Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,348
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Corat -coret : NASI LEMAK WITH DRIED ANCHOVIES AND SAMBAL

Bagaimanapun, urusan dengan pegawai yang bertugas di bawah Konsul Imigresen memaparkan watak sebenar perkhidmatan awam di Malaysia. Tidak seperti berurusan dengan Khadijah, pegawai Imigresen itu kelihatan kasar dan bertanya soalan-soalan yang boleh dianggap ‘bodoh’. Aku juga melihat pegawai berkenaan bercakap kasar dan memarahi sebahagian rakyat Malaysia yang berurusan dengannya berhubung passport dan visa. Yang jelas, dia agak sibuk dengan jualan nasi lemak ala-Malaysia yang diusahakannya.

Nasi lemak itu diletakkan di atas meja dalam ruang pejabat. Sesiapa sahaja boleh mendapatkannya dengan hanya meletakkan syiling AUD2 di dalam sebuah bekas yang disediakan. Maklumlah, orang Malaysia, apa lagi apabila melihat nasi lemak di atas meja, tentulah ingin melihat dan mendapatkannya. Ia seperti ketulan emas apabila berada di bumi asing. Terdapat sebahagian mereka yang masuk pejabat dan mengambil bungkusan nasi lemak itu.

Pegawai berkenaan kelihatan agak cuak bimbang nasinya dilarikan atau diambil tanpa sebarang bayaran. Dia kelihatan mengawasi nasi itu sambil melaksanakan tugasnya di kaunter. Ini kerana sebungkus nasi lemak berlauk ikan bilis dan sambal serta sesuku telur rebus boleh menyamai sepinggan nasi ayam di tanahair, jika ditukarkan nilainya dalam Ringgit Malaysia. Dia kelihatan ‘bikin wang’ ketika menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Seelok-eloknya pegawai yang hendak dihantar bertugas di luar negara haruslah seorang yang peramah, sentiasa senyum dan sedia menolong. Bukanlah seorang yang sombong dan suka meninggikan suara serta mempunyai motif peribadi seperti berniaga ketika bekerja. Dollar Australia jika ditukarkan dengan Ringgit Malaysia, sebotol air mineral pun akan dihabiskan ketitisan terakhir dan mungkin botolnya disimpan kerana bersamaan RM3.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr Fendi Ameen