Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
AL FITAN
“Fitnah ini akan dibuat dan dimunculkan oleh manusia-manusia yang bukan jahil.”
“Fitnah ini akan dibuat dan dimunculkan oleh manusia-manusia yang berpengetahuan, bermaklumat. Kerana habuan mereka sanggup menutup sebelah mata. Melihat segala kejahatan sebagai biasa. Melihat segala kemaksiatan sebagai biasa, demi sesuatu habuan dunia, “ ujar Tok Anjang sambil melunjurkan kakinya. Aku menunggu buah butiran kata-kata dari Tok Anjang. Tok Anjang kemudian menyandarkan badannya pada sofa.
“Antara pengikut Dajjal terbesar adalah dari kaum Yahudi dan orang-orang wanita. Kaum wanita menjadi kebimbangan kita.”
“Dajjal akan menggunakan dan meraih peluang dari kelemahan kaum wanita dari kalangan orang Islam.”
“Bila disebut ‘Akhir Zaman’ ramai yang ketakutan.” Ujarku. Tok Anjang terus membelek-belek helaian-helaian kitab kuning yang berada pada tangannya.
‘Al-Fitan Wa Ashrat As-Sa'ah’ aku menatap judul kitab yang berada pada Tok Anjang. Himpunan hadis al-Fitan oleh Imam Muslim.
‘Ada terjemahan Bahasa Melayu tulisan rumi,” tokok Tok Anjang.
“Apa maksud al-Fitan itu Tok?” ujarku. Perkataan al-Fitan memang pernah didengar, namun aku masih belum jelas. Tambahan pula perkataan dari Bahasa Arab.
“Adapun ‘Al fitan’ adalah nama bab yang diberikan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya (Sahih Al Bukhari) dan juga imam Muslim yang mana imam muslim telah menambahkan ‘Kitab Al Fitan dan syarat-syarat akan berlakunya hari qiamat’ di dalam tajuk bab pada juzuk kitabnya. Imam Muslim anak murid kepada Imam Bukhari kemudian menambah’ Al-Fitan Wa Ashrat As-Sa'ah’ yang bermaksud syarat-syarat akan berlakunya hari qiamat’.”
“Fitan atau dalam bahasa mudahnya adalah fitnah. Ia merangkumi siksaan, sesuatu yang diperolehi semasa siksaan, ujian dan kesulitan dan kelapangan yang menimpa manusia,” tokok Tok Anjang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.