Home Alternatif Alternatif SUAMIKU MAT SUPERBIKE
BASUH

Ingatannya tentang kejadian pagi tadi masih tidak luput. Maira tidak kelihatan selepas pertengkaran.


'Kain Baju bersepah,' ngomel Heesan sendirian. Bergunung pakaian terperuk dalam bakul di dalam bilik laundry, ada yang bersepah dilantai tidak dikutip dan dikumpulkan.


"Ini tak boleh jadi ni," Heesan merapati longgokan pakaian. Dikutip dan dikumpulkannya. Sebuah beg plastik bersaiz besar dicapai. Pakaian itu disumbat ke dalam beg plastik.


***

Enjin kereta dihidupkan. Bonet kereta penuh diisi dengan Dua Buah beg plastik berisi pakaian. Sebuah bakul plastik turut disumbat. Penutup bonet dilepaskan dengan kuat.


Pemanduan laju tetapi berhati-hati. Sampai ke tempat yang dituju.


"Ramai pula hari ni." Mata Heesan meliar mencari Perak pakir di tepi sebuah bangunan.


Bangunan yang menempatkan deretan 'washer', ruang hadapan washer pelbagai saiz agak luas. Tersusun set kerusi meja untuk kegunaan pengunjung. Di kaki Lima bangunan tersedia kerusi marmar yang cantik , juga untuk kegunaan pengunjung. Seorang wanita kelihatan menjinjing pakaian yang telah dibasuh.


Washer berputar, bekerja mengikut arahan. Mata Heesan meliar, mencari panduan yang disediakan pada dinding.


"How to use washer?" mata Heesan terpaku pada paparan itu. Penyampaian arahan disokong dengan grafik yang menarik. Seorang lelaki yang mengenakan T-shirt biru muda dengan seluar denim berwarna gelap sedang membuka washer. Pakaian yang sudah berbasuh dikeluarkan.


"Abang Nak basuh ke?" Tersengih lelaki itu melihat kejakunan Heesan. Memang jakun, selama ini urusan membasuh pakaian diuruskan bulat-bulat oleh Maira. ITU pun dilakukan di Rumah. Heesan tidak pernah peduli. Belum pernah pakaian yang telah di pakai itu diangkut ke pusat dobi Layan diri .


"Layan diri bang. Beli token kat sana!" Ujar seorang pemuda. Seorang Ibu bersama tiga orang anaknya menghampiri washer yang mampu memuatkan sebanyak 15 kilogram pakaian.


Pintu washer dibuka. Sebuah bakul plastik tersedia di sebelah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.