Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,324
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 39 : Kenangan Ramadhan

Hidup di rantauan tentulah terkenangkan tanahair. Kotak fikiran akan cuba membandingkan kehidupan di rantau dan di tanahair. Kadang-kadang nostalgia lama kembali bermain seperti putaran filem di layar minda. Tambahan pula suasana di bulan Ramadhan

Petang ni kita pi ambik buluh, yang tebang hari rasanya sesuai, kabat (karbait) ada lagi, kalau nak banyak bagi tau kata nak buat peram pisang” kata abang suatu pagi

Bagi tau Wang Chun, nanti kita hantar piang

“ tak pa Kita buat meriam buluh”

Batang buluh yang sudah siap ditebuk lubang kira-kira 5-8 cm, bagi membolehkan air dimasukkan. kayu penyandang buluh juga siap dipacakkan di bawah pokok rambutan berdekatan reban ayam. Semuanya sudah siap. Walaupun sudah ada pengumuman di radio Malaysia Alor Setar (RMAS) berhubung larangan bermain meriam, hasrat ini perlu diteruskan. Samalah juga dengan aktiviti mengumpul tempurung kelapa untuk dibuat unggun api pada malam raya, pasti akan diteruskan.

Kampung akan terang benderang dengan maraknya tempurung kelapa yang dibakar. Malam pengumuman Raya oleh penyimpan mohor besar adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu. Wajah penyimpan mohor besar raja-raja akan ditunggu munculnya di kaca TV.

Bagi menyempurnakan titah perintah , saya penyimpan mohor besar raja-raja, setelah diperkenankan oleh Duli-duli yang maha mulia . Dengan ini mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Aidil Fitri bagi negeri-negeri...... dan jajahan takluknya , telah ditetapkan pada ...... Itulah 'keyword' yang ditunggu oleh seluruh rakyat, wajah penyimpan mohor besar raja-raja tidak pernah berubah. raya atau pun tak raya wajahnya tetap muncul di kaca TV, selepas siaran berita di Rangkaian Pertama RTM. Kalau diumumkan raya pada malam itu, masing-masing sibuk membayar zakat Fitrah, bimbang takut tak sempat sebelum solat sunat Aidil Fitri.

Di Tanah Ratu "zakat" dan "Fitrah" (Zakaat dan Fitrana) dipungut ketika bulan Ramadhan dan bukannya di akhir Ramadhan. Kedua-duanya "Zakaat dan Fitrana" adalah dalam bahasa Urdhu, kerana majoriti AJK Masjid adalah India Muslim dari India dan Fiji yang berbahasa Urdhu. Zakaat adalah zakat harta benda, zakat pendapatan yang diwajibkan apabila cukup haul dan nisabnya. Manakala Fitrana adalah "disebut Zakaat Fitrah" bagi menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Itulah antara ungkapan dari doa yang dibaca ketika Sembahyang Tarawikh pada malam 27 Ramadhan bersamaan 9 Oktober yang lalu.

Pada malam itu diadakan "Qiamulail" yang diisi dengan solat-solat sunat yang dituntut seperti Solat Tasbih,Solat Hajat,Solat Tahajjud. Pada malam itu Masjid Buranda yang terletak di No.6, Agnes St.,Woollonggaba dalam Suburb (daerah) Annerly, padat dengan para jamaah dari pelbagai bangsa termasuk beberapa orang "mat saleh" beragama Islam, malam itu seolah-olah Ramadhan baru bermula, ramai hadir termasuk kanak-kanak.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.