Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,354
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Catatan Penulis

Tanah Ratu (Queensland)[1] adalah milik Tuhan. Ia telah dinamakan dalam bahasa penjajah dan penjelajah yang telah menghalau peribumi asal, hilang nama asalnya dalam bahasa peribumi Yanggera[2] di peta dunia. Di bumi tanah ratu yang telah kami bermukim di sana selama hampir separuh dekad meninggalkan beribu kenangan yang masih kejap di kotak fikiran. Sejenak kami diberi peluang oleh Tuhan, bermukim di Sana. Sempat menikmati indahnya suasana empat musim di Sana dengan berbagai rona masyarakat, budaya, bahasa dan agama. Tanah ratu besarnya hampir besarnya seluruh benua eropah. Didiami sejak zaman-berzaman oleh suku kaum peribumi, dikatakan tanah tidak bertuan. Lalu sang ratu mengirimkan James Cook[3] menjelajah dan menjajah di sana.

Sebahagian besar bumi Kangaroo yang luas ini juga turut diratah luluh oleh penjelajah Bangsa Eropah yang lain. Peribuminya lari bergalang-pukang, dibunuh dan ditindas. Ramai merempat di tanah sendiri. Tanah adat dan ketua suku hanya tinggal nama tanpa kuasa. Hanya Nama pemukiman dalam bahasa peribumi kekal bercampur dengan bahasa bahasa penjajah. Di tanah ratu ini terakam segala nostalgia. Kembara menjejak pengembara silam menuntut ilmu di bumi tuhan. Meninggalkan tanahair, ibu, bapa, saudara-mara dan sahabat handai, untuk mengejar cita-cita yang terpendam sekian lama, berhijrah, bertawakal sementara peluang dan ruang masih tersedia di depan mata. Mengharungi onak dan duri, jerih dan payah, duka dan gembira. Kejayaan yang diraih bukanlah sebesar mana bahkan tak akan mampu merubah dunia. Ramai yang telah pergi dan kembali dengan kejayaan. Tak kurang juga yang tewas penuh kekecewaan. Tapi ada tersimpan hikmah setiap kejadian. Kejayaan ini adalah satu titik perubahan dalam kehidupan. Aku persembahkan perjalanan ini dalam sebuah catatan….BERMUKIM DI TANAH RATU



[1] Queensland adalah negeri yang terbesar di Benua Australia, terletak di Timur Laut Australia. Luasnya adalah 80% dari Benua Eropah dan merupakan sumber ekonomi ketiga terbesar di Australia.

[2] Yanggera adalah kaum peribumi Australia yang dikatakan mendiami Queensland sebelum kedatangan penjajah dan penjelajah Eropah. Kelompok kaum terbesar yang dikatakan mendiami Queensland sejak 60,000 tahun dahulu dari kumpulan “Australian Aboriginals and Torrest Strait Islanders”.

[3] Pada tahun 1770 Kapten James Cook mendakwa Queensland adalah Tanah Jajahan British.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.