Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,332
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 21 : Menyiapkan Tesis

Ketika awal Ramadhan 1423H aku meneruskan perjuanganku menyiapkan thesis untuk melengkapkan pengajian. Thesis perlu dihantar untuk tujuan Thesis examination. 2 orang pemeriksa luar telah dipilih oleh supervisor kajian setelah dipersetujui oleh pejabat Research Office Director.

Isteri dan anak anak telah selamat kembali ke Malaysia, menyambut puasa Ramadhan setelah selama 4 tahun menyambut puasa dan raya di bumi Queensland. Aku tidak lagi boleh tinggal di rumah yang disewa kerana perlu menyiapkan rumah itu bagi tujuan penyerahan kembali kepada agen hartanah, tempoh sewaan masih berbaki 3 minggu.

Bagaimanapun tinggal di rumah yang besar, dengan backyard yang luas dengan ketibaan musim luruh amatlah menyusahkan, tambahan pula setelah sekian lama rumah tersebut dihuni oleh kami sekeluarga. Keadaan menjadi sunyi dan suhu sejuk musim bunga menjadijadi kerana ruang yang kosong ditambah pula lantai yang diperbuat dari kayu seperti pakir yang disebut timber wood floor. T

ugas membersihkan rumah adalah perlu kerana rumah sewaan perlu diserahkan kembali dalam keadaan baik dan bersih. Ianya juga menentukan jumlah bond rumah yang boleh diperolehi bergantung kepada agen dan pihak RTA.

Rumah yang kami sewa adalah sebuah rumah yang dibuat daripada kayu seakan akan rumah di Malaysia. Rumah ini adalah rumah kepunyaan Mr dan Mrs Welschier yang telah berusia kirakira 30 tahun. Mengikut Welschier rumah itu adalah hadiah perkahwinan dari ibu bapanya yang telah meninggal dunia. Rumah tersebuat adalah rumah setingkat seperti bangunan sekolah di tahuntahun 70an dulu.

Keseluruhannya adalah diperbuat daripada kayu, mempunyai ruang beranda yang lapang dan sesuai dimuatkan kerusi meja untuk bersantai di atas lantai tiles. Di hadapan pintu masuk rumah terdapat sebatang pokok kemboja yang besar dan menjadi tempat persinggahan burungburung yang beranika warna, termasuk Kokuburra.

Pada waktu malam kelihatan pokok kemboja itu amat menyeramkan tambahan suasana gelap menghala ke rumah jiran Mrs Margaret dan Mr Allen. Ruang beranda menjadi tempat untuk menyambut tetamu bagi jamuan petang atau ketika menjemput rakan rakan ke rumah, ala ala parti Mat saleh yang berlangsung pada setiap hujung minggu.

Kebanyakan rumah di Queensland terutamanya di wilayah Brisbane mempunyai rekabentuk yang unik. Rumah dibuat daripada kayu dan telah wujud sejak zaman perang. Rekabentuk unik ini disebut Queenslander bagi merujuk kepada rumah zaman perang. Ianya siap dilengkapi dapur, ruang tamu, tempat pendingin di musim dingin, tangga yang tinggi. Bahagian bawah rumah mempunyai ruang yang besar dan luas kerana tiangnya adalah tinggi, setinggi 5 kaki.

Biasanya ruang bawah dijadikan stor untuk menyimpan barang barang terpakai, peralatan berkebun dsb sebelum ianya di jual melalui Garage Sales apabila tiba masanya. Bahagian hadapann rumah mempunyai beranda yang luas, dan tangga kayu menghala keluar. Dihadapan rumah biasanya ditanam pokok pokok bunga yang mengeluarkan bunga yang berbagai warna ketika musim musim tertentu.

Uniknya pokok pokok bnga ini mengeluarkan warna daun yang berlainan seperti kuning ketika musim berlainan. Bahagian hadapan ditanam lavender dan di bahagian belakang biasanya ditanam herbaherba seperti pudina. Bagi kawasan rumah yang luas kadang kala terdapat pokok Jacaranda yang menjadi lambang Brisbane. Pokok yang tinggi akan hanya mengeluarkan bunga pada bulan September ketika musim bunga. Bunganya yang kecil dan jatuh bertaburan di sekeliling pokok akan kelihatan menceriakan suasana ketika musim bunga menjelang.

Bagi melengkapkan kerja kerja membersih rumah aku menggunakan perkhidmatan mencuci rumah. Perkhidmatan mencuci dan membersihkan kawasan rumah adalah amat diperlukan kerana rumah yang bakal diserahkan hendaklah bersih. Peraturan ini terpakai di seluruh Australia kerana pihak RTA menguatkuasakan peraturan dan menentukan jumlah potongan bond atas nasihat agen.

Ada syarikat mencuci tertentu dan ada juga freelancer sebagai seorang yang professional menjalankan kerja kerja mencuci. Di Australia apa sahaja perkhidmatan disediakan dan meliputi hampir semua keperluan penduduk. Dari perkhidmatan potong rumput, membuang ranting kayu, hinggalah menukar minyak enjin kenderaan disediakan.

Anda hanya perlu menempah perkhidmatan samada melalui telefon atau secara online melalui berbagai laman web yang menyediakan perkhidmatan. Pun begitu hampir semua perkhidmatan mengenakan call charges sekitar AUD40 ke AUD65 bagi setiap panggilan perkhidmatan ke rumah, samada memperbaiki mesin basuh, memperbaiki paip dan seumpamanya.

Charge ini tidak termasuk penggantian barang dsb. kebanyakan daripada penyedia perkhidmatan adalah mereka yang professional dan diberi hak untuk menjalankan perniagaan. Tidak seperti di tanahair, tukang kayu atau tukang rumah mempunyai kelayakan teknikal sekurang-kurangnya TAFE College. Bahkan untuk membuka perniagaan basikal juga memerlukan kelulusan khas memperbaiki basikal dari kolej kolej teknikal.

Ketika hujung minggu di petang Sabtu, kebanyakan daripada penduduk akan mengadakan parti meraikan kawankawan mereka. Malah kelihatan ramai berBBQ dan bersembang sehingga ke waktu malam dengan mennghimpunkan rakanrakan di rumah.

Bagi memudahkan urusan seharian di samping mencapai perkhidmatan bas ke Uni, aku berpindah ke hostel pelajar yang terletak di Islamic Muslim Darul Uloom College of Brisbane, di Masjid Buranda yang terletak di No.11 Agnes Street, Wollongabba.

Sewa di hostel yang lengkap dengan berbagai kemudahan, terutamanya ketika bulan Ramadhan amatlah berpatutan di mana sewa mingguan dikenakan sebanyak AUD150 seminggu. Aku menjangkakan bahawa aku hanya perlu tinggal di hostel ini untuk beberapa minggu sahaja, sebelum menyiapkan thesis untuk diserahkan kepada Fakulti, untuk tujuan pemeriksaan luar.

Kebetulan ketika aku mula tinggal di Buranda, umat Islam menyambut Ramadhan. Alangkah indahnya menghabiskan malam-malam Ramadhan di kawasan Masjid. Rutin harian adalah berjalan kaki sejauh beberapa meter dan mengmabil bas Translink bernombor 105 di Buranda Bus Station, dan turun di Meyer Central di kotaraya Brisbane, kemudian menyelusuri Albert Street dan akhirnya ke pejabat Research Graduate Office yang terletak di Margaret Street.

Pada waktu petang kembali ke Masjid Buranda, majlis berbuka puasa atau iftar diadakan setiap hari. Berbagai komuniti Islam menaja majlis iftar dan Moreh. Dari Afrika Selatan hinggalah ke Ceylon.

Berbagai juadah disediakan oleh petugas masjid dan komuniti Islam yang mengambil giliran menyediakan juadah setiap hari dalam bulan Ramadhan. Pada waktu malam bersolat Maghrib secara berjamaah dan seterusnya bersolat Tarawikh di Masjid yang jaraknya lebih kurang empat kali lompat pun sudah sampai dari bilik hostel.

Pendeknya amatlah mudah beramal ketika bulan Ramadhan kerana tinggal di dalam kawasan masjid. Ketika waktu pagi pula boleh mendengar bacaan tazkirah dari saudara Faizal, seorang pelajar Ph.D dalam bidang undang-undang. Beliau adalah Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Queensland (PPMQ).

Selain itu, jika pulang lewat dari Uni pun masih boleh dengan mudah mendapat makanan keperluan harian, hanya beberapa meter saja boleh berjalan kaki ke Buranda Centro, di situ terdapat Kebab dan Nandos, yang menjadi ikon dan kegilaan masyarakat Australia, samada Muslim dan bukan Muslim. Samalah seperti masyarakat di tanahair yang menggemari KFC dan McD.

Hari-hari di bulan Ramadhan diisi dengan berjumpa SV secara lebih kerap kerana sehingga hari itu sudah masuk versi yang ke tiga pembetulan tesis dibuat sejak berkahinya Final Seminar. Penyeliaku agak cerewet di samping banyak membantu.

Kadang-kadang pembetulan juga dibuat dengan membangunkan Chapter tambahan bagi menyesuaikan dengan komen panel dan kehendak Penyelia. Penyelidikan berkaitan teknologi web terkini perlu mengaitkan dengan teori dan teknik dalam perlombongan web (web mining) di samping kaitan pada teori-teori penerimaan teknologi (technology acceptance), berdasarkan kepada kerangka teori (theoretical framework) yang telah dibentuk pada peringkat awal kajian.

Bab terakhir adalah Bab 8 : Findings and Conclusions. Bunyinya agak mudah tetapi menulis segala penemuan, mengaitkan dengan teori dan data yang telah dianalisa amatlah mencabar.

Tidaklah sesusah menentukan pernyataan masalah (problem statements) atau menetapkan methodologi. Chapter akhir akan merangkum semuanya bermula dari Chapter 1 hinggalah analisa data. Dari sini akan terhasil Research Contributions dan Direction of Future Research.

Di mana seseorang penyelidik akan cuba mengutarakan apa yang perlu dikaji oleh pengkaji masa depan (future researchers) berdasarkan penemuan-penemuan dan batasan kajian (Research Limitations). Selain dari analisa data, statistical validation.Chapter akhir juga adalah merupakan kekuatan pada thesis yang ditulis.

Apabila versi ke 4 pembetulan telah disiapkan, akhirnya penyelia berpuashati. Sesuatu yang amat melegakan. Penyelia mencadangkan supaya thesis dihantar untuk 'proof read', atau semakan pruf bagi membetulkan penulisan kepada Australian English, mengikut kehendak Universiti dan fakulti. Pihak Fakulti menyediakan sebanyak AUD1000 untuk mendapatkan perkhidmatan proof reader.

Cari punya cari akhirnya dapat seorang proof reader Mrs. Helen Chandler, seorang pembaca pruf yang mejalankan kerjanya secara 'freelance', bebas dan tidak terikat dengan mana2 pihak serta telah banyak digunakan perkhidmatannya oleh pelajar2 dari Fakulti Science & Tech., terutamanya dari Computer Science Discipline. Tesis dalam format word dihantar melalui email kepada Mrs Chandler setelah ditukar dari format PDF. Thesis telah disediakan menggunakan program 'Latex" di mana hasil akhirnya adalah dalam format PDF.

Latex bukan 'susu getah', aianya satu program sumber terbuka (open source) yang memudahkan kerja-kerja aturhuruf (typesetting), dan mendapatkan hasil penulisan yang kemas dan teratur, tanpa menghadapi masalah membentuk jadual kandungan (table of content), bab (chapter) dll melalui program Microsoft Word.

Latex memerlukan sedikit pengetahuan dalam pengaturcaraan dan kemampuan memahami bahasa dan logik aturcara. DEngan hanya menggunakan template tertentu yang mudah dimuat-turun, penulisan thesis menjadi mudah. Semuanya disetkan pada bahagian 'Latex preamble'. Aku telah membuka sebuah page yang dikenali sebagai Kumpulan pengguna Latex di facebook.

Syukur tak banyak pembetulan yang dicadangkan oleh Mrs Chandler. Tidak banyak ianya hanya berkisar kepada struktur ayat sahaja, pengubahsuaian yang hanya mengambilmasa seminggu tanpa merubah isi kandungan. Setelah mendapat maklumbalas dari pembaca pruf aku meneruskan kerja-kerja penyuntingan bagi menyediakan versi akhir thesis sebelum dihantar untuk kelulusan penyelia dan diserahkan kepada pejabata Research untuk tujuan dihantar kepada 2 pemeriksa luar Australia, yang telah dipersetjui dan dilantik oleh penyelia.

Tujuan peperiksaan thesis ini adalah untuk dinilai oleh 2 orang pakar yang bebas yang akan memberi komen secara terperinci berhubung thesis yang telah disiapkan. Agak ngeri memikirkan proses pemeriksaan luar ini kerana pernah melihat penyelia menconteng keseluruhan mukasurat dan chapter thesis, yang beliau sedang periksa bagi thesis yang disediakan oleh pelajar Ph.D dari universiti luar Australia, di mana penyelia bertindak sebagai salah seorang External Examiner.

Hasil dari pemeriksaan ini terdapat 3 kemungkinan, samada seseoarang calon akan diberi kelulusan layak diberikan ijazah dengan sedikit pembetulan, atau layak diberi ijazah Master of Philosophy (MPhil) atau gagal, dan tidak laayak dianugerahkan Ijazah. Agak ngeri membayangkan keputusannya, bayangkan hasil kerja bertahun-tahun akan ditentukan oleh pemeriksa luar.

Tidak seperti di tanahair, pelajar atau calon telah mengenali pemeriksa luar mereka ketika sessi viva vorce. Panel pemeriksa telah dilantik sebelum viva-vorce (ujian lisan) dilaksanakan. Kebanyakan universiti di Australia menggunakan khidmat pemeriksa luar Australia melalui proses 'thesis examination'.

Sepanjang tinggal di Masjid Buranda, berbagai kenangan terakam. Beberapa pelajar Malaysia dari kalangan penuntut Ijazah sarjanamuda dan sijil bahasa Inggeris juga tinggal di situ. Sehingga kini pun masih terdapat sdr. Syed Qusoiri dll yang tinggal menyewa di sana. Sepanjang 2 minggu ketika itu, pihak Masjid Buranda ada menjemput Imam Masjid dari Arab Saudi bagi mengimamkan Solat Tarawikh dan Tazkirah di malam Ramadhan.

Di samping itu juga Imam yang dibawa khas ini juga turut melalwat komuniti Islam dan Arab di sekitar Brisbane, termasuk Australian Islamic College (AIC) yang terletak di Blunder Road, Durrack. Ketika itu Imam yang dijemput adalah Imam Masjid Abu Hurairah atau Masjid Rayah, yang juga dikenali sebagai Masjid Kucing, yang terletak di Mekah.

Tazkirah yang disampaikan oleh Imam tersebut diterjemahkan oleh Imam Masjid Buranda ke dalam Bahasa Inggeris bagi memudahkan pemahaman. Masjid Kucing telah lama menjadi landmark bagi bakal-bakal haji dari Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak zaman-berzaman. Ianya adalah sebuah bangunan yang terletak paling hampir, kira-kira 300 meter dari Dataran Haram, di Masjidil Haram, berhampiran kawasan Saei.

Banyak perkara telah disampaikan oleh Imam tersebut. Kadangkala menimbulkan polimik yang agak panjang, ketika sssi soal jawab, terutama selepas waktu subuh. Polimik antara Syiah dan Sunnah dll. Sehingga Imam masjid Buranda mengeluarkan kenyataan bahawa semua orang bebas menggunakan Masjid tetapi sebarang perbalahan yang boleh membawa kepada suasana yang tidak harmoni perlu dielakkan. Ini kerana terdapat mereka yang daaatang dari negara-negara Afrika, secara terang-terang menyalahkan Syiah.

Syeikh Abdul Qadir yang berasal dari Lubnan dan datang ke Australia sejak remaja, adalah di antara ahli jamaah tetap di Masjid Buranda. beliau menguruskan hal ehwal bekalan bahan masak dan sessi iftar. Syeikh yang banyak mulut dan sentiasa menegur ahli jamaah yang tidak mematikan telefon bimbit, kelihatan garang dengan jambang putih seperti seorang professor, rupanya mudah didekati.

Beliau mempunyai resepi rahsia, menyediakan salad yang dibaut dengan buah zaiton, bawang, mayonis dan ramuan rahsia. Ketika iftar, salad yang disediakan oleh Syeikh ini amat digemari dan membuka selera. Suatu petang beliau ada menunjukkan cara-cara ramuan salad tersebut disediakan kepada kami ketika menolongnya di ruang dapur Masjid Buranda. Hampir kesemua bahannya menggunakan buah zaitun, dari minyak dan buah digunakan.

"Take zaitun/Olive. It’s good for your stomach, your digestion,” kata yang suka bercerita ketika membuat kerja.

"Take oil of olive and massage with it, it's a blessed tree,” tambah beliau lagi, mengambil kata-kata Nabi Muhammad SAW, Riwayah Ibnu Umar dari Baihaqi dan Al Tirmidzi.

Memang benar pohon dan buah zaitun disebut sebanyak 7 kali dalam Kitab Suci Al-Quran. Zaitun buah yang mempunyai banyak khasiat. Alangkah baiknya dapat mengambil dan memakan jeruk buah zaitun seperti dahulu.

Dalam Al Quran, Allah bersumpah dengan zaitun tersebut dalam firman Nya: "Demi pohon Tien dan Zaitun. (At-Tin 1-2), dan firmanNya dalam surah An-Nuur ayat 35 , Dinyalakan (dengan minyak) dari sebuah pohon yang diberkahi, (yaitu) zaitun yang tidak tumbuh di sebelah timurnya dan tidak pula disebelah baratnya, hampir-hampir minyaknya saja menerangi walaupun tidak

Buah zaitun yang diperam dalam minyak amat mudah diperolehi di pasaraya. Biasanya buah-buah Zaitun dimasukkan ke dalam balang dan boleh diperolehi dengan harga yang murah, mungkin kerana bekalan yang banyak. Selain daripada itu terdapat produk-produk dari Buah zaitun yang diimport dari Italy dan dijual di pasaraya. mengikut catatan sebuah buku, tanaman pokok zaitun telah diusahakan seawal kurun ke 17, pada tahun 1805 ladang-ladang Zaitun telah banyak diusahakan di Parramata di Sydney.

Ianya dipercayai tanaman terawal yang diusahakan di Australia di mana hampir semua Australia kecuali Tasmanaia telah mengusahakan bergai jenis tanaman Zaitun, terutamanya di Victoria dan South Austrlia> Benih-benih Zaitun dipercayai berasal dari Peranchis, Rio de Jenerio dan Sicily. Oleh kerana itu minyak zaitun untuk masakan amat mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan.

Bayangkan dapat memasak masakan dengan Olive Oil setiap hari, baunya sungguhlah wangi dan menambahkan keenakan masakan. Bagi memudahkan urusan seharian di samping mencapai perkhidmatan bas ke Uni, aku berpindah ke hostel pelajar yang terletak di Islamic Muslim Darul Uloom College of Brisbane, di Masjid Buranda yang terletak di No.11 Agnes Street, Wollongabba. Sewa di hostel yang lengkap dengan berbagai kemudahan, terutamanya ketika bulan Ramadhan amatlah berpatutan di mana sewa mingguan dikenakan sebanyak AUD150 seminggu. Aku menjangkakan bahawa aku hanya perlu tinggal di hostel ini untuk beberapa minggu sahaja, sebelum menyiapkan thesis untuk diserahkan kepada Fakulti, untuk tujuan pemeriksaan luar.

Kebetulan ketika aku mula tinggal di Buranda, umat Islam menyambut Ramadhan. Alangkah indahnya menghabiskan malam-malam Ramadhan di kawasan Masjid. Rutin harian adalah berjalan kaki sejauh beberapa meter dan mengambil bas Translink bernombor 305 di Buranda Bus Station, dan turun di Meyer Central di kotaraya Brisbane, kemudian menyelusuri Albert Street dan akhirnya ke pejabat Research Graduate Office yang terletak di Margaret Street.

Pada waktu petang kembali ke Masjid Buranda, majlis berbuka puasa atau iftar diadakan setiap hari. Berbagai komuniti Islam menaja majlis iftar dan Moreh. Dari Afrika Selatan hinggalah ke Ceylon. Berbagai juadah disediakan oleh petugas masjid dan komuniti Islam yang mengambil giliran menyediakan juadah setiap hari dalam bulan Ramadhan. Pada waktu malam bersolat Maghrib secara berjamaah dan seterusnya bersolat Tarawikh di Masjid yang jaraknya lebih kurang empat kali lompat pun sudah sampai dari bilik hostel.

Pendeknya amatlah mudah beramal ketika bulan Ramadhan kerana tinggal di dalam kawasan masjid. Ketika waktu pagi pula boleh mendengar bacaan tazkirah dari saudara Faizal Kamarudin, seorang pelajar Ph.D dalam bidang undang-undang. Beliau adalah seoarng pegawai tadbir & diplomatik, yang sedang bercuti belajar melanjutkan pengajian merangkap Presiden Persatuan Pelajar Melayu Queensland (PPMQ).

Tazkirah yang beliau sampaikan sentiasa ditunggu-tunggu oleh jemaah Solat Subuh. Belaiu menyampaikannya dalam Bahasa Inggeris dan menggunakan kitab Karangan Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullah`Alaihi (Syaikhul Hadith Mazahir`Ulum), Kitab Fadhilat Amal. Tinggal di Buranda amatlah memudahkan.

Jika pulang lewat dari Universiti pun masih boleh dengan mudah mendapat makanan keperluan harian, hanya beberapa meter saja boleh berjalan kaki ke Buranda Centro, di situ terdapat Kebab dan Nandos, yang menjadi ikon dan kegilaan masyarakat Australia, samada Muslim dan bukan Muslim. Samalah seperti masyarakat di tanahair yang menggemari Kebab.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.