinta ilmu di menara gading. Gejala ini semakin ketara dan disiarkan dalam berbagai media, ada yang mendapat ijazah secara atas talian.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.