Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,331
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 25 : Julia Tikam Belakang Saya -Rudd

16 Jun 2010, TV Australia memainkan berita tentang pemilihan pemimpin parti Buruh (labour Party) sepanjang hari. Beberapa hari sebelum itu party santai diadakan di sebuah rumah dan dihadiri oleh pemimpin kanan Labour Party, termasuk Kevin Rudd yang ketika itu masih menjadi PM Australia. Kevin Rudd adalah pemimpin peratama dari Labour Party yang mengambilaih kerajaan pada tahun 2007, daripada Howard selepas 9 hari berlangsungnya pilihanraya umum Australia .

Berbagai isu kejatuhan kerajaan kerajaan Parti Liberal di bawah pimpinan Howard. Di antaranya adalah pengenalan GST pada kadar 10% di Australia. Namun kerajaan pimpinan Rudd yang dikenali sebagai 'The first Rudd Government' hanya bertahan sehingga Jun 2010. kejayaan Rudd telah membawa kepada kembalinya Labour Party ke tampuk pemerintahan, setelah hampir 11 tahun bertindak sebagai pembangkang.

Rudd merupakan seorang PM yang membuat permohonan maaf kepada seluruh penduduk Aborigines Autralia secara resmi melalui acara pembukaan sidang Parlimen Australia ke 42 pada 13 Februari 2008.

Detik bersejarah ini disiarkan berulangkali di TV Australia. kejayaannya yang ketara sebagai PM adalah melakukan reformasi ekonomi untuk menanggani krisis ekonomi pada 2008. Ketika itu seluruh dunia mengalami krisis ekonomi dan Australia adalah sebahagian kecil negara maju yang mampu bertahan dengan dengan beberapa insentif dari pihak kerajaan.

Penganilisis memandang usaha-usaha yang diambil oleh Rudd adalah berasaskan apa yag dikenali sebagai mengikut amalan ekonomi yang dipopularkan oleh ahli-ahli ekonomi 'Depression-era Economist Keynes. [Teringat subjek ekonomi dahulu yang membawaku ke Fakulti ekonomi UM].

Di bawah pakej ransangan ekonomi ini, kerajaan telah membiayai projek-projek  awam bagi mengurangkan pengangguran, membantu industri,peruncitan dan sektor perkhidmatan dengan mengekalkan kuasa beli. Pada masa ini di Australia, nilai matawangnya jatuh dan ramai mengalami pengangguran.

Keadaan ini begitu ketara di mana ramai rakyat Australia yang berada di luar negara terutamanya di UK kembali ke Australia. Bagaimanapun pada tahun 2010, beberapa langkah yang diambil oleh Rudd berkaitan 'climate change' dengan pengenaan 'super profit tax' dan 'carbon tax' menyebabkan keluhan daripada Industri pelombongan, dan seterusnya menjana tentangan dari ahli partinya sendiri.

Julia Gillard yang telah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri bersama-sama Rudd telah memulakan langkahnya meraih sokongan dari ahli Labour Party, termasuk dari parti Liberal. Pada 24 Jun 2010, Rudd dibuang oleh ahli partinya sendiri dalam pemilihan pucuk pimpinan Labour Party di mana Julia Gilliard mendapat undi yang tertinggi, dan akhirnya menjadi PM Austrlaia yang ke 27 menggantikan Rudd. Perkembangan politik di bumi Kangaroo diikuti penuh minat kerana ianya begitu menarik.

Proses pilihanraya umumnya begitu unik. Australia sebagai negara Komanwel . Mereka juga mengaku bahawa mereka adalah negara Raja Berpelembagaan ( constitutional monarchy) di mana Ratu Elizabeth adalah Raja Australia. Sejak dahulu mereka mengaku Ratu Elizabeth adalah Raja mereka tinggal di England dan mewakilkan kuasa kepada 'viceroys' yang terdiri daripada 'Gabenor-General' di peringkat kerajaan Persekutuan dan 'Gabenor' di peringkat kerajaan negeri.

Hari jadi Ratu Elizabeth disambut sebagai cuti umum seluruh Australia Perubahan kerusi PM dari Rudd ke Julia berjalan dengan lancar tanpa apa2 perkara buruk yang berlaku. Bahkan ramai yang tidak sedar atau ambil kisah jika TV tidak mewar-warkannya. Bagaimanapun adalah mustahil jika rakyat tidak mengetahui kerana mereka rajin membaca. Mungkin juga perubahan ini hanya berlangsung melalui pucuk pimpinan parti.

Seperti di Malaysia, parti pemerintah iaitu Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO juga mengadakan pemilihan pucuk pimpinan untuk memilih Presiden. Presiden adalah Perdana Menteri setelah mendapat sokongan majoriti. Dengan kebebasan media yang diamalkan akhbar-akhbar meletakkan berita ini di muka depan.

Antaranya dengan katanya "Rudd: Julia back stabbed me". Komen-komen di media elektronik, forum dan seumpamanya kelihatan agak kasar tapi itulah perasaan sebahagian rakyat Australia ketika itu. Laman youtube penuh dengan video yang mempersendakan Julia Gilliard.

Komen-komen yang berbunyi seperti "She lied, she wasn't voted into the position - she stabbed her boss in the back to steal it. I hope this country never has to put up with her again. I'd pay to see her in chains in prison for the rest of her life for the lies, deceit, treachery, and most of all, the devastation she caused our nation. May she be forgotten for all eternity and erased from history', adalah biasa dibaca di kolum-kolum akhbar

Itu adalah proses pemilihan pucuk pimpinan parti yang membawa perubahan kepada ketua kerajaan (PM). Bagaiamna pun proses pilihanraya umum di Australia tidaklah seriuh dan seheboh yang berlaku di Malaysia. Beberapa bulan berada di bumi tanah ratu sempat mengikut perkembangan Federal Election yang diadakan pada 24 November 2007.

Pilihanraya kali ini adalah yang ke 42 sejak Australia dibentuk. Walaupun kami pelajar tiada hak untuk mengundi, namun perlkembangannya turut dikuti kerana kempen dijalankan dengan cara yang bersih, edaran pamplet mellaui peti surat dan seumpamanya.

Rudd kembali menjadi PM Australia setelah Julia ditewaskan. Bagaimanapun hanya bertahan selama 2 bulan kerana selepas pilihanraya Umum Australia pada 1 September 2013, Tony Abbott dari Parti Liberal kembali menguasai Kerajaan Komanwel Australia setelah menang dalam pilihanraya dan mengangkat sumpah sebagai PM Australia pada 19 September 2013.

Ini adalah satu kejutan dalam politik sepertimana PM Jepun yang agak kerap bertukar-ganti

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.