Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,327
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 23 : Wira Yang Didendangkan

Perang demi perang membawa dunia tidak pernah aman. Perebutan kuasa dan kepentingan kuasa besar berlarutan hingga sekarang. Jika dulu perang berlaku dengan serangan, sekarang peranan luar memporak-porandakan sesebuah negara menjadi trend terkini. Kejatuhan Presiden yang Mesir, Dr. Mohamed Morsi yang dilantik melalui pilihanraya yang sah adalah salah satu contoh terkini di depan mata.

Terma 'Arab spring' diberikan oleh media mengenai gelombang tunjuk perasaan di negara2 Arab, samada secara aman atau ganas, termasuk perang saudara di negara Arab seperti Tunisia, Libya, Mesir dan Yaman yang bermula pada awal Disember 2010. Di bawah gerakan ini rakyat negara tersebut menuntut pemerintah sedia ada turun dari kuasa. Siapakah yang memainkan peranan sebenarnya?

Pada 7 oktober 2001 Amerika telah menyerang pemerintahan Taliban di Afghanistan dengan sokongan oleh NATO serta sekutunya seperti British dan Australia. Operasi ketenteraan yang dibuat yang dikenali sebagai 'Operation Enduring Freedom' sejurus serangan World Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001. Serangan ini kononnya untuk mematahkan rangkaian pengganas global yang dinamakan Al-Qaeda yang katanya diketuai oleh Osama Ben Laden. Pemerintah Taliban yang dihancurkan namun Osama tidak ditemui. dalam perang ini Australia turut terheret sama bersama British untuk menempatkan anggota tentera di Afghanistan.

Australia di bawah PM Howard sebagai sekutu kuat Amerika bersama-sama Britain di bawah Golden Brown, ketika itu mula menghantar bala tentera ke bumi Afghanistan sebagai satu pakej memerangi keganasan global serta memulihkan keamanan (reconstruction security). Jumlah penghanataran tentera kemudiannya ditambah pada tahun 2006 bagi meningkat sejumlah tentera seramai 1,550 orang yang telah dihantar ketika kempen memerangi keganasan dilancarkan oleh Amerika pada tahun 2001.

Sama seperti tindakan PM British, Golden Brown yang begitu berhati-hati dalam mendapat sokongan ahli parlimen membuat keputusan menghantar tentera, begitu jugalah Howard di Australia. Kedua-duanya bimbang mendapat tentangan dan tindakan penghantaran tentera menjadi satu tindakan yang tidak popular, di kalangan rakayat serta pihak pembangkang.

Umumnya tindakan mereka mendapat perbahasan yang hangat di parlimen masing-masing Penyertaaan tentera Australia dalam pakatan bersama Amerika bukanlah satu perkara yang baru kerana ketika perang dunia ke dua Australia telah bersama2 Amerika, Britain dan negara-negara sekutu yang lain memerangi Jepun.

Tindakan bersekutu dan berpakat dalam aspek ketenteraan telah juga dilaksanakan oleh negara rejim Yahudi ketika berlakunya pernag Arab-Israel pada tahun 1956. Ketika itu Israel mendapat sokongan Peranchis dan Britain bagi merebut kepentingan masing-masing di Terusan Suez.

Terusan Suez yang hampir 100 tahun dikuasai oleh Eropah berjaya diambil alih oleh pemerintahan Jamal Abd Nasir. Campurtangan serangan Britaish ke pengkalan tentera di semenanjung Sinai dan Terusan Suez membuka lembaran perang. Mesir ketika itu mendapat sokongan ketenteraan dan senjata yang dibekalkan oleh negara blok Soviet. Pentadbiran Rudd seterusnya turut mengekalkan tentera Australia di Afghanistan.

Pada tahun 2009 Barack Obama menggesa Rudd menghantar lebih ramai tentera. Tekanan demi tekanan dari Amerika menyebabkan Rudd mula menghantar seramai 450 orang tentera tambahan pada April 2009. Walau pun beliau sentaiasa dipetik sebagai berkata tiada peningkatan askar di Afghanistan (no troops boost in Afghanistan).

Sekutu mereka Britain ketika itu mengikut Amerika dengan meningkatkan jumlah tentera di Afgahnistan. Perang memakan korban. Hari demi hari semakin ramai tentera Australia yang terbunuh. Rakyat Afghanistan sendiri sebahagiannnya menjadi pelarian di Australia, terutamanaya di Brisbane.

Korban pernag bukanlah sesuatu yang baru bagi Australia kerana Anzac Day yang disambut setiap tahun adalah untuk mengenang mereka yang terkorban dalam peperangan yang berlaku di Galipoli pada tahun ___ yang melibatkan juga tentera New Zealand di bawah Britain ketika Perang Dunia Pertama. Ketika itu Turki masih lagi di bawah penguasaan Khalifah Uthmaniyyah.

Pada tahun2 2009 Ketika itu apabila ada askar Australia yang terkorban mereka didendangkan sebagai hero. TV akan menyiarkan siaran langsung kepulangan demi kepulangan keranda yang berisi mayat yang diratapi oleh ibu, bapa, saudara taua sahabat mangsa perang di lapangan terbang. Mereka yang ditinggalkan akan memuji tentera yang terkorban.

Mereka digelar Australia Hero. Mereka didendangkan sebagai Hero. tapi apakah sebenarnya mereka Hero. Apakah yang mereka pertahankan tanahair atau apa?. Sedangkan ramai rakyat Afghanistan yang menjadi korban perang. Penghormatan demi penghormatan didendangkan melalui TV, akhbar dan lain-lain media elektronik seperti Internet, di laman-laman sosial seperti facebook dan Twitter. Sebut apa sahaja akhbar, The Australian, Brisbane News, Courier mail atau siaran TV samada Channel 7, 9 akan mendendangkan askar sebagai Hero seperti disebut "Australia's Afghan Hero" Mereka didendangkan siang dan malam.

Di sekolah-sekolah jika ada askar yang terkorban. Guru2 akan mengajak murid2 memberi penghormatan kepada tentera yang terkorban. Berita kematian, ibu yang kehilangan anak, anak yang kehilangan ibu, pelarian, pembunuhan yang berlaku di Afghanistan dan sebelumnya Iraq tidak dipandang.

Begitu besar peranan yang dimainkan oleh media dan sekolah. Sehingga kini seramai 40 orang tentera Australia telah terbunuh di Afghanistan, mereka dianggap Hero dan dimasukan dalam senarai, didendangkan untuk dikenang dalam lagu sambutan Anzac Day "Les we forget" atau “the Order of Remembrance”. Itu hak mereka.

They went with songs to the battle, they were young. Straight of limb, true of eyes, steady and aglow. They were staunch to the end against odds uncounted, They fell with their faces to the foe.

They shall grow not old, as we that are left grow old: Age shall not weary them, nor the years condemn. At the going down of the sun and in the morning, We will remember them.

yang turut dinyanyikan dan dibacakan ketika sambutan Hari Pahlawan di Britain dan New Zealand

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.