Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,337
Kategori: Novel
Genre: Travelog
BAB 44: IRIS, SNOW CHAIR, FROST BITEDAN RABUNG KOSCUISZKO

10 Jun 2010.

Kami masih belum menemui salji di Canberra kerana ia hanya diseliputi ais-ais yang membeku di rumput dan di daun-daun. Ia dikenali sebagai frost. Kami harus bergerak ke utara menghala ke kawasan Gunung Koscuiszko. Di situ merupakan padang salji terbesar bagi New South Wales dan Australia. Gunung itu juga menjadi tarikan para pendaki gunung seluruh dunia dan ketika musim dingin, salji akan turun di dua buah padang salji (snow field) yang utama iaitu Tredbo dan Perisher Valley, selain daripada Selwyn dan Charlotte Pass.

Kami memandu menyusuri jalan mendaki ke Taman Negara Koscuiszko (Kosciuszko National Park). Ketika itu salji belum tiba kerana musim dingin baru sahaja bermula. Jalanraya yang luas memudahkan perjalanan dari Canberra ke Taman Negara Koscuiszko. Di sepanjang perjalanan suatu panorama yang amat indah, indahnya bumi ciptaan Allah di tanah Australia. Padang rumput untuk ragutan kuda dan lembu terbentang seperti hamparan, dengan sana-sini terdapat rumah-rumah ladang yang berserakan di kawasan bergunung-ganang. Pokok-pokok berjajaran di sepanjang jalan, ada yang telah gondol tanpa daun dan ada yang masih berdaun merah. Di atas sana, langit luas terbentang membiru seperti lautan yang maha luas. Batu-batan berbagai-bagai bentuk teratur di sepanjang jalan, mungkin akibat aktiviti glasier pada zaman ais dahulu.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.